CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


22 Jun 2011

Blueberry finger Bun

P6212168

Assalamualaikum,salam berjumpa lagi semua,sebelum mak et berceloteh panjang,mak et ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi mengirimkan  ucapan dan doa untuk mak et sempena ulangtahun kelahiran mak et semalam,rasa terharu sangat kerana ada juga sahabat blogger yang sudi membuat entri hari lahir mak et dan rakan2 yang berkongsi tarikh lahir yang sama pada 21hb Jun..terima kasih Ayu,walaupun kita hanya bertemu muka di banglo Sifu Ah Mat Gebu sebanyak 2x namun persahabatan kita alhamdulilah  berpanjangan sehingga kini,mudah2an sehingga akhir hayat kita yer,AMIN..

 

DSC_0301

Ayu berbaju n bertudung purple,ditengah tu ratu kuih talam,kak yatie 

Ok tukar balik cerita bun yang mak et buat ni,mak et kutip dari sifu roti yang amat rajin meroti dan mempelbagaikan resepi2 roti,sungguh kreatif Puan Rosmarlina  ni,mak et jugak kagum dengan dia,kalau nak meroti biasanya mak et ke dapurnya,memang puas hati menjadi dengan sedap dan lembut seperti roti beri biru ni,seronokk sangat bila buat dan menjadi kan?rasa berbaloi2.Terima kasih kepada Puan Rosmarlina,izinkan mak et C&P resepinya untuk menyebarkan lagi ilmu meroti ni..Jom kita meroti dan selamat mencuba pasti x mengecewakan.Winking smile

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
300gram tepung roti (tepung high protein)
100gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
150ml susu suam@air suam
3 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver
1 sudu kecil baking powder

(Untuk topping, sedikit blueberry filling- boleh dibeli di kedai bahan-bahan kek dan roti )
* untuk gliss*
ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

 

P6212129

Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh, kecuali bahan topping dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali bahan topping dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.
4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan bentukkan jejari (lonjong), susun di dalam acuan petak 18cm atau di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik,  biarkan naik dua kali ganda. Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.
5. Gliss permukaan bun dengan egg wash, masukkan blueberry filing di dalam plastik dan lubangkan di penjuru plastik tadi, jalurkan melintang ke tas bun dengan blueberry filling, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

6 ulasan:

Yatie

Happy Birthday sekali lagi mak et, gebunya roti tu...kalau mkn panas2 ni sedap tul.....mau tak cukup seketoi....dpt bayangkan 3 dara mak et yg comel2 tu makan roti gebu ni...sedapnyaaaaa..

Siti Indrawati

Selamat pagi kak..terima kasih atas ucapan di blog ni..yea kak memang panas2 lagi mak et nak makan dulu,x sabar punya pasal,anak2 pun suka,lagi2 kalu buat kecik2,senang 3 dara ni makan..

Ambik lah 3 ketoi kak,x payah malu2..kita nak mintak pengat labu yg tersembunyi tu hehehehe..

Unknown

tu dia..
daku terpampang disini again,

thank laling

bun tu mmg gebu..
nak sikit

Seri Kandi Tanah Jauhar

cecah teh o sodap nih!

sekali lagi happy birthdayyyyyyyyyyy tooooooooooo uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!

Siti Indrawati

Salam kerinduan ayu..dah lama x jenguk restoran aku,maaf yer..nanti mak et buatkan bun ni yer dah selamatlah hehehhe..

Siti Indrawati

Hai Kak Sari ku sayang..memang sedap makan panas2..keluar oven 2 ketoi ku tibai cenggitu jer hehehe..terima kasih kak..semoga kita sama2 panjang umur,AMIN..