CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


22 Mac 2011

CHOCOLATE BANANA BREAD..

 

 

Image4041

Assalamualaikum semua,alhamdulilah bertemu jodoh kita lagi  di bumi Segamat ni,sesi persekolahan jugak sudah 2 hari bermula,macamana dengan cuti persekolahan yg lalu?alhamdulilah mak et n anak2dapatlah jalan2 di sekitar Paka n Kerteh tengok tempat keja suami,mak et n anak2  x sampai  pun Kuala Terengganu, namun sempatlah melayan anak2 mandi kolam di Awana Kijal  dan bergerak pulang ke Segamat pada tengahari Sabtu,sepanjang perjalanan pulang ada jugak  singgah gerai keropok,beli sikit keropok,pastu singgah beli ikan  bilis,ikan kering,udang kering sikit.ala2 ole2 untuk  diri sendiri hehehe..sape 2 yg nak sikit kena datang Segamat ambik sendiri yea..

Oklah hari ni nak entri kek ala2 roti,resepinya mak et kutip dari dapur Kak Ummi Kuantan,buat petang tadi ,alhamdulilah menjadi dan sangat sedap.terima kasih Kak Ummi,mak et  C&P resepinya,semoga kak ummi x jemu berkongsi ilmu masakan pada pengunjung blog Kak Ummi terutamanya diri ini,cuma mak et hanya menggunakan bahan2 yg ada didapur mak et..

 

Image4035

Jom layan resepinya:

CHOCOLATE BANANA BREAD
Resepi:
Joy of Baking
Dirujuk dan terjemahan : Ummi @ Home Sweet Home
Bahan:-

  • 1/2 cup (55 gm) kacang walnut/pecan - dipanggang dan cincang (mak et guna 40g kacang walnut)
  • 1 3/4 cawan (230 gm) tepung serbaguna
  • 1/4 cawan (30 gm) serbuk koko (akak guna brand Van Houten)
  • 1 cawan (200 gm gula pasir(mak et guna 200g gula perang)
  • 1 sk. baking powder
  • 1/4 sk. soda bikarbonat
  • 1/4 sk. garam (*akak x letak, sbb guna mentega bergaram)(mak et pun x letak)
  • 1/2 cawan (85 gm) chocolate/white chips
  • 2 biji telor (gred A) - dipukul sedikit
  • 1/2 cawan (113 gm) - mentega tanpa garam (*akak guna yg bergaram) - cairkan dan biar sejuk
  • 3 biji pisang ranum (454 gm), dilecek (sukatan lbhkurang 1 1/2 cawan)(mak et hanya ada 332g pisang lecek)
  • 1 sk. esen vanila
Cara-Cara:-
  1. Preheat oven dengan suhu 180 C dan letakkan rak di tengah2 oven. Gris dan taburkan tepung dalam loaf pan saiz 9 x 5 x 3 in (23 x 13 x 8 cm), ketepikan.
  2. Bakar kekacang walnut/pecan dalam oven lebihkurang 8 - 10 mnt hingga garing sikit. Sejukkan dan cincang kasar.
  3. Dalam bekas besar, gaulkan tepung, serbuk koko, gula, baking powder, soda bikarbonat dan garam (akak ayakkan bersama tepung, serbuk koko, baking powder, soda n garam dulu, pastu baru gaul rata gula dengan whisk)
  4. Dalam bekas kecil, campurkan pisang lecek, telor, mentega cair dan esen vanila, kacau sebati.
  5. Kemudian masukkan bahan basah ke dalam bahan kering tadi dan gaul sehingga agak sebati sahaja, cukup dan adunan agak berat dan melekit. (jangan digaul adun terlalu lama).
  6. Masukkan chips dan kekacang walnut/pecan tadi. Gaul rata sahaja cukup.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tabur sedikit gula perang (jika suka).
  8. Bakar pada selama 55 - 65 minit atau sehingga diuji dengan lidi/tester, ianya keluar bersih. (Dengan oven akak, hanya dibakar pd suhu 175 C, selama 50 minit sahaja)
  9. Keluarkan dari oven dan sejukkan...hidangkan ketika masih suam....memang sedap untuk sarapan atau minum petang

0 ulasan: