CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

22 Jun 2011

Blueberry finger Bun

P6212168

Assalamualaikum,salam berjumpa lagi semua,sebelum mak et berceloteh panjang,mak et ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi mengirimkan  ucapan dan doa untuk mak et sempena ulangtahun kelahiran mak et semalam,rasa terharu sangat kerana ada juga sahabat blogger yang sudi membuat entri hari lahir mak et dan rakan2 yang berkongsi tarikh lahir yang sama pada 21hb Jun..terima kasih Ayu,walaupun kita hanya bertemu muka di banglo Sifu Ah Mat Gebu sebanyak 2x namun persahabatan kita alhamdulilah  berpanjangan sehingga kini,mudah2an sehingga akhir hayat kita yer,AMIN..

 

DSC_0301

Ayu berbaju n bertudung purple,ditengah tu ratu kuih talam,kak yatie 

Ok tukar balik cerita bun yang mak et buat ni,mak et kutip dari sifu roti yang amat rajin meroti dan mempelbagaikan resepi2 roti,sungguh kreatif Puan Rosmarlina  ni,mak et jugak kagum dengan dia,kalau nak meroti biasanya mak et ke dapurnya,memang puas hati menjadi dengan sedap dan lembut seperti roti beri biru ni,seronokk sangat bila buat dan menjadi kan?rasa berbaloi2.Terima kasih kepada Puan Rosmarlina,izinkan mak et C&P resepinya untuk menyebarkan lagi ilmu meroti ni..Jom kita meroti dan selamat mencuba pasti x mengecewakan.Winking smile

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
300gram tepung roti (tepung high protein)
100gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
150ml susu suam@air suam
3 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver
1 sudu kecil baking powder

(Untuk topping, sedikit blueberry filling- boleh dibeli di kedai bahan-bahan kek dan roti )
* untuk gliss*
ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

 

P6212129

Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh, kecuali bahan topping dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali bahan topping dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.
4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan bentukkan jejari (lonjong), susun di dalam acuan petak 18cm atau di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik,  biarkan naik dua kali ganda. Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.
5. Gliss permukaan bun dengan egg wash, masukkan blueberry filing di dalam plastik dan lubangkan di penjuru plastik tadi, jalurkan melintang ke tas bun dengan blueberry filling, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

21 Jun 2011

Tarikh Keramat sampai lagi..

Assalamualaikum semua..syukur alhamdulilah hari ni  genap usia mak et 31 tahun..dah berganjak lagi nombor.Semoga diri ni dilimpahi lagi  keberkatan dan kasih sayang dari ALLAH jugak dari insan2 disekeliling mak et,AMIN..

Tiada acara istimewa kerana en suami x ada di sisi,hanya suara 3 puteri menyanyikan lagi Hepi Birthday untuk mamanya,terima kasih permata hati mama!untuk suami  juga yang sentiasa menjadi orang pertama memberi ucapan kepada diri ini dari Hari Ibu,Hari Guru walaupun kerjaya itu telah 3 tahun mak et tinggalkan,Hari ulangtahun perkahwinan dan Hari Lahir mak et..sayang semuanya..

x lupa ucapan sms dari adik beradik yg x pernah lupakan tarikh lahir mak et,sepupu,saudara mara,sahabat sekolah,Kolej,sahabat alam maya di facebook,terharu sangat2,sayang korang semua!!nak bakar kek pun kena tunggu en suami balik,kek untuk Hari Bapa n Hari Lahir mak et(2 dalam 1)

20 Jun 2011

Manggo Smoothie..


Assalamualaikum semua..lepas sarap muffin pagi tadi mari kita minum air mangga segar dari dapur mak et pulak,sedang eloklah dengan cuaca panas terik sekarang ni,resepi ni mak et kutip dari dapur Kak Ummi Kuantan,tergoda dengan manggo smoothie dialah ni semalam g cari buah mangga kat kedai buah di tepi lebuhraya Segamat-Kuantan..asalnya beli 4biji je..sebab tukang jual tu cakap 4biji sepuluh ringgit,lepas bayo nak angkut,rupa2nya tukang jual bagi lebih,sampai rumah kira..ha kooo dapat 14biji, rezeki tu..walaupun kulitnya nampak dah buruk tp isinya manis,pasni bolehlah mempelbagaikan lagi 9biji mangga tu..kena jalan2 dapur2 sifu masakan nampaknya hehehehe..

Terima kasih daun keladi buat Kak Ummi Kuantan kerana berkongsi air mangga yang teramatlah sedap ni walaupun mak et x ada stok yogurt tp rasanya tetap nyaman dan tenang..izinkan mak et C&P resepinya dan letak dalam blog mak et yer Kak Ummi..

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home Bahan:-
2 biji mangga masak kuning (mak et guna 5 biji mangga bersaiz kecil)
4 cawan susu segar
135 gm yogurt perisa mango (mak et x letak,x ada stok,.ganti dengan air sejuk dari peti sejuk)
3 - 4 sudu besar gula (ikut kemanisan buah)
ais kiub secukupnya( x letak)


Cara-Cara:-
1.Kupas dan potong kecil buah mangga dan masukkan ke dalam blender.
2.Masukkan kesemua bahan lain dan kisar sehingga semuanya sebati/pekat.
3.Tuangkan ke dalam gelas sesuai dan letak hirisan mangga jika suka. Sedia untuk dihirup.

Congo Bar versi Muffin

Image4727_thumb

Assalamualaikum semua salam  bertemu lagi.semoga semua pengunjung blog mak et sihat dan ceria hendaknya,insyaALLAH..Ok hari ni mak et nak tayang muffin.mak et kutip dari dapur Kak Nor,tapi resepinya  mak et salin  dari Majalah Jelita bulan April 2011 n mak et tukar dari loyang ke versi muffin,senang 3 askar kecik ni nak makan hehehe..rasanya pun sedap menepati Citarasa Rinduan hehehehe..

Ok x nak celoteh banyak kalau nak cuba silalah lah yer,terima kasir yea Kak Nor dan penyumbang resepi asal di atas resepi yg mudah dan sedap ni..izinkan mak et C&P dan panjangkan resepi ni dalam blog mak et yer.

Bahan-bahan:

220gram gula perang

150gram mentega

3biji telur

1 camca teh esen vanila

315gra tepung serba guna*

2 1/2 camca teh serbuk penaik*

1/2 camca teh garam*

300gram serpihan coklat(coklat chips)

kepingan badam secukupnya

Bahan bertanda * di ayak bersama.

 

Cara membuatnya:

1.Panaskan oven pada suhu 170’C.

2.Campurkan gula  perang bersama mentega dan kacau rata guna whisk.

3.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati dan masukkan esen vanila.

4.Masukkan tepung,serbuk penaik dan garam yang telah diayak dan kacau lagi.

5.Masukan serpihan coklatdan gaul rata.Kemudian masukan dalam loyang  yg telah dialas dengan kertas  minyak dan dilenserkan mentega.Tabur sedikit tepung.(mak et masukkan dalam kertas cawan)

6.Pastikan adunan diratakan  n taburkan kepingan badam ke atas adunan.

7.Bakar sehingga masak lebih kurang 25-30minit.

19 Jun 2011

Selamat Hari Bapa!

 

 

a47ce554cad6aa9c

Assalamualaikum semua..semoga sihat hendaknya sempena Hari Bapa hari ni.Terlebih dahulu ucapan Selamat Hari Bapa mak et tujukan khas untuk abah tersayang Hj Othman Bin Mohamed,bapa mertua Salleh Bin Hj Hashim,suami tercinta Abd Razak Bin Salleh dan untuk semua bapa2 di dunia ini,tahniah kerana pangkat itu menjadi milik anda!Semoga ALLAH panjangkan umur kalian diberi nikmat kesihatan agar dapat terus menyalurkan kasih sayang kepada semua anak2 mu jugak isterimu yang tercinta..Segala pengorbananmua hanya ALLAH yg akan membalasnya ,mencari rezeki untuk membesarkan,menyekolahkan anak2 jgk memenuhi keperluan insan2 yg berada di sekeliling mu..Terima kasih abah dan suamiku yang tersayang!

18 Jun 2011

Singgah sekejap di sawah bendang..

DSC_0368 (2)

Assalamualaikum..selamat berhari Sabtu,apa aktiviti hari ni?mak et n anak2 x kemana2,duk rumah jer,en suami x balik minggu ni,jadi buatlah apa yg patut kat rumah.Hari ni mak et sambung balik episod bercuti yg x abis2 lagi walaupun hanya cuti2 dalam Malaysia jer,tp yg penting masa bersama2 keluarga tu yg paling mahal kan?Pada hari Isnin nya(6hbJun) pulak kami  bergerak meninggalkan Sabak Bernam untuk kembali semula ke rumah masing2..pemandu pelancong kami membawa kami ke kawasan sawah bendang di Sekincan,waktu kita sampai,kebetulan padi menguning seronoknya mak et,jakun pun ada hehehehe..x nak cerita banyak,jom  layan jerlah adengan menarik kami semua…

DSC_0353 (2)

 

DSC_0388 (2)

DSC_0351 (2)

DSC_0369 (2)

jadilah seperti padi,semakin berisi semakin tunduk

DSC_0359 (2)

DSC_0390 (2)

DSC_0354 (2)

Ni bukan padi lah Danial..

DSC_0342 (2)

peace dari Insyirah..

DSC_0349 (2)

DSC_0395 (2)

Rumah burung  pun ada di kawasan sawah bendang..ada 6 buah rumah burung yg sempat mak et kira..

DSC_0378 (2)DSC_0376 (2)

2 beradik yang sibuk memanjang dengan telipon..kring..kring..kring..

DSC_0357 (2)

kenangan kami sekeluarga..

17 Jun 2011

CORNFLAKES MERINGUE COOKIES

 

Image5013

Assalamualaikum semua..berjumpa lagi di hari Jumaat,alhamdulilah.Semalam petang mak et mencookies,bila berjalan2 ke dapur  Kak Su Mersing  dan ternampak cookies ni terus tertarik nak membuat,teringat cornflakes ada lagi dalam peti doraemon mak et..apa lagi semangat nak membuat tu berkobar2..

Bila dah mula nak membuatnya kan ada 2 dugaan besar yg mak et kena  hadapi,pertama semasa semua bahan2 dah sedia untuk digodek,mak et pun ambik sekeping dua cornflakes nak mengunyahkan,rupa2nya cornflakes tu dah lemau,masa tu semangat mak et terus jadi lemau,nak call Sifu Ah Mat Gebu nak mintak petua x ada dalam simpanan pulak no phone dia,pk punya pk terus dpat idea bila tengok oven yg tengah menyala lampunya, terus mak et berkata didalam hati “apa kata aku bakar sekejap cornflakes ni,kalau berjaya boleh lah teruskan usaha murni ni,kalau x makan jelah cornflakes sambil pejam mata huhuhu..setelah setengah jam membakar cornflakes ni dengan suhu 100’c,alhamdulilah cornflakes ni jadi rangup kembali,yahuuuu!

Dugaan keduanya ialah semasa nak menunggu putih telur ni kental amatlah lama,memandangkan stand mixer masih lagi dalam pertimbangan en suami,maka hand mixerlah yg menjadi mangsa keadaan,lama jgk nak tunggu dia kental@bertanduk maksudnya bila kita terbalikkan  mangkuk yg berisi putih telur,,adunan putih telur tu x jatuh,lebih kurang 45-50minit jgk,10minit pukul,rehatkan dalam 5minit mixer tu,mana boleh pukul terus menerus,x pasal2  lepas ni x ada episod membakar,mencookies n yg seangkatan dengannya lagi lepas tu..itulah pengalaman namanya..bila dah siap anak2 makan pun rasa gembira ditambah lagi bila anak2 cakap sedaplah kuih raya mama buat..syukur..Harap en suami tahu kenapa mak et berimpiankan Stand Mixer hehehehe..Winking smile

 

Image5026

dapat sebalang ni setelah ditolak makan oleh anak2 n mamanya, x tahulah berapa hari boleh bertahan hayat cookie ni..

Terima kasih kepada Kak Su Mersing dan penyumbang asal resepi ni,izinkan mak et C&P resepinya yer..sesape nak cubalah pasti puas hati sebab sedap.jom layan resepi dibawah:

Bahan2:

  • 220gm Cornflakes (mak et tambah kepada 256gram)
  • 125gm Choc Chips n (mak et tambah 50gram kacang macadamia dikisar sedikit)
  • 150gm Gula Halus (kalau tak mau manis kurangkan kpd 130gm)
  • 3 Biji Putih Telur
  • 1-2 Sth Vanilla Esen
  • 60gm Almond Sliced

Cara-cara:

  1. Pukul putih telur hingga kembang (soft peaks formed)
  2. Masukkan gula sikit2 hingga habis.
  3. Pukul lagi hingga pekat dan kental - Bila terbalikkan mangkuk, putih telur tak jatuh.Lalu masukkan esen vanilla.
  4. Kemudian masukkan cornflakes, choc chips & almond sliced. Gaul kaup balik hingga rata.
  5. Masukkan ke dalam papercup. Bakar pada suhu 140-150'C selama 30-35 minit. (Ataupun hingga kekuning2an)

16 Jun 2011

Ke Sabak Bernam pulak..

Assalamualaikum semua..mak et nak sambung lagi  cerita cuti sekolah..jangan jemu pulak yer.Petang Sabtu 4hb Jun selepas selseai majlis perkahwinan sepupu en suami,kami bergerak ke Sabak Bernam menghadiri 1 lagi majlis perkahwinan yang berlagsung pada 5hb,masih lagi saudara belah suami mak et,kami menginap 2 malam di Dorani Bayu Resort..tempatnya memang cantik n harganya pun amat berpatutan..kawasan perkampungan nelayan,kalau nak tengok keadaan semasanya bolehlah ke rumah mami sue..

DSC_0324 (2)

DSC_0208

DSC_0065

 

DSC_0986

Pasangan pengantin di Kampung Tebuk Pulai…

DSC_0929

bapak pengantin perempuan menyambut kedatangan kami,saudara pak mertuaku.

DSC_0948

makan tetap makan..x pandang kiri kanan,nasib baik mak mertua depan mataku hehehe..

DSC_0970

zoom sikit kat birasku aka beras…

*****Ruangan makan untuk lelaki n perempuan berasingan,jadi gambar kaum adam x ada dalam ini majlis,mereka berada disebalik tabir****

Aktiviti selepas pulang dari walimahtul urus adalah…

DSC_0112

DSC_0176

Hasil pertama dari ibu mertuaku..tersenyum bangga ..

DSC_0101

saya pun x nak ketinggalan aktiviti ini…

DSC_0228 (2)

DSC_0233 (2)

 

 

DSC_0255 (2)DSC_0252 (2)

Saya tengok papa n d geng memancing sekejap jer..pastu balik bilik dan berposing bersama mamaSmile

15 Jun 2011

Kalaulah dapat benda alah ni..bestnya!

Berjumpa lagi..sedang berjalan2 di rumah  Kak Lia tadi tetiba terbacalah beberapa impian dia..ada 1 impian dia yg sama ngn mak et  iaitu..

 

 

?

?

?

?

?

?

?

?

?

?

?

?

?

STAND MIXER…

 

 

Kalau dapat warna merah lagi best hehehe macam ni..

 

(Thank u uncle google bagi pinjam gambar)

p/s: en suami kalau sudi bg seronoknya hehehehehe..SmileSmileSmile

Donat Ball

Image4986

 

Assalamualaikum semua,berjumpa lagi pada hari Rabu yg cerah di bumi Segamat..dah sarap?mak et n Dahlia sarap donat ball hari ni..semalam berjalan2 ke dapur Kak Yatie dan terjumpalah donat ball ni,resepi asal dari rumah Kak Dayang Jack apalagi cepat2 salin resepinya dan pagi ni merajinkan diri  membuatnya,alhamdulilah menjadi dengan jayanya,x lupa jgk atas pertolongan Dahlia tukang menyadur icing kat donat ball,tu yg bercapuk2 donat mak et,apapun memang puas hati sebab caranya yg mudah dan sedap.

Terima kasih kepada kedua2 sifu yg x jemu berkongi ilmu masakan ,disini izinkan  mak et C&P resepinya..Cerita cuti Sekolah akan bersambung di episod akan datang yer,mak et iklan sekejap hehehehe..Ok pada sesape yg hendak mendonat ball silalah yer..

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air cawan  suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+)= (Yatie tuang sikit2 utk mendapatkan doh yg di kehendaki)
  • gula saduran
  • **(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)

 

Image4991

 

 

 

Cara-cara :
  1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.

14 Jun 2011

Cerita Cuti Sekolah

DSC_0671

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh  semua..selamat berjumpa lagi..Ok ni mak et nak sambung lagi cerita cuti sekolah mak et n famili,harap x bosan yer.Selepas balik dari  Penang,mak et n famili balik ke Muar kerana sepupu suami mak et melangsungkan perkahwinannya,rumahnya pun dekat jer belakang rumah mertua mak et..majlis nikahnya pada hari Jumaat malam dan bersanding pada keesokkan harinya.

DSC_0594

selepas akad nikah

DSC_0540

serius betul ami cue..mak et pun khusyuk mendengar hehehehe..

DSC_0636

menjamu selera

DSC_0552Cik Ola sekadar memegang blender..

DSC_0726

operasi mengentel tepung untuk buat bubur candil

 

DSC_0668

posing jap..

 

Keesokkan Harinya…..

DSC_0813

Kumpulan kompang dari Sg Balang(kampung pengantin lelaki)

DSC_0800

Cik Olen ketua Juru tol..

DSC_0808

Pengantin lelaki..maaf yer gambar pengantin pempuan masa sanding x di snap..sebb mak et x jadi kamaeramen masa ni..

DSC_0852

kakak bersama putra n putrinya..lagi 2 putri sedang bermain bersama anak2 mak et..

DSC_0842

Cik Olen n Cik Ola donde..

DSC_0714

Amboi bergaya ye cucu wak Salleh!

DSC_0698

Banyak lagi gambar yg hendak di tayangkan  tp cukup setakat ni dulu lah yer..Smile