CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

09 Januari 2011

Chewy Gooey Yummy Brownies..

Image3170

Assalamualaikum semua..semoga cuti hujung anda terisi ngn aktiviti yg menyenangkan bersama yg tersayang..erm mak et x kemana2 melayan anak2 di rumah ,menyiapkan kembali keperluan persekolahan mereka untuk esok hari, sambil makan brownies ni..sedapnya.kaya ngn rasa coklat kerana menggunakan coklat masakan,coklat emulco dan serbuk koko.brownies ni mak et buat atas permintaan puteri mak et yg ke 2 tu,dari hari Khamis lagi suh buat..akhirnya petang semalam mak et operasi jgk ,asalnya nak buat kek coklat,tetiba berubah arah pulak semasa jenjalan ke FP Puan Rinn Chan.terima kasih yer kak ,mak et C& P resepinya yang asalnya kak Rinn ambik dari FP Mamazieza.terima kasih anda berdua kerana berkongsi resipi yg sedap dan mudah..tanpa menggunakan mixer..


CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
Sumber :
Mamazieza
BAHAN A:
250gm butter - dipotong kecil-kecil
400gm cooking chocolate - dipotong kecil-kecil
BAHAN B:
6 biji telur
340gm brown sugar
2tsp esen vanilla
20gm chocolate emulco
BAHAN C:
80gm tepung gandum } diayak
60gm cocoa powder }
140gm kacang walnut/pecan/ almond/macadamia (optional)-bakar dan gaul bersama tepung gandum dan serbuk koko


1. Panaskan oven suhu 160 darjah celcius. Sediakan loyang 11"x11" dan alas dgn kertas gris.
2. Double boil BAHAN A (butter dan chocolate) hingga cair , ketepikan biar suam sikit.
3. Pukul BAHAN B (telur, gula, esen dan chocolate emulco) hingga gula hancur - guna hand whisk sahaja.
4. Tuangkan adunan chocolate dan gaul sebati.
5. Masukkan tepung+serbuk koko+kekacang dan digaul lagi hingga rata. Jangan gaul terlalu lama.
6. Tuang ke dalam acuan dan bakar 160 darjah celcius selama 50 minit-1jam (bergantung pada oven).
7. Setelah masak, biarkan dalam acuan hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman.
8. Sedap dimakan sama ada begitu saja atau dibubuh ganache. Boleh juga dimakan dengan aiskrim atau sos kastad.
Ternyata memang lebih sedap setelah dibiar semalaman. .. 

2 ulasan:

Yatie

Salam Siti,
Wow nmpk sedap chewy gooey yummy brownies tu...akak lama berangan nak buat....tapi tak terbuat2...ada lagi tak..nak rasa seketoi..

Siti Indrawati

Wasalam Kak Yatie..
Sedap n senang sebb x payah guna mixer..buat kak jgn x buat,akak lagi rajin dr saya heheehe..kalau nak 3 ketoi pun boleh ada separuh loyang ni..buat setengah adunan jer..