CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

02 Mac 2011

Pandan cheese cake

 

 

Image3913

 

Assalamualaikum WBT..Alhamdulilah bertemu lagi dan mood membakar bermula lagi..hari ni nak entri pandan slice cheese cake,ni kali pertama buat yg letak pes pandan  sebab sebelum ni mak et buat yg plain jer..dua2 sedap.bahan2nya pun mudah nak jumpa dan rasanya boleh tahan  sedap.buat ni sebab en suami balik semalam petang,ada urusan yg perlu dilakukan  di sini sebelum terbang ke Bintulu pada awal petang nanti..Semoga selamat sampai dan kembali semula ke sini,Amin..

Asalnya resepi ni mak et jumpa kat myresipi.com dari Onigiri,pastu bila dah mula kenal kawan2 masakan,rupa2nya ramai dah pernah buat cheese cake ni antaranya sifuku Ah Mat Gebu,versi pandan ni pun mak et ikut dari Dapur Sifu Ah Mat Gebu..terima kasih diatas idea yg begitu bernas dan puas hati sangat bila kek ni menjadi…anak2 pun suka apa tah lagi en suami..OK jom layan resepinya.

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 ml susu segar
4 keping slice cheese (cheesedale)(mak et guna 6 keping slice cheese
70 g mentega
70 g gula halus
70 g tepung gandum, diayak
4 biji telur gred "B"(mak et guna 3 biji gred A
1 camca teh pandan paste
Sedikit pewarna hijau (mak et x letak)
Beberapa titik esen vanilla

Image3897

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Siat2 slice cheese dan masukkan ke dalam susu segar, panaskan susu dan kacau hingga keju larut, masukkan mentega, pandan paste dan sedikit pewarna hijau, kacau rata dan sejukkan (mat guna kaedah double-boiler)...
  2. Asingkan putih dan kuning telur, pukul kuning telur hingga pucat dan masukkan no. 1, kacau rata. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Ketepikan.
  3. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan putar hingga menjadi meringue. Kaup balik meringue ke dalam no.2 dan masukkan esen vanilla, gaul hingga rata.
  4. Tuang dalam tin yang telah disapu mentega, letak tin dalam bekas lain dan tuang sedikit air hangat (kalau guna tin spring foam, balut bawah tin dengan aluminium foil, utk mengelakkan air masuk).
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit, kemudian turunkan suhu kepada 140C dan bakar lagi selama 40 minit. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sebelum dipotong

0 ulasan: