CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


17 Disember 2010

Kuih bakar labu

Image2776

 

Salam Jumaat yg mulia semua,semoga diberi kekuatan dalam mengahadapi apa jua keadaan,Amin…hari ini nak entri satu  lagi kuih yg sedap ala2 kuih bakar bijan @ pandan cuma kali ni campur ngn labu,sedap!resepi ni mak et kutip dari dapur yg bersinar2 kehidupan..hehhee terima kasih kak yatie ,memang x mengecewakan,mak et C & P yer resipinya..kualiti gambar kureng memuaskan ..pakai hpn jer,tp kualiti rasa amat memuaskan heehhhe..cubalah!

Image2754

BAHAN-BAHAN

3 biji telur
3 cwn santan (sederhana pekat)
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
2 cwn labu yg telah direbus dan dilecek
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih

CARA-CARA

  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
    Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
  2. Tapis adunan tadi dan masukkan labu lecek, kacau hingga rata.
    Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi.
  3. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
    Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin

3 ulasan:

Yatie

Salam Siti,
Cantiknya kuih bakar labu tu..sedapkan kuih ni...thanks sudi cuba resepi dari blog akak..donat kat bawah tu pun cantik gebu jek..suka tngk..

Siti Indrawati

Wasalam kak..tengoklah sape cikgunya..memang sedap dan cantik jer rupanya..pasni nak cuba serimuka akak pulak..bestnya ikut resepi akak semuanya menjadi mcm donat..TQ KAK!

Siti Indrawati
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.