CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


18 Januari 2011

Bun oat milo coklat chip..

Image3322

 

Assalamualaikum semua bertemu kembali di hari Selasa  yg cuacanya sedikit mendung di bumi Segamat,erm hari ini  nak entri bun oat milo coklat chip ni ..mak et ambik kat rumah Puan Rosmarlina yg dok di Jepun sana,banyak koleksi bun yg mudah dan sedap yg mesti mak et cuba lepas ni,untuk anak2 sarapan sebelum g Sekolah,kalau sebelum ni si Kakak nak minum milo jer tp sejak akhir2 ni mesti dia buat order untuk  esok pagi nak sarap apa,mungkin penat nak tunggu waktu sarapan di sekolah,masuk sekolah pukul 710 pagi terus perhimpunan,rasa seronok sangat dapat jumpa web ni dari rumah kak ummi Kuantan semasa dia menerima award dari Puan Rosmarlina,mak et C&P yer resepinya..terima kasih sekali lagi untuk pemilik laman web jintanmanis.com,mak et buat separuh dari adunan di bawah..

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( Untuk Doh)

350gram tepung roti
40gram Oats segera ( ros guna jenama quaker oats plastic warna biru tu)
2 sudu besar water roux
3 sudu besar milo ( dibancuh dengan 2 sudu besar air panas)
1 1/2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
sedikt coklat chip
2 sudu kecil yis
180 ml susu segar suam@ air suam

* untuk gliss*
2 sudu besar susu segar +beberapa titik madu

resepi water roux, ros buat separuh adunan je, adunan penuh di blog MamaFami, thankyou Mama
25 gram tepung gandum
125 ml air
cara-cara untuk membuat water roux
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)

Image3328

Image3327

 

Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh kecuali coklat chip dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh kecuali coklat chip di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Masukkan coklat chip dan uli sebentar, selepas itiu bahagi doh pada 14 bahagian kecil , dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat . Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.

5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan bancuah madu+susu tadi,  akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 18 ke 20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutannya. Selamat Mencuba

4 ulasan:

sweetsal

salam, sedapnye buat roti sendiri..nk try jugak la..

hOtMaMa

sedapnyer kak! gebu jerk mcm beli kt kedai! saya teringin nak buat, tp BM tak de la.. kena beli la satu cam neh..hehe

Siti Indrawati

Salam perkenalan Sweetsal..yea sedap buat sendiri..memang senang lagi2 kalau ada BM..

Siti Indrawati

Hai hOtMaMa..yea sampai akak pun dah jd gebu ni hihihi..apa lagi capailah satu BM..pasti seronok meroti mcm akak ni.