CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

24 Ogos 2010

Brownies crunchy cookies..

Image1311   Salam 14 Ramadhan semua..alhamdulilah dah selesai berbuka puasa semua.apa juadah berbuka hari ni..mak et cuma buat mee goreng ala mamak je..resepi? x yah letaklah korang semua dah arif kan?

Semalam mak et memulakan operasi membiskut..namanya tu kat atas tu..ala2 chipmores lah tp lagi sedap biskut ku..hehehee..dikutip dari kak fida yg dok kat Kota Singa.

K.Fida ni antara sifu mak et dalam dunia masakan..setiap soalan @kemusyilan pasti dijawab dengan menyakinkan.Terima kasih yea Kak..Semoga ilmu yg diberikan dapat dimanafaatkan untuk semua peminat2 myresipi.com,amin..

Oklah jom layan bahan2nya n sudi2lah buat yer,yg pasti x menghampakan anda semua,insyaALLAH.

Image1313

    Bahan-bahan ( 40-50 keping )

    • 100 g mentega (10 sb rata)

    • 75 g gula icing (1/2 cwn rata + 1 sb)- diayak

    • 1 biji telur

    • 1/4 sk esen vanilla

    • 150 g tepung gandum* (1 1/4 cwn rata)

    • 1 sk baking powder*

    • 1 sk bicarbonate of soda*

    • 25 g serbuk koko* (3 sb rata)

    • 100 g choc chips (3/4 cwn penuh)

    • 50 g (1/4 cwn) walnut atau kekacang pilihan - dipanggang dan cincang kasar

    • secukup kertas minyak - untuk membungkus doh

      Cara-cara

      1. Ayak bahan2 bertanda dan ketepikan.

      2. Mentega dan gula dikacau hingga rata.Masukkan telur dan esen dan terus kacau.

      3. Masukkan pula campuran tepung sedikit2 sambil dikacau hingga habis dan rata.

      4. Masukkan choc. chips dan kekacang dan gaul/uli hingga sebati.

      5. Bahagi adunan kpd 2 bahagian dan bubuh diatas kertas minyak dan gulung perlahan2,bungkus dan simpan di dalam chiller supaya padat.Jika disimpan lama doh akan menjadi beku.

      6. Keluarkan gulungan doh dr chiller dan biar doh pd suhu bilik dan hiris nipis,susun setiap kepingan doh diatas dulang pembakar.Jika hirisan doh tak berapa cantik,boleh dibentuk2kan semula.

      7. Bakar pada suhu 160C hingga garing.

      8. Doh ini juga boleh terus dibakar seperti cookies biasa jika tidak mahu disimpan

      --Selamat mencuba--

      2 ulasan:

      Sue

      sedapnya.. jangan habiskan ye, simpan sikit untuk mami-sue. kalau tak, takmo kawan.

      Siti Indrawati

      yea sedap..dtglah beraya awal2 ke Segamat..kalo abis kenalah mami sue buat sendiri hehehee..