CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

27 Oktober 2010

Cucur nasi ikan bilis

 

Image1876 Selamat pagi Rabu semua..bumi Segamat hujan dari subuh sampailah sekarang,apa pun kugagahi jua bangun hantar kakak g Sek dan merajinkan diri mencucur...maka jadilah cucur nasi ikan bilis.dikutip dari rumah kak yatie,rasanya wow!! memang sedap cuma mak et tambah lobak merah yg diparut..Terima kasih daun keladi tuk kak yatie kerana menambahkan lagi koleksi cucur..

Mak et C & P resepinyer..jom kita mencucur.

Bahan-Bahan

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 1/2 cwn ikan bilis
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng

Cara Membuatnya

1.Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.

2.Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.

3.Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.

4.Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.

5.Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah

2 ulasan:

Yatie

Salam Mak et,
Nmpk sedap cucur nasi tu...ada lagi ke...alamak dah abes ke....baru nak rasa brng seketoi dua....

Siti Indrawati

wasalam kak..tentulsh sedap sape sifunya kalu bukan dr banglo sinar kehidupanku..cheewah..alamak dah selamatlah kak..hujan2 ni laju jer askar2 wataniah makan..