CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


22 Disember 2010

Soft butter bun & sexy butter roll..

Image2908

Image2926

 

 

 

 

 

 

 

 

Salam bertemu lagi..hari ni mak et dah ada kat rumah mak kat jb,esok pagi dah bergerak balik Segamat pulak.ni buat petang tadi saja jer tetiba rasa  nak makan maka ulilah segala bahan2nya..Bibik Melayu kat Segamat,maka guna tangan jerlah tp hasilnya  amat memuaskan.mak et guna bahan2 untuk soft butter buat sexy butter roll,kiranya 1 doh untuk 2 bentuk  roti.

Terima kasih untuk Cik Mat Gebu jgk untuk mamafami diatas tunjuk ajar mendeko roti2 yg amat cantik dan menyelerakan ini.kalu nak tahu macamana nak mendeko soft buttter bun klik sini dan sini untuk sexy butter roll.mak et C& P dari Cik Mat Gebu,terima kasih  daun keladi..

BAHAN-BAHANNYA :
140 ml air
1 biji telur, pukul sedikit
30 gram gula halus
1 camca teh garam halus
1 camca teh bread improver( x letak  x da stok)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
2 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh instant yeast
30 gram mentega
Inti kegemaran (mak et guna jem blueberry
)

 

 

Image2895Image2918

 

 

 

 

 

 

 

 

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 kecuali mentega dan inti, gaul hingga menjadi doh, tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal, adunan agak lembut sedikit, boleh tabur sedikit tepung masa menguli. Bulat2 kan doh, letak dalam bekas dan tutup dengan plastik cling, perap 45 minit. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 kecuali inti dalam BreadMaker, pilih setting untuk DOH, tekan ON. tunggu hingga siap.
  2. UNTUK ROTI :- Bahagikan adunan pada 6 bahagian (ini sebab mat buat 1/2 dari resipi diatas yeaa....) kurang lebih berat 55 gram 1 bahagian. Bulat2kan. Ambil 1 bahagian leperkan isi inti rosel 1 camca teh penuh, kemaskan dan bulat2kan. Leperkan sedikit, canai berhati2. Kelar 8 bahagian macam dalam gambar. Buat hingga siap.
  3. Susun dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Biar 40 minit hingga naik, sapu dengan kuning telur, letak 1/2 bahagian ceri, bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan, boleh hidangkan...

4 ulasan:

Mat Gebu

Salamm..wahh sudah, mari..sudah mari..haha, sedap nihh. air kopi panas, kalau ada sambal tumis pun orait juga nihh...

hOtMaMa

wah..betul2 gebu roti akak tu.. saya tak pandai lg nak buat roti.. kena beli BM dulu baru berani nak try..hehe

Siti Indrawati

Wasalm Sifu Ah Mat Gebu..terima kasih atas tunjuk ajar di alam maya hehhe..kalau x memang ampun saya x reti nak meroti hehheeh..toce3x!

Siti Indrawati

Salam perkenalan HotMama..
akak buat ikut semua peraturan hehehe..cuma menguli jer ambik masa lebih sikit.kalau x jd kena berani tanggung risiko hehehehe..