CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


13 Disember 2010

Oreo mini cheesecake

 

Image2619

Salam petang semua,hari bersiaran dr Jb pulak,sampai Jb pukul1 53ptg td..oreo cheesecake ni mak et buat semalam petang,dapatlah mak n adik2 merasa petang ni,lagi sedap setelah semalaman berada di peti sejuk.. mak et dah lama nak buat oreo cheececake ni..bila seruan rajin datang maka jadilah oreo mini ni..rasanya memang sedap.

nak rasa meh datang sini makan seketoi dua..terima kasih pada kak fida@myresipi n kak wan@citarasawan diatas resepi yg amat berguna ini..sesuai bagi mereka2 yg mempunyai askar2 yg masih kecik sepertiku jgk bagi mereka2 yg mempunyai askar2 yg besar…hehehehee…mak et C&P resepi kak wan n kak fida..2 in 1

Image2615

Oreo Cheesecake Cupcake
Bahan-bahan
2 packet biskut oreo (1/2 utk base dan 1/2 utk filing dan toping, dibuang creamnya)
250gm cream cheese - suhu bilik
30gm mentega
100gm gula kaster
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50gm serbuk oreo
Hiasan :  Serbuk oreo secukupnya
Cara-cara :
1.  Panaskan oven pada suhu 180C.  Sediakan acuan tart dan cawan kertas, masukkan sekeping biskut oreo di tengahnya sebagai base (dasar).  Ketepikan dahulu.
2.  Putar cream cheese, mentega, gula dan esen vanila hingga sebati, masukkan telur satu persatu dan putar hingga licin dan tidak berketul.  Masukkan serbuk oreo, gaul hingga sebati.

3.  Masukkan ke dalam piping bag, gunting muncungnya.  Kemudian pipekan ke atas biskut oreo.

4.  Taburkan di atasnya dengan serbuk oreo dan bakar selama 20-25 minit.  Sejukkan selama 1 jam di dalam peti sejuk atau semalaman.

Image2585

0 ulasan: