CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


20 April 2011

Kek cawan Oren dan ole2 untuk kawan2 Kakak Balqis..

Image4402Image074

 

 

 

 

 

 

 

Assalamualaikum semua,berjumpa lagi di hari Rabu,semoga tugas2 seharian anda dapat dilaksanakan seperti biasa,semalam bersempena hari lahir kakak Balqis mak et buatkan kek cawan oren untuk kawan2nya dan adik2nya,kali ni mak et buat kek cawan oren pulak,almaklumlah nak sambut kat luar suami x balik lagi,insyaALLAH kalau x ada apa aral hujung minggu ni sambut kat lua r bersama suami,sambut hari lahir Insyirah dan Kakak Balqis sekali.

Beberapa hari lepas blog Cikgu Mat Som ada buat entri  belajar tatabahasa Bahasa Melayu dan belajar bahasa Jawa,seronok jugak menyebut perkataan jawa walaupun mak et ni campuran jawa n bugis,tp lidah agak terbelit nak menyebutnya,kalau bugis tu boleh sikit2 tp dah lama x berbual ngn nenek,mungkin lidah pun dah keras..Cikgu Mat Som  suh  mak et buat entri belajar bahasa bugis pulak..adoong!! bukan x nak tp malu  x pasal2 orang bugis menyumpah kat blog mak et heheehe..orang bugis ni garang tau hehehe..walau apa pun bangsa keturunan kita,darah yg mengalir tetap merah kan?nantilah bila mak et dah dapt ilham mak et buat yer,InsyaALLAH..

Ok berbalik pada cerita kek cawan oren ni,mak et kutip resepi dari buku kek cawan Puan Noorhaslinda Binti Hassan,alhamdulilah menjadi dengan cantik dan rasanya pun ok,sesuai untuk semua,manakala buttercreamnya mak et kutip lagi dari dapur kembangkempis@myresipi atau di sini yer.terima kasih kerana berkongsi ilmu yang  bermanafaat ini,jom tengok resepi..

Image4377

KEK CAWAN OREN

Bahan-bahan;

115gram mentega dalam tin/majerin

80gram gula kastor

2 biji telur

1sudu teh jus sunquick

175gram tepung naik sendiri

3 sudu besar susu segar

sedikit parutan oren

Cara membuatnya:

1)Panaskan oven pada suhu 170’C.

2)Pukul mentega dan gula kastor sampai sebati.Masukkan telur satu persatu,jus sunquick dan parutan oren.Pukul sampai kembang.

3)Masukkan tepung naik sendiri berselang seli dengan susu segar.Masukan kedalam kertas cawan  dalam 3/4 penuh.

4)Bakar selama 23minit bergantung pada oven dan saiz kertas cawan memasing yer..

Kuantiti kek cawan ni pun bergantung pada saiz kertas cawan,Kalau saiz kecik,dapat banyak,kalau saiz besar dapt sikitlah.

Selamat Mencuba..

3 ulasan:

Unknown

dah lama akak x buat cupcakes ni...kene tunggu b'day anak2 juga lah baru buat...hehehehe....

owhh..mak et jawa+ bugis yer...klu jumpa nnti blh la sembang2 bahasa jawa..( mcm terror pulak kan...) akak mmg mak/ayah..dua2 jawa.tp akak x terror sgt ckp jawa...klu org ckp fahamlah..nak balas balik mmg agak t'kial2 sikit..hehehe

p.s: mak et fb dah blh buka...pagi td mungkin ada masalah teknikal agaknya...:)

Siti Indrawati

Selamat petang kak..ye mak et buat cup cakes ni pun time birthday anak2..ye kita campuran jawa n bugis..boleh je sembang ikut cara kita kaka pastu ketawa sama2..sekarg ni dah mula faham banyklah bahasa jawa mcm akak jgk nak balas tu memang ampun x reti hehehe..
FB saya dah boleh bukak,lega eden heheh..

Unknown

ttg kek coklat tu akak deko guna resepi topping/ganache yg k.hana bagi tu cuma akak tambah dgn coklat masakan sikit n butter lbh dr resepi asal (anggaran 3 cmb),bila mak et dah buat ganache ni...biar suam2 sikit pastu masukkan dlm peti ais...bila dah agak pekat baru blh guna utk deko...akak guna nozel jenama wilton no.20...