CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

13 November 2010

Carrot Cake..erm mabeles!!!

Salam Sabtu yg ceria..apa program hari ni? mak et n d geng akan pulang ke Pontian,rumah nenek mak et..dah lama x jumpa nenek jgk saudara mara di Pontian dan jgk untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara mak et di Kg Pt Jerman ..Jerman?? hehehehee..kat Pontian jer..

Sebelum bergerak nak entri kek lobak merah yg dah dibuat pada hari Rabu lepas..x basi tau masih ada lagi dalam peti besiku hehehehee..terima lasih pada Mat Gebu dan kak su Mersing..mak et ikut resepi kedua2nya..apapun   memang mabeles..Cik Mat  saya C& P resepinya yer..cuma tambah kismis ikut kak su Mersing..

Image2101 

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang

 

Image2092

 

BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)

100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...