CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

20 Jun 2011

Congo Bar versi Muffin

Image4727_thumb

Assalamualaikum semua salam  bertemu lagi.semoga semua pengunjung blog mak et sihat dan ceria hendaknya,insyaALLAH..Ok hari ni mak et nak tayang muffin.mak et kutip dari dapur Kak Nor,tapi resepinya  mak et salin  dari Majalah Jelita bulan April 2011 n mak et tukar dari loyang ke versi muffin,senang 3 askar kecik ni nak makan hehehe..rasanya pun sedap menepati Citarasa Rinduan hehehehe..

Ok x nak celoteh banyak kalau nak cuba silalah lah yer,terima kasir yea Kak Nor dan penyumbang resepi asal di atas resepi yg mudah dan sedap ni..izinkan mak et C&P dan panjangkan resepi ni dalam blog mak et yer.

Bahan-bahan:

220gram gula perang

150gram mentega

3biji telur

1 camca teh esen vanila

315gra tepung serba guna*

2 1/2 camca teh serbuk penaik*

1/2 camca teh garam*

300gram serpihan coklat(coklat chips)

kepingan badam secukupnya

Bahan bertanda * di ayak bersama.

 

Cara membuatnya:

1.Panaskan oven pada suhu 170’C.

2.Campurkan gula  perang bersama mentega dan kacau rata guna whisk.

3.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati dan masukkan esen vanila.

4.Masukkan tepung,serbuk penaik dan garam yang telah diayak dan kacau lagi.

5.Masukan serpihan coklatdan gaul rata.Kemudian masukan dalam loyang  yg telah dialas dengan kertas  minyak dan dilenserkan mentega.Tabur sedikit tepung.(mak et masukkan dalam kertas cawan)

6.Pastikan adunan diratakan  n taburkan kepingan badam ke atas adunan.

7.Bakar sehingga masak lebih kurang 25-30minit.

0 ulasan: