CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


20 Jun 2011

Manggo Smoothie..


Assalamualaikum semua..lepas sarap muffin pagi tadi mari kita minum air mangga segar dari dapur mak et pulak,sedang eloklah dengan cuaca panas terik sekarang ni,resepi ni mak et kutip dari dapur Kak Ummi Kuantan,tergoda dengan manggo smoothie dialah ni semalam g cari buah mangga kat kedai buah di tepi lebuhraya Segamat-Kuantan..asalnya beli 4biji je..sebab tukang jual tu cakap 4biji sepuluh ringgit,lepas bayo nak angkut,rupa2nya tukang jual bagi lebih,sampai rumah kira..ha kooo dapat 14biji, rezeki tu..walaupun kulitnya nampak dah buruk tp isinya manis,pasni bolehlah mempelbagaikan lagi 9biji mangga tu..kena jalan2 dapur2 sifu masakan nampaknya hehehehe..

Terima kasih daun keladi buat Kak Ummi Kuantan kerana berkongsi air mangga yang teramatlah sedap ni walaupun mak et x ada stok yogurt tp rasanya tetap nyaman dan tenang..izinkan mak et C&P resepinya dan letak dalam blog mak et yer Kak Ummi..

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home Bahan:-
2 biji mangga masak kuning (mak et guna 5 biji mangga bersaiz kecil)
4 cawan susu segar
135 gm yogurt perisa mango (mak et x letak,x ada stok,.ganti dengan air sejuk dari peti sejuk)
3 - 4 sudu besar gula (ikut kemanisan buah)
ais kiub secukupnya( x letak)


Cara-Cara:-
1.Kupas dan potong kecil buah mangga dan masukkan ke dalam blender.
2.Masukkan kesemua bahan lain dan kisar sehingga semuanya sebati/pekat.
3.Tuangkan ke dalam gelas sesuai dan letak hirisan mangga jika suka. Sedia untuk dihirup.

2 ulasan:

Unknown

wahhh...mmg nyaman jer masuk dalam mulut kan kan..akak aritu ada try manggo panna cota,ambik resepi dr blog kak nor (secubit garam) sedappp...:) anak2 akak suka..tp afiqah makan sikit je sbb takut asma dia dtg balik....

Siti Indrawati

Hai kak Lia..terima kasih tinggal jejak kasih..betul tu kak..memang nyaman jer lalu kat anak tekak,anak2 pun suka..takut jugak x laku,alhamdulilah 2x buat semalam,dah try jgk buat manggo panna Kak Nor tu tp x berapa jadi mungkin serbuk agar2 ni dah lama..jadi lembik x keras..