CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

27 Mac 2011

Chilled Blueberry Cheesecake..

 

Image4106

Assalamualaikum semua,dah nak tido ke? sebelum tutup mata ,jom cuci mata ngn ciskek mak et,buatsemalam pagi,pagi tadi baru mak et n 3 puteri ni ngap sebagai sarapan pagi hehehe..mak et olah sedikit mengikut kehendak semasa anak2 dan mamanya,memandangkan isi rumah masih lagi comel2,mak et hanya buat separuh adunan yg kebiasaannnya mak et buat  satu adunan..alhamdulilah sambutan memang amat mengalakkan,mak et lebihkan basenya kerana anak2ni suka sangat makan biskutnya,dan  ciskek ni pun nampak nipis sebab mak et gunakan loyang berukuran 8 inci,hanya itu je stok loyang loose yg mak et ada,ada bajet lebih nanti  baru beli size yg kecik sikit..

Oklah x kisah nipis ke tebal ke yg penting sedap dan dari  air tangan ibu..betul x? sesape nak cuba silalah,pasti x mengecewakan..resepi asal mak et kutip separuh dari sifu ah Mat Gebu(basenya) dan ciskeknya dari dapur Kak Wan,terima kasih anda berdua..ada jugak mak et tengok ciskek ni dari blog sifu2 yg lain tp mak et pilih yg mudah dan bahan2 yg ada didapur bersempadan ku hehehehe..

 

Image4093

 

Bahan-bahannya:

300g biskut marie

110g mentega,dicairkan

125g cream cheese

30g gula halus

100g filling blueberry

1sudu kecil jus lemon

50g  plain yogurt jenama Nestle

20ml air suam

1 sudu kecil serbuk gelatin

100ml whipping cream dipukul dahulu hingga kental

Cara-caranya:

1.Panaskan oven pada suhu 170’C.

2.Biskut marie dihancurkan ,kemudian masukkan mentega cair sedikit demi sedikit hingga boleh di kepal,masukkan  dalam tin springform berukuran 8 inci dan tekan padat2.Bakar selama 10 minit dengan suhu 170’C.

3.Pukul cream chesse dan gula halus hingga lembut dan tidak berketul.Masukkan filling blueberry,jus lemon dan yogurt,putar hingga sebati.

4.Masukkan whipping cream yg telah dipukul hingga kental kedalam adunan cheese,kacau rata.

5.Gelatin halal dibancuh bersama air suam,kacau hingga rata hingga kelihatan jernih.Tuang dalam adunan cheese tadi,kacau rata,kemudian tuang kedalam tin biskut tadi  dan ratakan.

6.Sejukkan dalam peti sejuk selama 4jam@ semalaman sebaik2nya .Sebelum dipotong,celupkan pisau dengan air panas kemudian dilap kering barulah dipotong,begitulah untuk  potongan yg seterusnya,agar kek nampak cantik.

Selamat mencuba..