CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

31 Mac 2011

Pizza Wheels dan bun..

Image4211

Image4205

 

Assalamualaikum semua ,semoga sihat hendaknya..erm sekejap je dah Khamis kan..semoga apa jua yg anda lakukan membawa kebahagiaan dan mendapat rahmat darinya,AMIN..Ok hari ni nak tayang minum petang semalam merangkap sarapan pagi ni,bila dah lama x meroti rindulah pulak,tu yg buat3 jenis sekali ,guna doh yg sama,hasilnya amat memuaskan hati dan anak2 pun suka,resepi ni dah selalu jugak mak et buat,kira ulang tayanglah.

Terima kasih kepada Puan Puan Rosmarlina kerana berkongsi resepi yg sedap dan mudah ini,semoga ilmu yg baik ini mendapat keberkatan darinya,AMIN..mak et C&P resepinya dari dapur jintanmanis.com,terima kasih sekali lagi ,Jom jenguk resepinya dan selamat mencuba..

Pizza Wheels
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
*Untuk Doh*
200gram tepung roti
1/3 sudu kecil garam
1 sudu besar skim milk@susu tepung
1 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 sudu besar marjerin ( boleh ganti denga butter atau shortening)(mak et guna shortening)
90ml susu segar ( atau air suam)
1 1/2 sudu kecil yis
*untuk filling*
sosej yang telah direbus dan dihiris nipis
sedikit mix vegetable dan mix cheese(mak et x letak x ada stok)
sedikit taburan oregano@ dry pasley( x letak jugak)

2 batang crabstik dihiris  nipis(mak et tambah)
nanas dipotong secukupnya(mak et tambah)

* Untuk Toping* - mix cheese@mayonis+sos cili@tomato
Caranya.
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4.Terap Doh memanjang di atas papan canai, panjangnya lebih kurang 25cm dan ketebalan 2cm, sapukan permukaan doh dengan 2 sudu besar sos tamoto@cili, sosej, crabstik,nanas dan mix cheese. ratakan ke seluruh doh.
5. Gulung doh sehingga kemas dan potong doh pada 6 atau 8 bahagian, atur di atas dulang pembakar. Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit, toppingkan sekali lagi pizza wheels dengan mix cheese dan paipkan dengan sos cili.

6. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan pizza wheels perang., sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup,, Sesuai untuk sarapan dan hidangan minum petang

28 Mac 2011

Sekadar hiburan

Assalamualaikum semua,berjumpa lagi,sekadar hiburan bersama nak tayang 3 situasi yang berlaku di Jusco tempohari,cerita dah basi heheehe.

 

Image3994

Image3995Image3996

 

                             Gambar 1: Dahlia dah terlelap sebenarnya,tetiba kakak Insyirah bersuara”ma..adik dah tido”bila terdengar suara Kak Insyirah automatik Dahlia buka mata pada gambar ke 2,bila mama buat isyarat senyap,maka akhirnya Dahlia sambung tido semula pada gambar ke3  hehhehheehehe..(penat sangatlah tu!)

Image3989

Ni pulak gambar Kakak Insyirah yg merajuk bila ditegur oleh mamanya..mamanya saja je ambik gambar dia merajuk nak panaskan lagi enjin hehehe..

DSC_0170

Kakak Balqis masa ni gembira sebab dapat jalan2..walaupun g Jusco je..

27 Mac 2011

APAM DOT-DOT KAK HANA..

Image4151

Assalamualaikum semua..semog sihat hendaknya di samping insan2 yg tersayang ,oleh kerana hari ni  mak et duk rumah ngan anak2,maka aktiviti apam dot2 ni dilakukan bersama2..mak et kutip dari rumah Kak Hana aka Cikgu,yg telah pulang ke tanahair.Pasni bolehlah kita serbu Kak Hana pulak yea..terima kasih di atas resepi yg mudah ,sedap  dan cantik menawan ,anak dan mamanya suka yang amat2..

Okay mari kita layan resepi ni,mak et C& yer Kak Hana..terima kasih sekali lagi.

Bahan-bahan

  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan(mak et guna 170g)
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna

Image4141

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

NOTE dr Hana:

  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

Chilled Blueberry Cheesecake..

 

Image4106

Assalamualaikum semua,dah nak tido ke? sebelum tutup mata ,jom cuci mata ngn ciskek mak et,buatsemalam pagi,pagi tadi baru mak et n 3 puteri ni ngap sebagai sarapan pagi hehehe..mak et olah sedikit mengikut kehendak semasa anak2 dan mamanya,memandangkan isi rumah masih lagi comel2,mak et hanya buat separuh adunan yg kebiasaannnya mak et buat  satu adunan..alhamdulilah sambutan memang amat mengalakkan,mak et lebihkan basenya kerana anak2ni suka sangat makan biskutnya,dan  ciskek ni pun nampak nipis sebab mak et gunakan loyang berukuran 8 inci,hanya itu je stok loyang loose yg mak et ada,ada bajet lebih nanti  baru beli size yg kecik sikit..

Oklah x kisah nipis ke tebal ke yg penting sedap dan dari  air tangan ibu..betul x? sesape nak cuba silalah,pasti x mengecewakan..resepi asal mak et kutip separuh dari sifu ah Mat Gebu(basenya) dan ciskeknya dari dapur Kak Wan,terima kasih anda berdua..ada jugak mak et tengok ciskek ni dari blog sifu2 yg lain tp mak et pilih yg mudah dan bahan2 yg ada didapur bersempadan ku hehehehe..

 

Image4093

 

Bahan-bahannya:

300g biskut marie

110g mentega,dicairkan

125g cream cheese

30g gula halus

100g filling blueberry

1sudu kecil jus lemon

50g  plain yogurt jenama Nestle

20ml air suam

1 sudu kecil serbuk gelatin

100ml whipping cream dipukul dahulu hingga kental

Cara-caranya:

1.Panaskan oven pada suhu 170’C.

2.Biskut marie dihancurkan ,kemudian masukkan mentega cair sedikit demi sedikit hingga boleh di kepal,masukkan  dalam tin springform berukuran 8 inci dan tekan padat2.Bakar selama 10 minit dengan suhu 170’C.

3.Pukul cream chesse dan gula halus hingga lembut dan tidak berketul.Masukkan filling blueberry,jus lemon dan yogurt,putar hingga sebati.

4.Masukkan whipping cream yg telah dipukul hingga kental kedalam adunan cheese,kacau rata.

5.Gelatin halal dibancuh bersama air suam,kacau hingga rata hingga kelihatan jernih.Tuang dalam adunan cheese tadi,kacau rata,kemudian tuang kedalam tin biskut tadi  dan ratakan.

6.Sejukkan dalam peti sejuk selama 4jam@ semalaman sebaik2nya .Sebelum dipotong,celupkan pisau dengan air panas kemudian dilap kering barulah dipotong,begitulah untuk  potongan yg seterusnya,agar kek nampak cantik.

Selamat mencuba..

26 Mac 2011

EARTH HOUR JOHOR

Assaalamualaikum semua,selamat berhari Sabtu..apa aktiviti hari ni? mak et n anak2  x kemana2,duk rumah je,buatlah apa yg patut hehehe.oklah bagi sesape yg berada di bandaraya Johor pada hari ini bolehlah meraikan bersama acara earth hour Johor yg berlangsung di Bangunan Sultan Ibrahim,Johor Bahru yg sebenarnya dah berlangsung dari semalam n acara kemuncaknya malam ni,pergilah beramai2 yea,kalau mak et balik Jb minggu ni memang x dilepaskan peluang ini,tp apa kan daya,minggu depan baru balik Jb huhuhuhu..

Terima kasih pada Sis Lin atas maklumat ini,jadi mak et panjang2kanlah info ini yer.mak et C&P untuk aktiviti hari ni yer.thank u sis  yg memang best giler walaupun aru pertama kali berborak dengannya mcm dah lama kenal..kalau balik jb nanti saya serbu rumah yer,boleh makan tongkeng ayam hahahahahhehehe..

Kempen Kesedaran Alam Sekitar Negeri Johor Sempena “Earth Hour” 2011
Tarikh : 26 Mac 2011
Masa : 9.00 pagi – 10.00 mlm
Tempat : Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru

Aktiviti 26hb Mac.

MAJLIS PERASMIAN

11.00 pagi-Ketibaan Para Jemputan

11.30 pagi-Ketibaab Y.A.B Menteri Johor

11.40 pagi-

                   -Nyanyian lagu Bangsa Johor dan Negaraku

                   -Bacaan Doa

                   -Ucapan oleh WWF-Malaysia

                   -Ucapan oleh Y.B. Setiausaha Kerajaaan Johor

                   -Ucapan Perasmian oleh Y.A.B. Menteri Besar Johor

                  -Lawatan Tapak Pameran

                  -Sidang Media

MALAM EARTH HOUR

8.00 malam

8:10malam-Ketibaan orang ramai

8:30malam-Tayangan Video

8:45malam-Lampu dipadamkan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru

9.00 malam-Persembahan unplugged oleh Aizat Amdan dan Persembahan Indie kelahiran Johor antaranya Fynn Jamal, Kumpulan Statik, band Pepatung

23 Mac 2011

Roti jala bersama si kari ayam..nyam..nyam..nyam..

Image4069

Assalamualaikum semua..selamat malam ..sebelum tido jom cuci mata ngn roti jala yg dibuat hidangan minum petang mak et n 3 puteri terhebatku..hebat mengemas rumah dan memantapkan vokal  lagi2 kalau ada yg nangis,boleh bergegar rumah..dah banyak kali jugak mak et buat ,setiap kali masak kari ayam petangnya mesti menjala roti.resepinya macam biasalh dari Dapur Tanpa Sempadan en sifuku Ah Mat Gebu..terima kasih yer diatas ilmu meroti jala ni,mak et C&P resepinya…

Bahan-Bahannya:-
2 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh serbuk penaik*(*disatukan dan ayak)
4 camca besar santan atau susu cair
1/3 camca teh garam
2 1/2 cawan air
2 camca besar minyak masak
Sedikit pewarna kuning
Minyak untuk menggris kuali
Cara membuatnya:-

  1. Satukan semua bahan2 diatas dan kacau dengan wisk hingga sebati. Tapis adunan dan ketepikan. Biar adunan rehat 20 minit. Atau boleh juga dimasukkan ke dalam alat pengisar dan kisar hingga sebati. Jika adunan kelihatan pekat, tambah sedikit lagi air.
  2. Dalam kuali leper (frying pan), lenser sedikit minyak pada kuali dan biar panas. Ceduk adunan tadi ke dalam alat membuat roti jala dan kirai secara pusingan ke dalam kuali dan pastikan jaluran terbentuk bersambung antara satu sama lain.
  3. Bila roti jala kelihatan pucat. Lipat dua menggunakan sudip dan alihkan ke pinggan, lipat ikut kreativiti masing. Ulang proses yang sama untuk selanjutnya dan buat hingga habis. Hidangkan bersama kuah kari atau dalca.

22 Mac 2011

CHOCOLATE BANANA BREAD..

 

 

Image4041

Assalamualaikum semua,alhamdulilah bertemu jodoh kita lagi  di bumi Segamat ni,sesi persekolahan jugak sudah 2 hari bermula,macamana dengan cuti persekolahan yg lalu?alhamdulilah mak et n anak2dapatlah jalan2 di sekitar Paka n Kerteh tengok tempat keja suami,mak et n anak2  x sampai  pun Kuala Terengganu, namun sempatlah melayan anak2 mandi kolam di Awana Kijal  dan bergerak pulang ke Segamat pada tengahari Sabtu,sepanjang perjalanan pulang ada jugak  singgah gerai keropok,beli sikit keropok,pastu singgah beli ikan  bilis,ikan kering,udang kering sikit.ala2 ole2 untuk  diri sendiri hehehe..sape 2 yg nak sikit kena datang Segamat ambik sendiri yea..

Oklah hari ni nak entri kek ala2 roti,resepinya mak et kutip dari dapur Kak Ummi Kuantan,buat petang tadi ,alhamdulilah menjadi dan sangat sedap.terima kasih Kak Ummi,mak et  C&P resepinya,semoga kak ummi x jemu berkongsi ilmu masakan pada pengunjung blog Kak Ummi terutamanya diri ini,cuma mak et hanya menggunakan bahan2 yg ada didapur mak et..

 

Image4035

Jom layan resepinya:

CHOCOLATE BANANA BREAD
Resepi:
Joy of Baking
Dirujuk dan terjemahan : Ummi @ Home Sweet Home
Bahan:-

  • 1/2 cup (55 gm) kacang walnut/pecan - dipanggang dan cincang (mak et guna 40g kacang walnut)
  • 1 3/4 cawan (230 gm) tepung serbaguna
  • 1/4 cawan (30 gm) serbuk koko (akak guna brand Van Houten)
  • 1 cawan (200 gm gula pasir(mak et guna 200g gula perang)
  • 1 sk. baking powder
  • 1/4 sk. soda bikarbonat
  • 1/4 sk. garam (*akak x letak, sbb guna mentega bergaram)(mak et pun x letak)
  • 1/2 cawan (85 gm) chocolate/white chips
  • 2 biji telor (gred A) - dipukul sedikit
  • 1/2 cawan (113 gm) - mentega tanpa garam (*akak guna yg bergaram) - cairkan dan biar sejuk
  • 3 biji pisang ranum (454 gm), dilecek (sukatan lbhkurang 1 1/2 cawan)(mak et hanya ada 332g pisang lecek)
  • 1 sk. esen vanila
Cara-Cara:-
  1. Preheat oven dengan suhu 180 C dan letakkan rak di tengah2 oven. Gris dan taburkan tepung dalam loaf pan saiz 9 x 5 x 3 in (23 x 13 x 8 cm), ketepikan.
  2. Bakar kekacang walnut/pecan dalam oven lebihkurang 8 - 10 mnt hingga garing sikit. Sejukkan dan cincang kasar.
  3. Dalam bekas besar, gaulkan tepung, serbuk koko, gula, baking powder, soda bikarbonat dan garam (akak ayakkan bersama tepung, serbuk koko, baking powder, soda n garam dulu, pastu baru gaul rata gula dengan whisk)
  4. Dalam bekas kecil, campurkan pisang lecek, telor, mentega cair dan esen vanila, kacau sebati.
  5. Kemudian masukkan bahan basah ke dalam bahan kering tadi dan gaul sehingga agak sebati sahaja, cukup dan adunan agak berat dan melekit. (jangan digaul adun terlalu lama).
  6. Masukkan chips dan kekacang walnut/pecan tadi. Gaul rata sahaja cukup.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tabur sedikit gula perang (jika suka).
  8. Bakar pada selama 55 - 65 minit atau sehingga diuji dengan lidi/tester, ianya keluar bersih. (Dengan oven akak, hanya dibakar pd suhu 175 C, selama 50 minit sahaja)
  9. Keluarkan dari oven dan sejukkan...hidangkan ketika masih suam....memang sedap untuk sarapan atau minum petang

18 Mac 2011

Singgah bermalam di Awana Kijal sekejap..

 

Assalamualaikum semua,dah hari  Jumaat yea,sekejap je masa berlalu,tinggal 2 hari jelah lagi cuti sekolah untuk anak2..sebelum meneruskan perjalanan pulang papa yg baik hati ajak singgah tido kat Awana Kijal,melayan anak2 mandi kolam,dah banyak kali dok sebut2,ni lepaskan hajat anak2,pasni x ada lagi permintaan nak mandi kolam!lagi2 si kecik ni…ok nanti sambung lagi..nak melayan anak2 mandi kolam,petangnya mamanya pulak nak g urut satu badan..

16 Mac 2011

Masih lagi disini…

 

Assalamualaikum semua.semoga anda semua sihat hendaknya,erm masih lagi bersiaran dari Tengganu,alhamdulilah.Dah 4 hari 3 malam berada di sini,walaupun siang duk rumah ngn anak2  malam dapatlah berjalan2 dikawasan sekitar ,malam pertama sampai sini semua dah kepenatan kemas tempat tido dan tido,malam kedua suami bawak g makan sotong n ikan bakar di tepi pantai,sambil merasa tiupan angin pantai dan mendengar deruan ombak.subhannallah!malam ketiga berjalan di shopping Mall disini TMC,sambil cuci mata dapatlah sambar buku dan mainan untuk anak2.jadi x lah dia orang bosan duk rumah je..

Image4026

images

Aktiviti untuk malam ni x pasti lagi apa..x kisahlah asal dekat dengan papa..hehee sayang papa!

14 Mac 2011

Keranamu posmen dan cerita tupperware…

images

 

 

Asssalamualaikum semua,harap2 bergembira di musim cuti persekolahan yg masih lagi awal..erm kali ni bersiaran dari Kerteh,Terengganu.keadaan diri masih lagi kurang memuaskan batuk melanda diri,tp seronok sebab dekat ngn en suami hehehe..en suami keja mak et  n anak2 dok rumah jelah,petang@ malam baru pusing2 di kawasan sekitar sini,oklah tu kan.

Oklah entri masak2 x dapat dijalankan kerana dapur bersempadan mak et tutup sekejap.cuma nak cerita pasal barang tupperware,mak et adalah peminat tegar brands ni sebenarnya tp baru je,sebelum x berapa ambik tahu sangat sebab barang ni dah lama ada sejak zaman mak kita muda lagi dan  masa tu kita berhingusan lagi.sejak dah duk rumah ni berkenan pulak ngn jenama ni dan mulalah mengumpul barang2 ni sedikit demi sedikit,beli x banyak ikut kemampuan diri jgk,elaun lebih baru beli,elaun sikit pun beli jgk hehehe..

Dan bila dah selalu beli melalui pos,maka selalulah en posmen hantar barang2 mak et,asal hantar asyik muka posmen  yg sama dan dia pun sibuk  tanya apa benda yg ada dalam kotak tu?bila mak et cakap ala barang tupperware je,pastu dia sibuk tanya ok ke  barang ni? bila dah bertukar2 soalan dan jawapan akhirnya en posmen jemput g rumah dia buat demo auhai aku ni bukannya pandai nak cakap2 ni,tahu beli untuk diri sendiri jer untuk x menghampakan posmen tu ku angkat barang2 tupperware ku n 3 anak dara ku menuju ke rumahya..hehee aku cakaplah apa yg aku tahu pasal barang ni depan jiran2 dia yg kebanyakkan orang melayu,ada surirumah dan yg ada bekerja..

 

imagesCARXYUFU

 

 

 

 

 

 

 

Dah puas membelek koleksiku adalah 3 orang yg berminat dan order barang itu dan ini,alhamdulilah..mungkin rezekiku di sini,syukur,alhamdulilah.jadilah aku  penjual barang tupperware secara x langsung walaupun x segiat penjual di luar sana,x pernah terfikir pun nak berbisnes ni,rezeki dari ALLAH walaupun sedikit,syukur alhamdulilah.kat Segamat  x ada kedainya tu yg mak et beli dari  kawan melalui pos.Mari…mari ..mari kita beli barang tupperware!

 imagesCAXIYFGT

ni idaman hatiku..bilalah boleh beli ni..

13 Mac 2011

Ke Banglo Sifu buat kali ke 2..

DSC_0222

 

Assalamualaikum semua,semoga sihat hendaknya,mak et sedikit kureng kerana demam,tp sikit jer,insyaALLA H  2-3 hari ni sihatlah,hehehe demam nak g Sedenak.(agak2nya lah)syukur dapt sampai lg banglo sifu buat kali ke 2,terima kasih suamiku yg mengizinkan dan sudi meluangkan masa untuk diri ini bermesra dengan lebih rapat lagi ngn kawan2 alam maya..terima kasih yg amat2 kerana begitu memahami diri yg comel ini hehehe..

Kiranya mak et n famili merupakan tetamu awal sampai diikuti oleh Puan Sue Joshue n familinya,dapatlah tengok Cik Mat berlari kedepan kebelakang hehhee..terima kasih di atas makanan yg memang sedap dan lazat iaitu nasi ayam,ayam goreng berempah dan salad,tidak lupa jugak 2biji ciskek ,kuih bakar pandan ,puff inti kentang,tfiffle dan limau sebagai pencuci mulut diiringi air oren,alhamdulilah kenyang kami ditambah pula ngn layanan istimewa dari rakan2 blogger..memang best..

Jom layan antara detik2 istimewa yg sempat en suami ambik,juadah nasi ayam dan lauk pauknya terlupa nak snap sebab masa kita orang sampai makanannya masih bertutup segan nak teropong hinggalah kita orang balik dah terlupa nak snap.

 

DSC_0219

DSC_0220DSC_0218

 

 

 

 

 

 

 

Hanya ini je gambar makanan yg en suami ambik hehehe..

DSC_0301

 

 

 

 

 

 

 

Bersama pegusaha restoran Ayu CR dan kak Yatie(sifu kuih talam)

 

DSC_0285

Antara blogger yg hadir..ada jgk yg mak et x berapa kenal..apapun hepi..

Jom layan aksi2  mereka:

DSC_0248

 

 

 

 

 

orang kuat onetube.my

DSC_0257

 

 

 

 

 

 

Tersengeh sorang2 si Ben ..

DSC_0273

 

 

 

 

 

 

I sorang je fokus hehehee..ayu sibuk membelek DSLR nya..

DSC_0286

 

 

 

 

 

 

Yang duk hujung ni sis linn..pertama kali bertentang mata tp mcm dah lama kenal very friendly!

DSC_0292

 

 

 

 

 

 

3 Puteriku berposing di depan keta antik Cik Mat…

Sebelum menutup tirai ucapan terima kasih pada tuan empunya banglo yg sudi menerima kedatangan kami dengan hidangan yg sungguh istimewa..jika ada salah dan silap harap dimaafkan,semoga ikatan persahabatan kita berkekalan,amin..

11 Mac 2011

Pumpin walnut muffin dan selamat bercuti...

Image3999

Assalamualaikum,bertemu lagi di hari Jumaat yg indah ini walaupun hujan masih lagi melanda bumi Segamat dari tengah malam td harap2 x banjir lagi..esok dah mula cuti sekolah tentu ibu bapa sudah mula membuat perancangan cuti2 Malaysia untuk anak2 dan jugak untuk ibu2 yg bekerja di rumah  untuk bercuti dari  masak2 n mengemas  mcm saya hehehe..Selamat bercuti semua!

mak et n anak2 akan meninggalkan bandar Segamat jgk ,antara destinasi yg pasti adalah Johor Bahru(rumah bondaku)Muar(mertuaku)dan Tengganu(rumah rehatku )hehehe..jom cuti2!Hajat nak ke  Sedenak jumpa hero Malaya DTS x pasti lagi sebab ada sedkit perubahan rancangan huhuhuhuwaaaa!!!x pe esok masih ada…nak pujuk hati sekejap,harap2 jadi.AMIN..

Oklah sebelum dapur ku x berasap,ku hadiah muffin labu berkacang walnut yg dah abis pun sebenarnya buat hari Selasa,dapat dalam 45biji,buat 2 adunan dari resepi dibawah,30biji kakak Balqis bg kawan2 dia,bg jiran depan rumah sikit dah yg selebihnya untuk kami,memang sedap ada walnut,,terima kasih sifu Ah Mat Gebu,mak et C&P resepinya,pasni boleh buat lagi..Jom layan resepinya

Image3997

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram mentega berkualiti tinggi
1 camca besar mayonnaise (mat guna jenama "lady's choice)
2 biji telur gred A
175 gram tepung berserbuk penaik (self raising flour)*
1/4 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
1/2 camca teh garam
70 gram gula perang @ brown sugar
1 camca teh esen vanilla
80 gram parutan labu manis
30 gram kacang walnut, panggang hingga harum dan cincang kasar
80 ml susu segar (mat guna susu sejat 40 ml + 40 ml air)
Sedikit gula aising untuk hiasan (x letak)
Secubit serbuk kayu manis (optional, mat tak letak)mak et jgk x letak

mak et tambah serbuk badam dalam 2 sudu makan dan chocolate chips


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas muffin pan dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega, mayonnaise dan gula perang hingga sebati, tambah telur satu persatu dan putar hingga kembang. Pada kelajuan perlahan masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, hingga habis, putar rata.
  3. Masukkan labu parut, kacang walnut cincang,serbuk badam,coklat chips dan esen vanilla, kacau rata dan sudukan dalam bekas muffin tadi 3/4 penuh. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Ayak sedikit gula aising sebelum dihidangkan, jika suka.

10 Mac 2011

Salam Takziah…

Gambar raya dari FB Cik Ju..

Assalamualaikum semua,alhamdulilah bertemu lagi di hari Khamis yg sejukk,mungkin jgk di tempat anda hujan lebat,apa pun syukur diatas nikmat yg diberikan oleh ALLAH kepada kita semua.

mak et n famili ingin mengucapkan salam takziah buat mak cik suami Puan Jumiah,suaminya En Jamian diatas kepulangan anakanda lelaki tunggal ke rahmatullah pada petang semalam di Melaka akibat kemalangan ,semoga keluarga Cik Ju tabah menghadapi dugaan hidup ini,AMIN..

Ni kisahnya yg mak et ambik dari mymetro(kredit to mymetro)

Dua maut kereta gagal memotong

JASIN: Seorang pelajar Politeknik Merlimau, di sini, sempat memasak juadah terakhir untuk dimakan bersama rakan serumahnya sebelum maut dalam kemalangan di Kilometer 29, Jalan Melaka-Muar, Sebatu, dekat sini, semalam.

Mangsa, Muhammad Jeffrey Jamian, 20, memasak nasi goreng sebagai sarapan untuk dia dan tiga rakan di rumah sewa mereka di Taman Muhibbah, dekat sini, kira-kira jam 10 pagi.

Rakan arwah, Mohd Izwandi Azamey, 20, berkata sebelum ke kelas, Muhammad Jeffrey memasak nasi goreng untuk dia dan dua lagi rakan makan bersama.

“Saya tidak sangka nasi goreng itu juadah terakhir dimasak arwah untuk kami,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Jasin, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang, kereta Proton Wira dipandu Muhammad Jeffrey cuba memotong kenderaan di hadapannya, namun tidak berjaya menyebabkannya bertembung sebuah pikap Mitsubishi Triton yang datang dari arah bertentangan.

Berikutan itu, mangsa maut di tempat kejadian kerana parah di kepala dan badan. Turut terbunuh seorang lagi rakannya, Mohammad Yazair Ingan, 20, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan manakala seorang lagi rakan mereka, Mohd Ikhmahisham Ibrahim, 20, yang berada di belakang parah

Mereka pelajar tahun akhir Sijil Ukur Tanah (Jabatan Kejuruteraan Awam) Politeknik Merlimau.

Sementara itu, ibu Muhammad Jeffrey, Jumiah Hashim, 46, berkata anaknya itu hampir setiap minggu pulang ke rumahnya di Taman Bakri Jaya, Muar, Johor

“Anak saya pulang ke rumah petang Jumaat lalu dan kembali semula ke Politeknik Merlimau hujung minggu. Saya tak nampak perubahan pada dirinya kerana dia seperti biasa dan mengikut saya menziarahi keluarga,” katanya.

07 Mac 2011

Apam Labu.

 

 

 

Image3945

 

Assalamualaikum semua,semoga sihat hendaknya,syukur berjumpa lagi di minggu baru,mcmna dengan hujung minggu anda? semoga gembira,mak et n famili g jalan2 ke Melaka tp satu tempat jer..Jusco hehehe..melayan anak2 n mamanya,beli keperluan anak2,makan2 ,jalan2 sambil tu tukar sekali line telifon.Ok hari  ni nak entri apam labu yg dibuat pada hari Jumaat n dah abis pun hehehe sepatutnya letak kelapa putih tetapi dah siap buat baru teringat  lupa nak beli akhirnya apam labu ni x letak kelapa putih tetapi tetap sedap..x caya cubalah..

Resepi ni mak  et kutip dari rumah Kak Ummi Kuantan,yg sekarang ni dah semakin femes amous di majalah Jelita,tahniah yer! jugak terima kasih di atas resepi ni,mak et C&P resepinya..bilalah boleh bertentang mata ngn kak ummi ni,insyaALLAH jika diizinkan olehnya.ok jom layan resepi..

 

Image3930


Adaptasi dari: Apam Keledek
Bahan A:-

  • 3 sudu makan tepung gandum

  • 2 sudu teh yis segera

  • 1 sudu teh gula kastor

  • 3 sudu makan air suam

Bahan B:-

  • 240 gm labu (dikukus/rebus)

  • 150 gm gula kastor

  • 1 biji telor

  • 150 ml santan pekat

Bahan C:- (ayak bersama)

  • 200 gm tepung gandum

  • 1 sudu teh Double Action Baking Powder

Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati.

  2. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.

  3. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.

  4. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.

  5. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (*akak tutup mangkuk adunan).

  6. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (*akak guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).

  7. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.

Nota:

Kalau nak apam yang merekah/mekar, sila gunakan acuan kertas yang diletakkan ke dalam acuan lubang2 besi. Jika menggunakan acuan lompang, apam akan naik biasa saja dan x merekah sangat.

02 Mac 2011

Pandan cheese cake

 

 

Image3913

 

Assalamualaikum WBT..Alhamdulilah bertemu lagi dan mood membakar bermula lagi..hari ni nak entri pandan slice cheese cake,ni kali pertama buat yg letak pes pandan  sebab sebelum ni mak et buat yg plain jer..dua2 sedap.bahan2nya pun mudah nak jumpa dan rasanya boleh tahan  sedap.buat ni sebab en suami balik semalam petang,ada urusan yg perlu dilakukan  di sini sebelum terbang ke Bintulu pada awal petang nanti..Semoga selamat sampai dan kembali semula ke sini,Amin..

Asalnya resepi ni mak et jumpa kat myresipi.com dari Onigiri,pastu bila dah mula kenal kawan2 masakan,rupa2nya ramai dah pernah buat cheese cake ni antaranya sifuku Ah Mat Gebu,versi pandan ni pun mak et ikut dari Dapur Sifu Ah Mat Gebu..terima kasih diatas idea yg begitu bernas dan puas hati sangat bila kek ni menjadi…anak2 pun suka apa tah lagi en suami..OK jom layan resepinya.

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 ml susu segar
4 keping slice cheese (cheesedale)(mak et guna 6 keping slice cheese
70 g mentega
70 g gula halus
70 g tepung gandum, diayak
4 biji telur gred "B"(mak et guna 3 biji gred A
1 camca teh pandan paste
Sedikit pewarna hijau (mak et x letak)
Beberapa titik esen vanilla

Image3897

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Siat2 slice cheese dan masukkan ke dalam susu segar, panaskan susu dan kacau hingga keju larut, masukkan mentega, pandan paste dan sedikit pewarna hijau, kacau rata dan sejukkan (mat guna kaedah double-boiler)...
  2. Asingkan putih dan kuning telur, pukul kuning telur hingga pucat dan masukkan no. 1, kacau rata. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Ketepikan.
  3. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan putar hingga menjadi meringue. Kaup balik meringue ke dalam no.2 dan masukkan esen vanilla, gaul hingga rata.
  4. Tuang dalam tin yang telah disapu mentega, letak tin dalam bekas lain dan tuang sedikit air hangat (kalau guna tin spring foam, balut bawah tin dengan aluminium foil, utk mengelakkan air masuk).
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit, kemudian turunkan suhu kepada 140C dan bakar lagi selama 40 minit. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sebelum dipotong

01 Mac 2011

Pertama kalinya..

 

 

Assalamualaikum semua..selamat berhari Selasa yg merupakan hari pertama dalam bulan March.syukur alhamdulilah rutin harian dapat diteruskan seperti hari2 yg lain..erm sebenarnya line tenet dan telefon masing kurang memuaskan di bandar Segamat ni,kemungkinan besar untuk bertukar arah adalah besar  hehehehe,tunggu!

Sebenarnya untuk pertama kalinya mak et n anak2 pulang ke Johor Bahru pada hari hari Sabtu lepas tanpa en suami kerana bonda kurang sihat,alhamdulilah perjalanan pulang ke Jb dan kembali semula ke Segamat berjalan lancar,tiada masalah,pasni boleh g BSP pulak..

Dan untuk pertama kalinya Dahlia berubah wajah.. x percaya?betul x?

 

Image3862

Image3880

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

kakak2nya asalnya yang nak bertindik tp bila dah sampai kedai,dua2 x nak n tanpa disangka2 Dahlia menawarkan diri untuk bertindik hehehee..siap bertindik terus g makan yong tauhu n me rebus Hj Wahid kat Angsana sambil2 tu jenguk sekejap Restoran  Pizza Hut..terkenang kenangan manis semasa kerja part time lebih2 lagi bersama rakan2 yg seusia masa tu yg kebanyakkannya pelajar Utm,Cosmopoint dan aku Kij..manalah dia orang semua tu yer? dah jadi mak orang n bapak orang mcm aku agaknya..sadis sungguh!

Minggu depan last sekolah pastu cuti 9 hari..mak et dpt sms dari Ayu CR ajak join blogger Johor terjah rumah Sifu Ah Mat Gebu..Ben Ashaari pun join,insyaALLAH kalu x ada aral melintang mungkin mak et  n d geng menjoin diri pastu g Tengganu..bestnya!(setelah memujuk rayu en Abang tau)terima kasih memahami diri ini..cheewah!

Image3879

ni sarapan pagi tadi..crispy tuna roll..nak tahu resepi klik sini yer..