CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

08 April 2011

KEK CAWAN STRAWBERI

Image4283

 

 

Assalamualaikum pembuka bicara sepi di hari Jumaat yg penuh warna keindahan,semoga pengunjung blog mak et sihat hendaknya,erm apa program hujung minggu ni? mak et n anak2 x kemana hanya duduk di rumah je,esok kakak Balqis kena sekolah ganti ermm..asalnya x tahu nak letak entri apa memandangkan ada seorang teman di FB ingin resepi kek cawan strawberi,maka dengan rajinnya mak et menaip bahan2nya,cara membuatnya jugak buttercream yg mak et kutip dari kembangkempis@myresipi.com alhamdulilah menjadi dengan sedap dan cantik.Terima kasih kerana berkongsi ilmu.

Sebenarnya mak et bukan jenis orang yg kreatif nak mendeko kek @kek cawan tp sejak duk rumah dah mula minat nak mencuba,tp bab membakar,mengukus dan mengechilled memang feberet sejak bekerja di rumah heehe..seronoknya bertambah lagi2 bila masakan kita disukai oleh anak2 dan suami,rasa terharu dan bangga sangat,betuk x semua ibu2?

Ok jom layan bahan2 kek cawan strawberi kalau bahasa Londonnya cup cakes strawberry yg mak et kutip dari buku Kek Cawan hasil tangan  Puan Noorhaslinda Binti Hassan yg juga seorang tenanga pengajar seni dekorasi kek cawan dan kek hiasan,banyak ilmu yg boleh didapati dari buku ni,lebih2 lagi bagi mereka2 yg mula berjinak2 nak memulakan hobi meghias kek cawan macam saya lah..tangan kayu aka tangan keras..

Bahan-bahan

115gram mentega dalam tin/majerin

80gram gula kastor

2biji telur

2 sudu teh perisa strawberi

1/2 sudu teh pewarna pink

175gram tepung naik sendiri(diayak)

2sudu besar dairy whipping cream

1sudu teh esen vanila(ni  mak et tambah)

Cara membuatnya:

1.Pukul mentega dan gula kastor sampai sebati.Masukkan telur satu persatu,perisa strawberi dan pewarna pink.Pukul sampai kembang.

2.Masukkan tepung berselang seli dengan whipping cream.

3.Masukan hampir2 3/4 kertas cawan dan baka dengan shu 170’c selama 23minit.(ni bergantung pada oven masing 2 yer..agak2lah)

Buttercream untuk disapu di atas kek cawan

Bahan-bahan
  • 250 gm butter/shortening (kalau nak icing putih & lebih tahan panas, guna shortening. tapi, kalau nak lebih sedap, baik guna butterlah)( mak et guna butter churn)
  • 125 gm marvello/supertact/krimwell (benda2 ni cari kat kedai bahan kek....takde marvello, guna supertact, takde supertact, guna krimwell) (mak et guna krimwell)
  • 125 gm gula aising (kena ayak dulu supaya tak berketul2)
Cara-cara
  1. Pukul butter + marvello hingga putih Ayak gula aising, masukkan ke dlm butter, pukul lg hingga kembang dan putih. Suaikan warna utk hiasan kek.
  2. TIPS : pukul dengan kelajuan minima. makan masa lah sket, tapi, insyaallah, icingnya nanti lebih cantik & mudah dilepa.

Hiasan kek cawan

1.edible imej mickey n minie mouse(pun ada dikedai bahan kek dan boleh dimakan)

2.coklat urai dan bintang warna warni.

4 ulasan:

Farah Hanim

dah lapar balikk T__T

Citarasa Rinduan

selamat pagi sabtu mak et

aduh!!!!!!
jiwa kacau sungguh kalau tak berblog nie.lagilah penangan mak et yang baik budi pekerti.


PS: bilalah nak merasa air tanganmu.......post2lah seketul dua

Siti Indrawati

Assalama Farah Hanim..ye kea lapar..meh lah dtg rumah,kita makan sama2 yer..

Siti Indrawati

Selamat berhari Sabtu AYU..selamat kembali..lega Ayu dah bersemangat berblog semula,ramai kawan2 merindui bicara sepi ayu walauapa jua cerita yg Ayu persembahkan..
InsyaALLAH kalau mak et diberi kekuatan dan ruang masa mak et akan ke CR n bawakan cup cake untuk Ayu n famili,AMIN..Doa2 lah..