CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


18 Disember 2010

Sosej puff..

Image2835

Assalamualaikum semua..apa aktiviti di hari Sabtu?selamat melaksanakan apa jua aktiviti2 anda.erm mak et x tahu lagi  adik2 ajak g mandi air terjun Kat Kota Tinggi..tp masih dalam perbincangan.Pagi ni sarapan sosej puff,kutip dari fp  kak Rinn,terima kasih yer kak,walaupun kita x pernah bersua tp ilmu yg diberikan amat bermakna ..mak et C N P yer..

BLACK PEPPER SAUSAGE PUFF PASTRY

BAHAN-BAHAN:

INTINYA :
6 batang sosej
1 biji bawang besar, di mayang kasar
2 ulas bawang putih, dicincang halus
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili sos
2 sudu besar serbuk lada hitam kasar ( mak et x letak)
2 sudu besar majerin utk menumis
Secubit garam
Secubit gula
Bijan secukupnya
* 12 keping puff pastry jenama "kawan"

CARA-CARA:
1. Panaskan majerin. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan sosej yg telah dihiris nipis. Tumis hingga agak garing.
3. Masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau rata.
4. Masukkan lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat dan ketepikan.
6. Sediakan puff pastry. Isikan inti. Taburkan bijan di atasnya. Tutupkan dengan sekeping lagi. Kelar berbentuk "X".
7. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Bakar hingga puff kembang dan keperangan.

0 ulasan: