CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


15 Jun 2011

Donat Ball

Image4986

 

Assalamualaikum semua,berjumpa lagi pada hari Rabu yg cerah di bumi Segamat..dah sarap?mak et n Dahlia sarap donat ball hari ni..semalam berjalan2 ke dapur Kak Yatie dan terjumpalah donat ball ni,resepi asal dari rumah Kak Dayang Jack apalagi cepat2 salin resepinya dan pagi ni merajinkan diri  membuatnya,alhamdulilah menjadi dengan jayanya,x lupa jgk atas pertolongan Dahlia tukang menyadur icing kat donat ball,tu yg bercapuk2 donat mak et,apapun memang puas hati sebab caranya yg mudah dan sedap.

Terima kasih kepada kedua2 sifu yg x jemu berkongi ilmu masakan ,disini izinkan  mak et C&P resepinya..Cerita cuti Sekolah akan bersambung di episod akan datang yer,mak et iklan sekejap hehehehe..Ok pada sesape yg hendak mendonat ball silalah yer..

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air cawan  suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+)= (Yatie tuang sikit2 utk mendapatkan doh yg di kehendaki)
  • gula saduran
  • **(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)

 

Image4991

 

 

 

Cara-cara :
  1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.

0 ulasan: