CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

27 Disember 2010

Sosej ala teriyaki..

Image3023

Assalamualaikum semua..berjumpa lagi di hari Isnin yg merupakan minggu terakhir cuti..semoga semuanya sihat hendaknya,Amin..pagi tadi mak et g Gdex mengepos charger laptop en suami..boleh tertinggal pulak sepeti kata ayu dalam ceritanya semalam.kadang2 tu kita dah confiden semua dah ada..rupa2nya ketinggalan pulak ..dah namanya manusia..

Okay hari ni nak entri lauk tengahari yg ringkas dan sedap..mak et ambik kat dapur kak Ummi Kuantan..terima kasih kak kerana memberi idea untuk santapan tengahari..yg pasti 3 askar mak et boleh ngap sebb x berapa pedas..cuma mak et tambah tomato jer..

Jom layan resepi,mak et C& P yer kak..syukran!!


Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
Bahan:-

  • 1/2 paket chicken cocktail - (boleh gantikan dengan apa2 sosej jgk)
  • 3 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar kicap ABC Heinz
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kecil cuka
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk tumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan sosej dan kacau sebentar.
  3. Masukkan kesemua jenis sos dan cuka, garam dan gula secukup rasa.
  4. Kacau balik sosej hingga kuah pekat dan melekat-lekat pada sosej.
  5. Angkat dan hidangkan

26 Disember 2010

500 Blog…idea si Ben Ashaari..

 

Salam berjumpa lagi..erm kali ni mak et entri kisah Si Ben Ashaari sebagai sokongan terhadap beliau selaku rakan di dunia blog..kami pernah bertemu semasa menerjah rumah sifu Ah Mat Gebu pada bulan Mei lalu.

Oklah Ben,sebagai memeriahkan acara dan setelah diberi semangat oleh Sifu,mak et dengan sukacitanya menjoinkan diri ..syarat2nya:

1.Letak Banner

Ok dah letak..tu kat atas..

2.Tajuk 500 blog..

Sila klik sini yer

3.Tulis serba sedikit tentang diri anda dan tujuan anda jadi blogger..

Seorang surirumah menjaga 3 anak dara kecik dan seorang suami yg memahami diri ini.tujuan berblogging ni menambahkan ilmu pengetahuan dlm bidang masakan jgk menambah kenalan agar dapat bertukar2 pendapat dan bertanya apa jua masalah khususnya dalam  bidang masakan..ada masa menyelitkan jgk aktiviti semasa bersama keluarga sebagai hiburan dan kenangan..

4.Tinggalkan URL anda di entri ini..

Okay..disini

Ais krim coklat oreo..

Image3014

Assalamualaikum semua..selamat petang. erm apa aktiviti dihujung minggu? dah selesai mencari keperluan anak2 yg bersekolah?semoga segala aktiviti yg dirancangkan dpt dilaksanakn dengan jayanya..cuti sekolah berbaki seminggu je lagi..pasni aktiviti harian bermula lagi,menghantar,mengambik anak sekolah..itulah lumrahnya menjadi ibubapa..dulu2 mak n abah kita jugak begitu..sekarang giliran kita pulak..

Hari ni mak et nak entri ais krim coklat oreo dikutip dari Shen@myresipi.com ..terima kasih yer memberiku ilham sempena cuaca panas ni hehheee,cuma ada sedikit penambahan bahan2,jom layan resipi.

Bahan-bahannya:

  • 2 1/2 cup - Dutchlady full cream milk perisa coklat(mak et guna susu segar dutch lady)
  • 2 1/2 cup - Nestle coffemate creamer powder
  • 1 packet kecil - biskut Oreo (mak et guna 2 cawan biskut oreo yg sedia hancur)
  • 1/2 cawan gula halus(boleh agak2 manis,ni mak et tambah)
  • 1sudu makan pes coklat emulco..(mak et tambah)

1.Masukkan susu,coklat emulcot,gula halus dan coffeemate ke dlm blender dan blend sehingga 5 minit. Masukkan biskut oreo dan blend lagi hingga sebati.

2.Masukkan dlm peti sejuk beku lebih kurang 2 jam atau sebelum membeku, keluarkan dan blend sekali lagi.

3.Masukkan dlm peti sejuk beku semalaman. Sedia untuk hidang bila-bila masa. Selamat mencuba.

25 Disember 2010

Pucuk ubi bersama kuah pecal..

Image3003Selamat berhari Sabtu semua..erm apa program hari ni? mak et n anak2 duk rumah jerlah kemas rumah,kemas rumah dan kemas rumah..En Suami dah gerak balik Tengganu pukul 11:19pagi tadi.huhuhuhu..

Alhamdulilah barang2 keperluan anak2 yg bersekolah tahun depan dah pun disempurnakan semalam,x jadi g Melaka,beli kat Segamat jer memandangkan en suami menguruskan ketanya bawak g Service dan cuci keta.apa pun anak2 gumbira..mak et pun gumbira sebb semalam dapurku ku x berasap,makcik mc heheheh..

Hari ni pun mak et makan lauk kampung yg ringkas tp sedap..pucuk ubi bersama kuah pecal,pucuk ubi ni   bonda mak et petik kat rumah nenda,pastu mak et   tukang rebus dan seterusnya bawak pucuk ubi tu g Segamat..hehehe hari ni barulah operasi menelannya ..kuah pecalnya pun beli yg segera kat Pasar Peladang di Taman Tun Aminah,JB..tinggal bancuh ngn air panas jer..sungguh mudah dan sedap!

23 Disember 2010

Roti lagi..

Image2996

Image3000

Salam malam Jumaat semua..alhamdulilah mak et,anak2 dan adik selamat sampai Segamat..bergerak pukul 11pagi dan sampai dalam pukul 125petang..sampai2 terus masak nasi,lauk sardin dan bening kentang.lepas siap mengemas rumah ..mood meroti datang lagi,masih lagi guna resepi doh yg sama mcm semalam cuma bentuk jer lain.

mak et buat 2 versi lagi, versi inti kacang merah dan sosej..makan panas2 x sempat buat sarapan esok..en suami makan dengan selera,alhamdulilah.esok nak g cari barang2 keperluan anak2,anak2 sibuk ajak g Melaka..layan jerlah …lagipun dah lama x g Jusco…bestnya heehheehee..

mak et mendeko ikut cara mamafami dan Cik Mat Gebu..terima kasih diatas ilmu yang amat berguna..ok jom layan gambar yea,nak tahu resipi,klik sini yer dan sini..hari ni layan gambar jerlah yer..

Image2983

22 Disember 2010

Soft butter bun & sexy butter roll..

Image2908

Image2926

 

 

 

 

 

 

 

 

Salam bertemu lagi..hari ni mak et dah ada kat rumah mak kat jb,esok pagi dah bergerak balik Segamat pulak.ni buat petang tadi saja jer tetiba rasa  nak makan maka ulilah segala bahan2nya..Bibik Melayu kat Segamat,maka guna tangan jerlah tp hasilnya  amat memuaskan.mak et guna bahan2 untuk soft butter buat sexy butter roll,kiranya 1 doh untuk 2 bentuk  roti.

Terima kasih untuk Cik Mat Gebu jgk untuk mamafami diatas tunjuk ajar mendeko roti2 yg amat cantik dan menyelerakan ini.kalu nak tahu macamana nak mendeko soft buttter bun klik sini dan sini untuk sexy butter roll.mak et C& P dari Cik Mat Gebu,terima kasih  daun keladi..

BAHAN-BAHANNYA :
140 ml air
1 biji telur, pukul sedikit
30 gram gula halus
1 camca teh garam halus
1 camca teh bread improver( x letak  x da stok)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
2 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh instant yeast
30 gram mentega
Inti kegemaran (mak et guna jem blueberry
)

 

 

Image2895Image2918

 

 

 

 

 

 

 

 

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 kecuali mentega dan inti, gaul hingga menjadi doh, tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal, adunan agak lembut sedikit, boleh tabur sedikit tepung masa menguli. Bulat2 kan doh, letak dalam bekas dan tutup dengan plastik cling, perap 45 minit. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 kecuali inti dalam BreadMaker, pilih setting untuk DOH, tekan ON. tunggu hingga siap.
  2. UNTUK ROTI :- Bahagikan adunan pada 6 bahagian (ini sebab mat buat 1/2 dari resipi diatas yeaa....) kurang lebih berat 55 gram 1 bahagian. Bulat2kan. Ambil 1 bahagian leperkan isi inti rosel 1 camca teh penuh, kemaskan dan bulat2kan. Leperkan sedikit, canai berhati2. Kelar 8 bahagian macam dalam gambar. Buat hingga siap.
  3. Susun dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Biar 40 minit hingga naik, sapu dengan kuning telur, letak 1/2 bahagian ceri, bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan, boleh hidangkan...

20 Disember 2010

Balik kampung Pt Jerman..

19122010151

kami 2 pupu bukan kupu2 yer..peace!!

 

 

Salam Isnin semua..semoga sihat hendaknya,mak et n anak2 masih lagi kat Kampung belah mak..Kg Pt Jerman,belah abah kat Rimba Terjun,dekat je antara rumah nenek belah mak dan belah abah..sempena cuti sekolah yg masih berbaki x sampai 2 minggu ni mak et,anak2 n adik balik kampung lawat 2 nenda mak et..yealah sekurang2nya anak2 rapat ngn yoyot@moyang dia.

Bila duk kampung ni anak2 pun jd orang kampung sibuk ikut yoyot dia g tengok tanaman dia,ayam dia hehehe,abis baju,seluar kaki dah macam orang keja kebun..teringat zaman kecik2 dulu,asal cuti sekolah pasti duk kampung,macam2 eksperimen kita orang buat..kita orang x pergi rumah orang lain hanya sekitar rumah nenek..hehehehe kalaulah boleh kembali pada saat itu lagi kan best..

Ok layanlah dulu gambar di kampung kelahiran mak et

Image2884

Inilah rumah nenda mak et..

Image2880

pokok jambu ball tu lebih tua dari usia bonda mak et lebih kurang 60tahun..

 

antara hasil tanaman nenda..yg lain2 x dapat nak entri seperti cili,terung..

Image2881

Image2889

 

Image2886

Parit yg semakin mengecil..airnya warna teh o..tanah gambut tempatku berkubang suatu ketika dulu..

18 Disember 2010

Apam mekar Strawberi..

Image2857-001

Assalamualaikum semua..apa menu petang tadi? hari mak et buat apam mekar,resepi berulang2,sebb anak2 suka..tu yg asyik berulang tayang  je hehehe..program ke waterfall x jadi memandangkan cuaca x menentu..so projek mengapamlah yg menjadi.

Terima kasih kepada rossitamz@myresipi.com mak et C&P resipinye..Malam ni nak balik Kg Pt Jerman,sape nak ikut jom!!!

Bahan-bahan ( Dalam 50 biji papercup kecik )

  • 250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 200 ml susu segar
  • 300 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil ovallate
  • Pewarna (ikut suka)
  • Acuan kertas (paper cup) secukupnya
Cara-cara
  1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
  5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
  7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
  8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
  9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
  10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).

Sosej puff..

Image2835

Assalamualaikum semua..apa aktiviti di hari Sabtu?selamat melaksanakan apa jua aktiviti2 anda.erm mak et x tahu lagi  adik2 ajak g mandi air terjun Kat Kota Tinggi..tp masih dalam perbincangan.Pagi ni sarapan sosej puff,kutip dari fp  kak Rinn,terima kasih yer kak,walaupun kita x pernah bersua tp ilmu yg diberikan amat bermakna ..mak et C N P yer..

BLACK PEPPER SAUSAGE PUFF PASTRY

BAHAN-BAHAN:

INTINYA :
6 batang sosej
1 biji bawang besar, di mayang kasar
2 ulas bawang putih, dicincang halus
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili sos
2 sudu besar serbuk lada hitam kasar ( mak et x letak)
2 sudu besar majerin utk menumis
Secubit garam
Secubit gula
Bijan secukupnya
* 12 keping puff pastry jenama "kawan"

CARA-CARA:
1. Panaskan majerin. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan sosej yg telah dihiris nipis. Tumis hingga agak garing.
3. Masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau rata.
4. Masukkan lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat dan ketepikan.
6. Sediakan puff pastry. Isikan inti. Taburkan bijan di atasnya. Tutupkan dengan sekeping lagi. Kelar berbentuk "X".
7. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Bakar hingga puff kembang dan keperangan.

17 Disember 2010

Kuih bakar labu

Image2776

 

Salam Jumaat yg mulia semua,semoga diberi kekuatan dalam mengahadapi apa jua keadaan,Amin…hari ini nak entri satu  lagi kuih yg sedap ala2 kuih bakar bijan @ pandan cuma kali ni campur ngn labu,sedap!resepi ni mak et kutip dari dapur yg bersinar2 kehidupan..hehhee terima kasih kak yatie ,memang x mengecewakan,mak et C & P yer resipinya..kualiti gambar kureng memuaskan ..pakai hpn jer,tp kualiti rasa amat memuaskan heehhhe..cubalah!

Image2754

BAHAN-BAHAN

3 biji telur
3 cwn santan (sederhana pekat)
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
2 cwn labu yg telah direbus dan dilecek
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih

CARA-CARA

  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
    Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
  2. Tapis adunan tadi dan masukkan labu lecek, kacau hingga rata.
    Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi.
  3. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
    Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin

15 Disember 2010

Donat oh donat…

Image2738

Image2745

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Assalamualikum semua..jom makan donat,2 versi donat bersalut coklat n donat bergula..tp yg abis dulu tentu lah yg bercekolat..resepi diambik dari rumah yang  sentiasa bersinar fm..heheehe..sape lah kalau bukan kak yatie yg rajin membingka tu..terima kasih atas resipi yg amat mudah dan sedap ni..nampaknya ni dah jadi koleksi donat kegemaran mak et..

Oklah jom layan resipi yg mudah ni..mak et C &P yer..


Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )

  • 500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin/butter
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak sayuran)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)
Cara-cara
  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap.
  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.

14 Disember 2010

Kisah 2 kendaraku..

DSC_0879

Salam pertemuan lagi..kali ni nak cerita tentang 2 anak daraku yg semakin membesar..sikakak 3 hari lepas gigi bawahnya dah tanggal,malamnya pulak si adik tgh syok mengigit ayam  pun dah bergoyang gigi yg sama kedudukannya dengan si kakak,cepat2 dia basuh tangan n berbisik pada kakaknya yg giginya dh bergoyang,lalu si kakak pun memberi tip2 berguna pada si adik hehehehe melalui pengalaman dialah contohnya kalau nak mengunyah gunakan bahagian mulut sebelah kiri@ kanan,begitu jgk tip semasa minum susu botol ..hehhehee.

Kamera Ct 026

Image338

Image243

 

 

 

 

 

 

 

Semasa kecik dulu dia orang berdua ni macam kembar sikakak lahir 15hb April 2005,si adik pulak 5 April 2006,x sampai umur dia setahun dah jadi kakak,lebih 100 orang yg kami jumpa selalu tegur kembar ke??kalau si kakak berak x lama lepas tu si adik pulak,baju,kasut@permainan biasanya dibeli sama,senang supaya x bergaduh tu pun dia orang tahu barang masing2..seronoknya saat itu.

Tahun depan dua-dua dah sek,kakak dapat  masuk Prasekolah Kg Tengah ,si adik pulak Tadika Kemas Kg Tengah..x kisahlah mana2 asal mereka berdua nak sekolah,barang2 keperluan dia orang x beli lagi kena tunggu papa gaji ye anak2ku..cuma beli kasut ,stoking n peralatan menulis jer,baju kakak  beli kat sekolah jer,insyirah pun beli kain n hantar upah..

Tahun depan rutin harian mama  penuh ngn aktiviti menghantar  n mengambil anak2 dari sekolah sesekali papa yg hantar n ambik sebab papa dah start keja kat Tengganu,kalau perlu kita semua pun akan ikut papa dok Tengganu.tengok keadaan.

13 Disember 2010

Oreo mini cheesecake

 

Image2619

Salam petang semua,hari bersiaran dr Jb pulak,sampai Jb pukul1 53ptg td..oreo cheesecake ni mak et buat semalam petang,dapatlah mak n adik2 merasa petang ni,lagi sedap setelah semalaman berada di peti sejuk.. mak et dah lama nak buat oreo cheececake ni..bila seruan rajin datang maka jadilah oreo mini ni..rasanya memang sedap.

nak rasa meh datang sini makan seketoi dua..terima kasih pada kak fida@myresipi n kak wan@citarasawan diatas resepi yg amat berguna ini..sesuai bagi mereka2 yg mempunyai askar2 yg masih kecik sepertiku jgk bagi mereka2 yg mempunyai askar2 yg besar…hehehehee…mak et C&P resepi kak wan n kak fida..2 in 1

Image2615

Oreo Cheesecake Cupcake
Bahan-bahan
2 packet biskut oreo (1/2 utk base dan 1/2 utk filing dan toping, dibuang creamnya)
250gm cream cheese - suhu bilik
30gm mentega
100gm gula kaster
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50gm serbuk oreo
Hiasan :  Serbuk oreo secukupnya
Cara-cara :
1.  Panaskan oven pada suhu 180C.  Sediakan acuan tart dan cawan kertas, masukkan sekeping biskut oreo di tengahnya sebagai base (dasar).  Ketepikan dahulu.
2.  Putar cream cheese, mentega, gula dan esen vanila hingga sebati, masukkan telur satu persatu dan putar hingga licin dan tidak berketul.  Masukkan serbuk oreo, gaul hingga sebati.

3.  Masukkan ke dalam piping bag, gunting muncungnya.  Kemudian pipekan ke atas biskut oreo.

4.  Taburkan di atasnya dengan serbuk oreo dan bakar selama 20-25 minit.  Sejukkan selama 1 jam di dalam peti sejuk atau semalaman.

Image2585

12 Disember 2010

Cream puff oren..

 

Image2323

 

Salam berjumpa lag,erm dah lama x entri,x sibuk manapun cuma sedikit malas nak mengentri..macamna ngn aktviti2 bersama ank2 pada cuti sekolah? mak et sekali lagi bawak anak2 g Melaka pada hari Jumaat lepas bersama en suami,kakak Balqis sibuk ajak g Taman Rama2 layankan ajerlah x sempat nak save gambar sebb pagi2 Sabtu en abang dah balik Tengganu huhuhuhu..

Jadi layan jelah gambar cream puff tu yea ,buat beberapa hari yg lalu..resepi cream puff mak et ambik  dari rumah Ah Mat Gebu dan intinya dari rumah kak su Mersing..memang mabeles..mak et buat saiz mini jer,almaklumlah askar2 ku masih comel2,sekali ngap jer hehehe..terima kasih kalian berdua yg menjadi antara sumber inspirasiku dalam dunia masakan.

Resepi cream puff boleh klik disini dan dibawah ni mak et selitkan krim orennya yer..kak su, mak et C& P ..

Bahan-bahan krim oren :
3 cawan susu cair/segar
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
8 sudu besar gula (ikut selera nak manis ke tak)
1/4 cawan oren sunquick (kalau nak rasa lain tukar ikut sukalah yek)
2 sudu besar butter

Cara-cara krim oren

Masuk semua bahan kecuali butter ke dalam periuk, kacau hingga berkilat, masuk butter dan kacau lagi hingga betul2 pekat dan masak. Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff.

03 Disember 2010

Marble Banana Muffin..

 

Image2311

Salam Jumaat yg penuh keberkatan ini,semoga sihat dan ceria selalu..erm apa program cuti sekolah yg sedang berlangsung ??mak et akan ke Melaka esok pagi bersama famili adik dan mak..en suami x dapat join..huhuhu..malam ni semua akan berkampung di rumah mak et yg dah seminggu ditinggalkan..rindunya kat rumahku yg dah berhabuk..

Muffin ni buat 2 hari lepas..menghabiskan sebiji pisang tanduk yg dah masak sangat..mak et kutip dari rumah En Adnan Ibrahim aka Ah Mat Gebu…terima kasih sifuku yg baru je dinobatkan sebagai wakil rakyat di kampungnya..mak et C&P resepinya yer..toce..toce..toce..

Image2309

BAHAN "A" :-)
2 cawan tepung gandum*
1 camca besar baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 1/4 cawan gula peerang (boleh guna gula kastor)
1/2 camca teh garam halus
BAHAN "B" :-)
1 biji telur gred "A"
1 cawan susu segar (mat guna susu sejat Ideal + sedikit air)
1/2 cawan mentega cair (boleh guna minyak masak)
BAHAN LAIN :-)
1 cawan pisang, dilecek
1 camca besar coklat paste
Coklat chip untuk hiasan( x letak  x ada stok)
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 190C, alas acuan muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Satukan bahan "A", gaul rata dan ketepikan. Dalam bekas lain, satukan bahan "B" dan kacau rata dengan whisk hingga sebati. Tuang adunan "B" ke dalam "A" dan gaul rata, tapi jangan lama, cukup sekadar rata dan mesra.
  3. Masukkan pisang lecek tadi dan gaul. Bahagikan kepada 2 bahagian, 1 biar pada asal dan 1 lagi diberi pes coklat, kacau rata.
  4. Tuang berselang seli dalam muffin cup tadi sehingga 3/4 penuh, tabur dengan coklat chip, bakar selama 25 minit atau hingga masak, bergantung pada jenis oven masing2...

29 November 2010

Tempe goreng berempah..

 

 

Image2294

Salam Isnin semua..hari ni mak et bersiaran langsung dari rumah mak diJb,almaklumlah cuti sekolah dan en hubby pun dah start keja kat Terengganu ..

Erm..hari ni nak entri menu minum petang apa lagi kalau bukan tempe goreng berempah,hehehe makanan istimewa orang jawa n yg bukan jawa jgk macam mak et campuran bugis n jawa hihihi..resepinya macam biasalah dikutip dari banglo  si teruna yg semakin fofuler..Cik Mat Gebusss..Terima kasih yer!

Semalam petang mak et  sempat merajinkan diri meroti boy hehehe..hanya ni jer yg sempat diambik gambar.dapat 16biji..untuk resepi silalh klik sini

Image2277

Jom layan resepi tempe goreng berempah:.

2 paket tempe (yang bungkus dalam plastik) mak et guna yg bungkus dengan daun dlm 8 keping.
2 camca besar tepung jagung
Sedikit air
1 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
2 camca teh ketumbah biji*
1/2 camca teh jintan halus*
1 camca teh jintan manis*
15 biji lada hitam*
3 ulas bawang putih*(*tumbuk lumat)
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Tempe, dikerat dua dan hiris nipis. Gaul kan dengan semua bahan2 diatas hingga rata kecuali air. Tuang sedikit air dan gaul hingga bahan2 menyaluti tempe tadi.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng tempe dengan api sederhana hingga kuning keemasan dan garing. Jangan goreng terlalu banyak untuk sekali gorengan.
  3. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sambal kicap atau cili sos......

24 November 2010

Jom nguyah bepang kacang..

 

Image2222

Assalamualaikum semua..petang tadi hujan lebat n x dapat nengok tv,en suami pulak ke Terengganu,maka dengan rajinnya mak et ke dapur mengodek bepang kacang..buat nguyah2 diwaktu petang sambil menonton Ulek Mayang hehehee..saja2 je..time mamanya nak tengok tv,waktu lain anak2 yg konker huhuhuhu…

jom layan resepi..terima kasih kepada kak wan di citarasawan diatas resepi yg mudah n sedap..pasni x yah beli kat kedai,sendiri buat..mak et C &P resepinya…thank u kak wan!


Bahan-bahan
300gm kacang tanah di goreng tanpa minyak
200gm bijan di sangai
200gm gula pasir
2-3 sudu besar air
Loyang empat segi dengan pemotong
Cara-cara :
1.  Gris loyang dengan minyak masak.  Tabur bijan sangai serata dasar loyang diikuti dengan kacang tanah.  Ketepikan.
2.  Masak gula hingga menjadi karamel, masukkan sedikit air ditepi periuk supaya tidak terpercik.   Kacau cepat2.  Kemudian tuang ke dalam loyang berisi kacang tanah hingga rata.
3.  Ambil pemotong dan tekan padat atau potong bentuk empat segi dengan pisau ketika masih panas. 
4.  Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang.

20 November 2010

Berkorban apa saja..

 

Salam bersua kembali,semoga sihat hendaknya,bagaimana dengan aidil adha yg lalu? Semoga ia membahagiakan anda,mak et dan en suami melakukan ibadah korban di Kg Air Hitam,Muar..

Jom tengok…

DSC_0466Sebelum disembelih..inilah lembu yg ku korbankan..

DSC_0469Bermula dengan bismillah diiringi ngn takbir..sungguh syahdu..

DSC_0482selesai sudah operasi sembelih

Antara saksi kejadian.

DSC_0493DSC_0495DSC_0491DSC_0528

Mereka2 yg amat rajin melaksanakan daging korban

DSC_0544

DSC_0558DSC_0567DSC_0578

DSC_0602

Semoga ibadah korban yg kita laksanakan mendapat ganjaran yg mulia disisiNYA,amin ya rabbal alamin…

13 November 2010

Carrot Cake..erm mabeles!!!

Salam Sabtu yg ceria..apa program hari ni? mak et n d geng akan pulang ke Pontian,rumah nenek mak et..dah lama x jumpa nenek jgk saudara mara di Pontian dan jgk untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara mak et di Kg Pt Jerman ..Jerman?? hehehehee..kat Pontian jer..

Sebelum bergerak nak entri kek lobak merah yg dah dibuat pada hari Rabu lepas..x basi tau masih ada lagi dalam peti besiku hehehehee..terima lasih pada Mat Gebu dan kak su Mersing..mak et ikut resepi kedua2nya..apapun   memang mabeles..Cik Mat  saya C& P resepinya yer..cuma tambah kismis ikut kak su Mersing..

Image2101 

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang

 

Image2092

 

BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)

100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...