CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

24 April 2011

CURRY PUFF..

Image3669

Assalamualaikum semua,apa aktiviti hari ni?semoga ia menggembirakan anda semua .mak et n anak2 x kemana2 duk rumah je,lagipun cuaca kat luar  panas terik,layan tv sambil kemas rumah dan buatlah apa2 yg difikirkan patut…dah minum petang? mak et buat curry puff.stok puff masih ada,kali ni mak et letak inti keledek..buat inti pun x pedas jd laju jelah anak2 makan..

Ok jom layan resepi inti yg simple dan sedap,khasnya untuk anak2 yg x tahan pedas sebab x letak cili kering/giling,ikut selera masing2 lah,kalau nak pedas letaklah cili.

Bahan inti keledek

  • 2 sudu besar ikan bilis(kalau nak letak udang kering pun boleh)*
  • 4 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*(* bhn yg di tumbuk)
  • 4 biji keledek sederhana besar, dipotong dadu  n rendam dengan air.
  • 3 sudu makan serbuk kari daging baba’s
  • garam dan gula secukup rasa
  • air secukupnya
Cara Masak Inti
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bahan yg telah di tumbuk dan gaul sebati.
  2. Masukkan rempah kari dan tumis hingga naik bau. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Apabila garing masukkan air dan keledek. Kacau rata dan masak hingga keledek empuk.
  4. Setelah sebati,rasa,sekiranya dah ok, angkat dan sejukkan.

3 ulasan:

Sari Yusa Ibrahim

berapa ketul yg tinggal tu? utk akak ada lagi tak? hehe

Sari Yusa Ibrahim

Mak E-t, nanti jawab tag dari akak ya... hik2 http://sariyusa.blogspot.com/2011/04/tag-dari-puan-yang-sangat-comei.html

Siti Indrawati

Hai Kak Sari..maaf yer baru bersiaran didunia blog hehehe..maap ler dah abis..x pe kalau dtg Segamt kita buat yg fresh punya..datang jgn x datang..