CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

31 Ogos 2010

1 Malaysia Menjana Transformasi..

 

thumbnail 

Alhamdulilah  hari ni genap 53 tahun negara kita mencapai kemerdekaan..Syukur kerana kita dilahirkan sebagai anak Malaysia walaupun berbeza agama,budaya,warna kulit..merdeka!merdeka!merdeka!

30 Ogos 2010

Cik Ghani pulang ke Korea..

 

Berjumpa lagi di entri yg  sedikit syahdu..Cik Ghani kembali semula ke bumi Korea pada 26 Ogos 2010 ..mak et n  famili,si pengantin baru  n abah n mak yg dapat hantar pada hari Khamis tu..semoga Cik Ghani dapat meneruskan kembali pelajaran dengan penuh bersemangat,AMIN..

DSC_0540 Check in

DSC_0545 Kenangan bersama Cik Ghani.

DSC_0567 bersama abah  n mak

DSC_0568mak et n d geng

DSC_0570  Cik Olin n suami

DSC_0572

DSC_0573  lambaian dari Cik Ghani.

DSC_0575

DSC_0579

Doakanlah kami dapat jenguk Cik Ghani nanti yea..insyaALLAH  kalau diberikan rezeki lebih n panjang umur,AMIN..

Biskut Tat..

 

Image1334

Bertemu lagi dibulan yg penuh barakah ni..dah banyak membiskut?.mak- et dah selamat membiskut  2jenis..minggu ni operasi membiskut bermula lg setelah cuti rehat.biskut tat ni buat minggu lepas.resepi di kutip dari blog citarasawan@ Kak Wan..terima kasih yea Kak Wan.memang sedap biskut ni..rangup n cukup rasa!

Jom layan bahan2nya

  Bahan A
125gm mentega
80gm gula kaster
1 biji kuning telur
1/2tsp esen vanilla

Bahan B(di ayak)
200gm tepung gandum
20gm tepung jagung

Cara-cara :
1. Pukul bahan A hingga berkrim, Masukkan bahan B dan uli menjadi doh yang lembut.
2. Canai dan terap dengan acuan kesukaan masing2 dan masukkan inti jem nanas.
3. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu pada 140c selama 30 minit.
4. Setelah biskut sejuk masukkanlah kedalam bekas kuih yg bersesuaian ..

##### Selamat membiskut semua###

Bertemu jua..

 

 

puff_pastry

Salam Isnin semua..sebenarnya dah lama nak mencuba membuat pastry..cuma sibuk mencari puff pastry x jumpa2..akhirnya semasa balik JB minggu lepas ajak En Suami g Tesco Tebrau,selalu jgk baca celoteh Cik Mat Gebu dok sibuk cari barang2 dapur kat Tesco.pusing2 kat bahagian makanan sejukbeku akhirnya bertemu jgk ngn puff pastry ni..aku gumbira!!!

Keinginan mempastry timbul setelah merasa puff sardine kat rumah Cik Mat Gebu n terliur jgk setiap Cik Mat  mempamerkan resepi2 puffnya..hehehehee..sekali mak et beli 4 plastik  heheheeehee.boleh buat kenduri ni..

Sempat jgk sambar pes tomyam n kari kapitan jenama LIFE.sebab cari kat Jusco n Giant x jumpa..seronoknya!!!

Mr Wald g services..

 

Image1325

Salam 20 Ramadhan semua..aduh dah lama x update..sedikit sibuk membiskut,hantar adik ipar ke KLIA,pulang ke Korea,balik JB n kembali semula ke bumi Segamat..macamana ngn persiapan raya?dah siap?mak et hampir siap.tinggal nak kemas rumah je..keperluan lain dah siap,alhamdulilah..

 

Image1328 En Suami pun dah selamat menghantar Mr Wald ke pusat services sebelum menghadapi kesesakkan org ke pusat services.jgn lupa services kenderaan anda semua supaya tidak berlaku sebarang kesulitan ketika menyambut aidilfitri nanti..

24 Ogos 2010

Hidup berjiran..

 

ad7f1a415e57a452

Salam semua..sekadar berkongsi cerita pabila kita hidup berjiran,almaklumlah duk dikawasan kg x sama ngn duk dengan kawasan taman,flet,pangsapuri, dan sebagainya.ni pendapat peribadi mak et lah..lagi2 kalau kebanyakkan jiran2 kat rumahku majoriti berbangsa Cina..cuma depan rumah je melayu tu pun jarang berbual sebab bila dia ada kat rumah,,aku pulak x ada..begitulah sebaliknya..

Kisahnya begini,semalam petang dalam pukul130ptg sebelum keluar cari bahan2 nak buat kuih raya,sempatlah aku angkat baju2 diampaian yang dah kering n jemur pulak baju2 yg baru je siap dibasuh ..selesai sidai baju dongak ke langit,cuaca cerah tp di kejauhan sedikit nampak gelap..aargh x pelah mendung kat sana  bukan kat sini cakap dalam hati heheheh..lagipun bukan nak keluar lama kejap je..

Selesai membeli bahan2 kuih,en Suami pun   pusing2 sambil cuci mata kat bandar Segamat yg x besar manapun ..tetiba kooo hujan lebat tu..huhuhhu dalam hati aduiii abislah basah jemuran ku..huhuhuhu..

Sepanjang perjalanan pulang aku berdoa..mintak2lah berlaku satu keajaiban ada org yg berhati mulia tolong tarik ampai baju  jgk tilam anak aku yang saja2 aku nak jemur sebelum keluar..

Wow...sesampai je didepan rumah..doaku dimakbulkan di bulan mulia ni..rupa2nya pembantu rumah jiranku yg tolong tarikkan ampai bajuku n angkatkan  tilam anakku..alhamdulilah..lega rasanya

Setelah ku soal siasat, dia sendiri mengaku panjat pagar rumahku untuk menarik ampai baju n tilam anakku.iyealah sebelum keluar aku kunci pagar rumah..aku berkali2 mengucapkan terima kasih..hehehe..

a0df5e7b7118daaa

Brownies crunchy cookies..

Image1311   Salam 14 Ramadhan semua..alhamdulilah dah selesai berbuka puasa semua.apa juadah berbuka hari ni..mak et cuma buat mee goreng ala mamak je..resepi? x yah letaklah korang semua dah arif kan?

Semalam mak et memulakan operasi membiskut..namanya tu kat atas tu..ala2 chipmores lah tp lagi sedap biskut ku..hehehee..dikutip dari kak fida yg dok kat Kota Singa.

K.Fida ni antara sifu mak et dalam dunia masakan..setiap soalan @kemusyilan pasti dijawab dengan menyakinkan.Terima kasih yea Kak..Semoga ilmu yg diberikan dapat dimanafaatkan untuk semua peminat2 myresipi.com,amin..

Oklah jom layan bahan2nya n sudi2lah buat yer,yg pasti x menghampakan anda semua,insyaALLAH.

Image1313

    Bahan-bahan ( 40-50 keping )

    • 100 g mentega (10 sb rata)

    • 75 g gula icing (1/2 cwn rata + 1 sb)- diayak

    • 1 biji telur

    • 1/4 sk esen vanilla

    • 150 g tepung gandum* (1 1/4 cwn rata)

    • 1 sk baking powder*

    • 1 sk bicarbonate of soda*

    • 25 g serbuk koko* (3 sb rata)

    • 100 g choc chips (3/4 cwn penuh)

    • 50 g (1/4 cwn) walnut atau kekacang pilihan - dipanggang dan cincang kasar

    • secukup kertas minyak - untuk membungkus doh

      Cara-cara

      1. Ayak bahan2 bertanda dan ketepikan.

      2. Mentega dan gula dikacau hingga rata.Masukkan telur dan esen dan terus kacau.

      3. Masukkan pula campuran tepung sedikit2 sambil dikacau hingga habis dan rata.

      4. Masukkan choc. chips dan kekacang dan gaul/uli hingga sebati.

      5. Bahagi adunan kpd 2 bahagian dan bubuh diatas kertas minyak dan gulung perlahan2,bungkus dan simpan di dalam chiller supaya padat.Jika disimpan lama doh akan menjadi beku.

      6. Keluarkan gulungan doh dr chiller dan biar doh pd suhu bilik dan hiris nipis,susun setiap kepingan doh diatas dulang pembakar.Jika hirisan doh tak berapa cantik,boleh dibentuk2kan semula.

      7. Bakar pada suhu 160C hingga garing.

      8. Doh ini juga boleh terus dibakar seperti cookies biasa jika tidak mahu disimpan

      --Selamat mencuba--

      21 Ogos 2010

      Munjungan..

       

      Salam 11 Ramadhan semua..dah mula membiskut ke?mak et rancang minggu depan operasi membiskut  bermula..buat 3 @4 jenis je pastu belilah 2 ke 3 jenis kerepek..cukuplah tu..

      Hari ini buat munjungan..kalau org jawa pasti tahu apa maksudnya kan.?.bg kat jiran2 dekat jer ngn saudara mara en suami kat Muar..masak pun yg ringkas jer..sebb tukang masaknya pun ala2 profilsional hehehee..siakap masak 3 rasa,tomyam ayam,rojak tetes n sambal udang x lupa pencuci mulut coktail buah bersama kastard dibuat oleh mami sue..nyam3x..sedap!

      Hanya gambar ni yg dpat ditayangkan..yg lain x sempat nak ambik gambar..layanzzzz...

      IMG_5572IMG_5571

          sambal udang n tomyam ayam..

       

      IMG_5573

      coktail buah

       

       

       

       

       

      Pada hari semalam,  sempatlah bawak pak n mak mertua jgk adik ipar berbuka diluar..biasalah semestinya famili Wak Geng Samseng join sekali barulah meriah majlis..kami berbuka di Hotel Classic,Muar..jom layan gambar..

      IMG_5517

      IMG_5515

      IMG_5537

      IMG_5541

      IMG_5542

      IMG_5525

      IMG_5533

      IMG_5561 IMG_5543

      IMG_5514

       

       

      Antara hidangan yg tersedia disana..

      IMG_5557

      IMG_5560IMG_5538IMG_5554 IMG_5546 IMG_5548 IMG_5545 IMG_5532

      Selamat menjalani ibadah puasa semua..

      16 Ogos 2010

      Blog list En Ben..

       

      ben Salam Ramadhan Al Mubarak semua..sekejap je dah 6 hari kita menjalani ibadah puasa kan.semoga kita sama2 mendapat keberkatan di bulan yg mulia ini,AMIN.

      Ok sebagai tanda persahabatan, mak et menjoinkan  diri dalam blog list En Ben..Biasalah kategori apa lagi kalau bukan di dapur tanpa sempadan???ops! tersasul pulak kategori masakanlah apa lagi..tp boleh jugak masuk kategori yg lain2..semua boleh..

      Selamat berpuasa semua..jangan membazir yea..Wasalam..

      11 Ogos 2010

      Kenapa musti aku yg kena..huwaaa!!!

      Alhamdulilah selesai sudah semua umat islam melalui 1 Ramadhan hari ni..lepas berbuka tangan ni segeralah ambil laptop nak jengah2 blog n fb..tetiba terkesima baca kat shoutmix chat..dapat  tag dari tuan banglo yg dok kat Sedenak.. sape lagi kalau bukan jejaka si ah Mat Gebu.adung..adung..tolong!

      Sebenarnya mak et x reti nak menjawab tag2 ni..sebb dah lama meninggalkan alam persekolahan huahuahuaaa..jadi aku memberi soalan cepu gangsa untuk Si ah Mat Gebu. kenapa musti haku??x sanggup nak menjawab semua soalan2  tu…huwaaaa..

      Apapun sebagai menghargai sifu blog masakan yg termasyhur diseantero alam maya..mak et dengan seikhlas hati menjawab tag dari beliau..terima kasih yer sifu..x sangka namaku naik di blogmu awal Ramadhan ni..alhamdulilah.

      Soalan 1: Adakah anda rasa HOT..?
      HOT FM..hehehehe sebab di tag di awal Ramadhan..hot..hot..hot.
      Soalan 2: Upload wallpaper PC/laptop yg anda gunekan skrg

      _DSC0120

       Soalan 3: Cerita pasal gambar nih..?
      Gelagat si kecik Dahlia Sofia yg menggembirakan kami sefamili.

      Soalan 4: Kali terakhir makan PIZZA..?

      Waktu berbuka tadi,buat sendiri.piza gebu(CMG)

      Soalan 5: Lagu terakhir anda dengar..?
      Takdir dan waktu- Mega.

      Soalan 6: Apa yg anda buat selain selesaikan tag nih..?
      Menonton tv..

      Soalan 7:Selain  nama sendiri  anda dipanggil name ape?

      mak et,mak ngah,akak,inn,wati,indra,Ct…

      Soalan 8: Tag lagi 5 orang…

      Soalan 9: Siapa orang no. 1...?

      Birasku yg cun,pakar  IT ,guru yg mengajarku dunia blogging.terima kasih birasku!

      Soalan 10: Katekan sesuatu pada orang no. 5...?

      Cikgu..Semoga terus bersemangat mendidik anak bangsa menjadi insan berguna.jgk semoga bisnesmu terus maju.

      Soalan 11: No.3 ade hubungan ape dengan sape...?
      Sahabat didunia blog yg sering berkunjung ke blogku n meninggalkan pesanan walaupun x pernah bersua muka kan Zura..unik betul??

      Soalan 12: Bagaimana pulak dengan no.2...?

      Blogger masakan yg duk di Mersing..jgk bisnes biskut-biskutan..antara sumber rujukan ku.terima kasih kak su!

      Soalan 13: Kata2 cinta dengan orang no.4...?
      Cinta sebagai seorang adik kepada kakak..kerana akulah kakak dlm adik beradik,boleh yea kak yatie??huhuhu..rajin jgk aku cilok resepi2nya..

      Soalan 14: Berikan 5 fakta yg anda tahu pasal orang yang anda tag.?

      Mereka ni memang kreatif,rajin update blog,byk info jgk isu semasa yg boleh dikongsi bersama..dan paling utama mereka jgk adalah chef didapur memasing..hehehe..

      Dah 2 Tahun….

       

      Image1029tu tigalah dik!
      Dahlia Sofia Bt Abd Razak..Salam Ramadhan semua..semoga sihat selalu dalam melaksanakan ibadah puasa ni..Hari ni genap usia si kecik mak et 2 tahun.Semoga Dahlia sihat selalu,dipanjangkan umur dimurahkan rezeki jgk menjadi anak yang baik,InsyaALLAH..DSC_0500  Mamanya malas nak membakar..jadi secret recipe lah menjadi sasaran utama..

      DSC_0509

      DSC_0510Malu..bila kakak2 n sepupunya nyanyikan lagu birthday dia..

       

      sabar menanti giliran untuk mengap kek..nyam3xDSC_0520

      10 Ogos 2010

      Salam Ramadhan Al Mubarak…

       

      ramadhanAssalamualaikum semua..mak et n famili ingin mengucapkan Selamat berpuasa kepada para pengunjung blog mak et yg bergelar muslimin,muslimat,mukminin dan mukminat,khasnya saudara mara,sahabat handai walau dimana jua berada..semoga Ramadhan tahun ini memberikan kita keberkatan,kesihatan agar ibadah puasa dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin..juga segala amalan baik kita di bulan mulia ini diberi ganjaran pahala oleh ALLAH, insyaALLAH AMIN..

      Sambut puasa dimana tahun ni?mak et n famili sambut di JB..Kami ikut giliran..kalau raya di Muar..sambut puasa di JB.Begitulah sebaliknya..heheheheheehee..jangan lupa bangun sahur..amalan sunat yg dilakukan oleh Nabi kita..Nabi Muhammad SAW..

      06 Ogos 2010

      Cinamon roll

       

      Image1112  Selamat petang Jumaat semua..cuaca kat Segamat sekarang ni gerimis..sejuknya…apa kata kita minum nescafe ngn ngap cinamon roll ni.Sedap makan panas2,baru siap ni..penat oo menguli guna tulang 4 kerat .saja bg can Bibik Melayuku rehat..resepi macam biasalah kutip kat banglo Cik Mat Gebu..hahaaha..g lah terjah banglonya kalo nak tahu yea…

      05 Ogos 2010

      Snow almond..

       

      Image1063 Selamat berhari Khamis semua..dah makan tenghari?pejam celik pejam celik  tinggal 5 hari je lagi kita sebagai umat islam boleh makan tengahari..pastu kena menahan diri dari segala perkara2 yg boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari selama sebulan..semoga kita sentiasa diberi kekuatan fizikal,mental,rohani n jasmani dalam mengharungi bulan yg penuh keberkatan itu,AMIN..

      Image1068 Siap untuk dijual hehehehe..saja je..untuk makanlah apa lagi..

      Erm sebenarnya nak entri pasal biskut tetiba melalutlah pulak..hehehehhe sekali sekala..mengingatkan diri sendiri sebenarnya..maaflah yea..

      Snow almond ni buat malam tadi ngn anak2 n En Abang..saja je mengetest diri sendiri boleh x membiskut..rupa2nya menjadi n senang je..kalo belih harganya RM22/ 50biji..(pernah beli tahun lepas) tahun ni x tahulah berapa harganya..so tahun ni biskut ni buat sendiri..jom layan resepi yg dikutip dari blog Kak Wan..Terima kasih diatas resepi yg berharga ni..

      Bahan A
      260gm mentega
      150gm gula kaster
      1 tsp esen vanila
      50gm serbuk badam

      Bahan B
      300gm tepung red rose
      50gm tepung kastard
      50gm susu tepung
      40gm tepung jagung
      Hiasan :  Coklat masakan dan breadcrumb putih


      Cara-cara
      1.  Pukul bahan A hingga berkrim.  Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh. 
      2.  Canai dan terap dengan acuan di sukai.
      3.  Bakar pada suhu 140C selama 30 minit.
      4.  Sejukkan biskut dan celup dengan coklat masakan yang di cairkan secara double boiler dan golekkan biskut ke dalam breadcrumb.

                 Selamat mencuba semua..