CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

05 April 2011

Damia Insyirah Binti Abd Razak genap 5 tahun..

DSC_0852

DSC_0800

 

 

Assalamualaikum semua,semoga semua sihat dan bahagia selalu,insyaALLAH..Syukur alhamdulilah hari ni umur Damia Insyirah genap 5 tahun,semoga ALLAH panjangkan umurnya menjadi anak yg baik,rajin belajar,dan sayangkan papa,mama,kakak dan adik dan ahli keluarga yang lain.

Semasa mengandungkan dia 5 tahun lalu diawal kandungan alhamdulilah mak et tiada apa masalah yg sukar cuma kelakar sikit semasa mengandungkan dia teringin sangat nak g rumah MawiAF3 kat Felda Taib Andak,awalnya en suami malas nak layan karenah ibu mengandung ni,tp setelah dipujuk2 akhirnya en suami pun mengalah pergilah masuk Felda Taib Andak bersama Cik Olen dan Cik Ola(tukang tanya kat orang)masa tanya dengan orang pertama dia cakap rumahnya dekat dengan tangki air,cari punya cari tak jumpa,pusing2 lagi tanya lagi dengan budak dia cakap depan lagi,cari lagi x jumpa jgk,akhirnya en suami cakaplah dahlah jom lah balik,aduhhh sadisnya hati ibu mengandung waktu itu..huhuhuhu

Tetiba si ibu  mengandung pun bersuara “bang kita baru tanya 2 orang ,cukupkan 3 orang baru afdal x jumpa jugak baru balik”en suami yg baik  hati menurut perintah “oklah” dan mangsa terakhir seorang budak lelaki yg sedang menyapu  dihalaman rumah dia.Cik Olen”Dik mana rumah Mawi?”ADIK “ Tu..yg ada astro”.alangkah bestnya waktu itu..x dapat tengok mawi dapat tengok rumah dia pun jadilah ..apa lagi berhentilah kat depan rumah dia ,nampak mak dia tengah angkat jemuran heehe,x kacau pun pastu sempatlah Cik OIa dan Cik Olen berposing depan rumah dia,pastu barulah balik dengan penuh bunga di taman hati ibu yg mengandungkan DAMIA INSYIRAH BINTI ABD RAZAK..

Sekarang ni bila tengok muka Mawi dalam tv,majalah@ suratkhabar dia mesti tahu itu MawiWorld walaupun sekarang ni Mawi dah banyak keja disebalik tabir,pelik kan?sedangkan sepanjang tempoh pembesarannya mak et x pernah dedahkan dia dengan lagu2 @video klip Mawi ,itulah kebenarannya orang yang mengidam semasa mengandung bukan tipu tau tp kebenaran.

Apalah ada pada Mawi kan? sekadar insan biasa yg berasal dari keluarga susah tetapi nasibnya berubah bila bergelar pelajar AF..mak et bukan peminat fanatiknya tp minatnya kerana dia jugak guru agama seperti mak et suatu masa dulu dan paling penting dia anak Johor sepertiku hehehe..Abang mak et pernah hadiahkan cd Mawi semasa hari lahir yg ke 26tahun..sekarang dah masuk 31tahun..

Insyirah selamat lahir setelah 2 malam mama tido Hospital Pakar Sultanah Fatimah,Muar..ni anak Muar mcm papa..tu pun dah terlewat 9 hari dari tarikh sepatutnya,nasib baik x ikut tingkap .Sekarang Insyirah dah sekolah ,belajar pandai 2 yea!Selamat panjang umur semoga ALLAH kurniakan kesihatan yg baik untuk anak mama,AMIN.

9 ulasan:

hOtMaMa

happy besday to Damia Insyirah, semoga menjadi anak yg solehah..

lerr.. sebaya ler tupanyer kita mak ET oii.. hikhik..

MSOM

Happy Birtday Insyirah yg ke 5 Tahun.....

Semoga sentiasa ceria dan berjaya hendaknya.

Permata hatiku...

Salam mak-et,

Hehe seb baik baby girl kalau ngandung baby boy dah sah2 letak nama mawi...

Happy birthday Insyirah..., semoga jadi anak yg baik.

Siti Indrawati

Assalam HotMama..Terima kasih atas doa seorang ib,semoga makbul,amin..

ye kea? ingatkan gue yg sudah tua rupa2nya kita sebaya! hehehhehe..

Siti Indrawati

Assalam Cikgu..
Terima kasih di atas ucapan seorang guru,terharu mama dia..sama bulan ngn anak cikgu yg kecik kan?

Siti Indrawati

Assalam Zura..yea betul tu ada hati nak letak jgk namanya AHMAD ASMAWI..tp yg keluar girl tu yg rambutnya lambat panjang hehehhe..
Terima kasih diatas ucapan dan doa seorang ibu,semoga doa2 yg baik dari ibu dimakbulkan ALLAH,AMIN..

Sari Yusa Ibrahim

Selamat Hari Lahir, Damia Insyirah.. semoga diberikan kesihatan yg baik & mnjadi insan yang berhati mulia.. belajar pandai2 ya, sayang..

hik3! baru tau ada spesies ngidam yg mcm tu, nsb baik nak tngok rumahnya jer, kalu nak jumpa orgnya skali, pengsan cik abang menunggu, maklumlah Mawi tgh femest time tukan..

Siti Indrawati

Terima kasih antie Sari..semoga dimakbulkan ALLAH,Amin..

Tulah pasal mcm x percaya je bila diingat2 balik,mcm2 spesis org mengandung ni yer..hehehehe..

Sis-Lin

hepi belated day Damia..:)

dah besar dh kan..nnti tup2 dh anak dara..:)