CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

08 Oktober 2010

Udang mentega nestum..

Image1616

Salam Jumaat semua,penghulu segala hari,semoga hari yg mulia ini kita sentiasa bersyukur dengan kenikmatan dan kebahagiaan yg diberikan olehNYA,AMIN..

Hari ni mak et nak entri lauk semalam,boleh gitu?hehehehhehe..hari ni x masak sebab lauk ni masih ada n boleh dimakan lagipun pasni nak berkemas untuk pulang ke Jb,rumah bondaku..yesss seronoknya!pasni nak membungkus baju2 dan apa2 yg patut untuk diangkut ke JB.

Resepinya mak et kutip dari zeera@myresipi.com. Terima kasih atas resipi yg ringkas dan menyelerakan..

Jom layanzzz:

1kg udang basah(saiz sederhana besar)

3ulas bawang putih

10 tangkai cili padi

2 tangkai daun kari

1/2 cawan susu cair

4 sB mentega

2 sB tepung beras

1/2 cawan nestum

Garam n lada sulah

Minyak untuk menggoreng

3 biji telur

Cara2nya:

1.Gaul udang dengan garam n lada sulah,goreng setengah masak dan angkat,kemudian toskan minyaknya.

2.Pukul telur,mentega,susu cair dan tepung beras,ketepikan

3.Panaskan minyakdan tumiskan bawang putih bersama daun kari hingga garing,kemudian masukkan udang.Sebatikan sehingga UDANG MASAK.

4.Tuang adunan yang dipukul tadi,gaul rata n akhir sekali taburkan nestum.Sedia untuk dimakan begitu saja @ bersama  nasi panas...

0 ulasan: