CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


02 April 2011

BUN KENTANG

Image4227

Assalamualaikum semua,selamat beristirehat bagi pengunjung blog mak et  yg bercuti pada  hari ini dan Ahad,semoga apa jua yg anda lakukan mengembirakan diri anda jgk orang2 yg berada bersama2 anda,mak et dan anak2 bersiaran dari Bandaraya Johor Bahru,sampai rumah bonda semalam petang dengan selamatnya,alhamdulilah,terubat rindu kat ahli keluarga.

Hari ni nak tayang bun kentang yg sempat mak et buat pada hari Khamis petang sebagai ole2 untuk orang JB jugak sedikit ole2 dari Tengganu,walaupun x banyak yg penting sama2 dapat merasa,betul x?resepi bun ni mak et kutip dari dapur jintanmanis.com lagi iaitu dapur Puan Rosmarlina ,terima kasih daun keladi,amat gembira kerana bun ini menjadi dengan jayanya,alhamdulilah,mak et pun ada jenjalan kat dapur2 sifu yang  lain,nampaknya resepinya lebih kurang sama je..Bagi sesiapa yg nak mencubanya silalh,pasti x mengecewakan.silalah..silalah..silalah..

mak et C&P resepi dari dapur jintanmanis.com,terima kasih sekali lagi .jom layan dan selamat mencuba..

Image4215

Sebelum di solek..

Image4216

selepas disolek ala2 tangan keras

Image4220

selesai operasi pembakaran..

 

 

Bahan-bahanya

250 gram tepung roti
70 gram kentang yang direbus dan dilenyek baru ditimbang ye
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur - tinggalkan sedikit untuk gliss pada permukaan bun nanti. ( dipukul sedikit)
120ml susu segar( mak et guna 100nl susu segar
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 sudu kecil)
sedikit kastard untuk di jalurkan atas bun ni nanti.

bahan untuk kastard
2 sudu besar tepung bird custard
3/4 cawan susu segar
3 sudu besar gula

caranya: ( sos kastard)
1. campurkan semua dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan ye, kacau selalu
klu jadi terlalu pekat leh tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan baru di paip atas bun nanti.
Caranya. ( roti)
1. Kalau ade  BM tu leh lah masukkan semua bahan  dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde BM masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, , gliss permukaan dengan baki telur dan kemudian paipkan sos kastard di atas permukaan bun . Bakar pada suhu 180 darjah selama  25 minit. Ok dah siap Selamat Mencuba

******Sekadar ingatan untuk mak et dan pengunjung2 yg lain yer(mak et C&P dari dapur jintanmanis)*****

Nota, ramai yang bagi feedback kata doh ni lembik, cuba kurangkan kuantiti cecair tu ye, maksud ros, jgn masuk 120ml susu terus, masuk sikit-sikit, lagi satu, telur tu letak setengah biji dulu, then tengok kelembutan doh, kalau dah rasa ok, teruskan menguli, tp honestly ros kalau buat bun kentang ni mmg ikut resepi ni betul-betul, mungkin tektur tepung roti ataupun kelembapan pada kentang yang dilenyak mempengaruhi lembiknye doh. :)

0 ulasan: