CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


03 Disember 2010

Marble Banana Muffin..

 

Image2311

Salam Jumaat yg penuh keberkatan ini,semoga sihat dan ceria selalu..erm apa program cuti sekolah yg sedang berlangsung ??mak et akan ke Melaka esok pagi bersama famili adik dan mak..en suami x dapat join..huhuhu..malam ni semua akan berkampung di rumah mak et yg dah seminggu ditinggalkan..rindunya kat rumahku yg dah berhabuk..

Muffin ni buat 2 hari lepas..menghabiskan sebiji pisang tanduk yg dah masak sangat..mak et kutip dari rumah En Adnan Ibrahim aka Ah Mat Gebu…terima kasih sifuku yg baru je dinobatkan sebagai wakil rakyat di kampungnya..mak et C&P resepinya yer..toce..toce..toce..

Image2309

BAHAN "A" :-)
2 cawan tepung gandum*
1 camca besar baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 1/4 cawan gula peerang (boleh guna gula kastor)
1/2 camca teh garam halus
BAHAN "B" :-)
1 biji telur gred "A"
1 cawan susu segar (mat guna susu sejat Ideal + sedikit air)
1/2 cawan mentega cair (boleh guna minyak masak)
BAHAN LAIN :-)
1 cawan pisang, dilecek
1 camca besar coklat paste
Coklat chip untuk hiasan( x letak  x ada stok)
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 190C, alas acuan muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Satukan bahan "A", gaul rata dan ketepikan. Dalam bekas lain, satukan bahan "B" dan kacau rata dengan whisk hingga sebati. Tuang adunan "B" ke dalam "A" dan gaul rata, tapi jangan lama, cukup sekadar rata dan mesra.
  3. Masukkan pisang lecek tadi dan gaul. Bahagikan kepada 2 bahagian, 1 biar pada asal dan 1 lagi diberi pes coklat, kacau rata.
  4. Tuang berselang seli dalam muffin cup tadi sehingga 3/4 penuh, tabur dengan coklat chip, bakar selama 25 minit atau hingga masak, bergantung pada jenis oven masing2...

0 ulasan: