CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

23 Mac 2011

Roti jala bersama si kari ayam..nyam..nyam..nyam..

Image4069

Assalamualaikum semua..selamat malam ..sebelum tido jom cuci mata ngn roti jala yg dibuat hidangan minum petang mak et n 3 puteri terhebatku..hebat mengemas rumah dan memantapkan vokal  lagi2 kalau ada yg nangis,boleh bergegar rumah..dah banyak kali jugak mak et buat ,setiap kali masak kari ayam petangnya mesti menjala roti.resepinya macam biasalh dari Dapur Tanpa Sempadan en sifuku Ah Mat Gebu..terima kasih yer diatas ilmu meroti jala ni,mak et C&P resepinya…

Bahan-Bahannya:-
2 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh serbuk penaik*(*disatukan dan ayak)
4 camca besar santan atau susu cair
1/3 camca teh garam
2 1/2 cawan air
2 camca besar minyak masak
Sedikit pewarna kuning
Minyak untuk menggris kuali
Cara membuatnya:-

  1. Satukan semua bahan2 diatas dan kacau dengan wisk hingga sebati. Tapis adunan dan ketepikan. Biar adunan rehat 20 minit. Atau boleh juga dimasukkan ke dalam alat pengisar dan kisar hingga sebati. Jika adunan kelihatan pekat, tambah sedikit lagi air.
  2. Dalam kuali leper (frying pan), lenser sedikit minyak pada kuali dan biar panas. Ceduk adunan tadi ke dalam alat membuat roti jala dan kirai secara pusingan ke dalam kuali dan pastikan jaluran terbentuk bersambung antara satu sama lain.
  3. Bila roti jala kelihatan pucat. Lipat dua menggunakan sudip dan alihkan ke pinggan, lipat ikut kreativiti masing. Ulang proses yang sama untuk selanjutnya dan buat hingga habis. Hidangkan bersama kuah kari atau dalca.

0 ulasan: