CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

10 Mac 2011

Salam Takziah…

Gambar raya dari FB Cik Ju..

Assalamualaikum semua,alhamdulilah bertemu lagi di hari Khamis yg sejukk,mungkin jgk di tempat anda hujan lebat,apa pun syukur diatas nikmat yg diberikan oleh ALLAH kepada kita semua.

mak et n famili ingin mengucapkan salam takziah buat mak cik suami Puan Jumiah,suaminya En Jamian diatas kepulangan anakanda lelaki tunggal ke rahmatullah pada petang semalam di Melaka akibat kemalangan ,semoga keluarga Cik Ju tabah menghadapi dugaan hidup ini,AMIN..

Ni kisahnya yg mak et ambik dari mymetro(kredit to mymetro)

Dua maut kereta gagal memotong

JASIN: Seorang pelajar Politeknik Merlimau, di sini, sempat memasak juadah terakhir untuk dimakan bersama rakan serumahnya sebelum maut dalam kemalangan di Kilometer 29, Jalan Melaka-Muar, Sebatu, dekat sini, semalam.

Mangsa, Muhammad Jeffrey Jamian, 20, memasak nasi goreng sebagai sarapan untuk dia dan tiga rakan di rumah sewa mereka di Taman Muhibbah, dekat sini, kira-kira jam 10 pagi.

Rakan arwah, Mohd Izwandi Azamey, 20, berkata sebelum ke kelas, Muhammad Jeffrey memasak nasi goreng untuk dia dan dua lagi rakan makan bersama.

“Saya tidak sangka nasi goreng itu juadah terakhir dimasak arwah untuk kami,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Jasin, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang, kereta Proton Wira dipandu Muhammad Jeffrey cuba memotong kenderaan di hadapannya, namun tidak berjaya menyebabkannya bertembung sebuah pikap Mitsubishi Triton yang datang dari arah bertentangan.

Berikutan itu, mangsa maut di tempat kejadian kerana parah di kepala dan badan. Turut terbunuh seorang lagi rakannya, Mohammad Yazair Ingan, 20, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan manakala seorang lagi rakan mereka, Mohd Ikhmahisham Ibrahim, 20, yang berada di belakang parah

Mereka pelajar tahun akhir Sijil Ukur Tanah (Jabatan Kejuruteraan Awam) Politeknik Merlimau.

Sementara itu, ibu Muhammad Jeffrey, Jumiah Hashim, 46, berkata anaknya itu hampir setiap minggu pulang ke rumahnya di Taman Bakri Jaya, Muar, Johor

“Anak saya pulang ke rumah petang Jumaat lalu dan kembali semula ke Politeknik Merlimau hujung minggu. Saya tak nampak perubahan pada dirinya kerana dia seperti biasa dan mengikut saya menziarahi keluarga,” katanya.

2 ulasan:

Citarasa Rinduan

salam takziah utk keluarga arwah
semoga arwah dimasukkan dalam golongan orang yag beriman

PS: mmg tersentuh dihati bila melibatkan kehilangan nyawa akibat pergi dgn sekelip mata, dari menatap, menjaga didepan mata ...

Siti Indrawati

Wasalam ayu..terima kasih ats ucapan takziah,insyaALLAH balik Muar nanti kita sampaikan.
tulah bila hilang sekelip mata mcm susah nak percaya terbayang2 wajah sepupu suami yg agak pendiam tu,ALLAH lebih menyayangi,AMIN