CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

27 Mac 2011

APAM DOT-DOT KAK HANA..

Image4151

Assalamualaikum semua..semog sihat hendaknya di samping insan2 yg tersayang ,oleh kerana hari ni  mak et duk rumah ngan anak2,maka aktiviti apam dot2 ni dilakukan bersama2..mak et kutip dari rumah Kak Hana aka Cikgu,yg telah pulang ke tanahair.Pasni bolehlah kita serbu Kak Hana pulak yea..terima kasih di atas resepi yg mudah ,sedap  dan cantik menawan ,anak dan mamanya suka yang amat2..

Okay mari kita layan resepi ni,mak et C& yer Kak Hana..terima kasih sekali lagi.

Bahan-bahan

  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan(mak et guna 170g)
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna

Image4141

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

NOTE dr Hana:

  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

2 ulasan:

Sari Yusa Ibrahim

mak et, teringin gak nak buat apam dot ni tapi tak menyempat2.. ni yg rasa makin teringin nak mmbuat nih..

Siti Indrawati

Selamt petang kak Sari..ni pun sebb teringinlah membuatnya kalau x,lupakan saja hehehe..sebb 3 dara ni kalau apam comel2 ni lajulah dia orang nak ngap..