CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

21 Oktober 2010

Mini bun burger..

 

Image1801

Salam Khamis semua,alhamdulilah cuaca agak sejuk sedikit..erm dah lama x entri,hari nak kongsi cerita meroti ,biasalah bibik melayu yg banyak bekerja keras ,mak et tolong campakkan semua bahan2 je..pastu uli sekejap n bakar maka jadilah mini bun burger,almaklumlah kat rumah ni anak dara masih mini,hehehehe jom layan resepi dari Cik Mat Gebu yg dah semakin glamour seantara asia,terima yer SIFU, mak et C& P resepinya...jgk sekali lagi terima kasih kerana meninggalkan jejak di rumahku yg kadangkala sepi..ceeehhhhhh! 

Image1784 Eh..lupa nak bg tahu bun ni kalau  korang nak letak daging ker,jem ke,suka hati koranglah yer,mak et letak daging burger import dari Billion jer letak mayonis,sos cili n tomato sebab itu jer yg ada dlm esbokku n mak et buat separuh jer dr adunan di bawah..jom layan n selamat meroti..

BAHAN DOH BUN BURGER :-)
400 g tepung roti
20 g gula halus
1/4 camca teh garam halus
1 camca besar susu tepung
2 camca teh instant yeast
250 ml air
30 g lemak sayur (shortening)
BAHAN LAIN :-)
1 putih telur
Bijan secukupnya

    CARA MEMBUATNYA :-)

    1. UNTUK DOH BUN BURGER :- Satukan semua bahan doh kecuali air dan lemak sayur, gaul rata. Tuang air dan gaul hingga menjadi doh. Tambah lemak sayur dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal (lebih kuran 20 minit menguli jika guna tangan). Bulat2 kan doh dan tutup dengan plastik bersih, perap 1 jam. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 doh dalam bread maker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap.

    2. UNTUK BUN BURGER :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, kemudian bagi kepada 10 bahagian sama besar. Ambil satu bahagian, kemaskan dan bulat2kan doh, letak dalam paper cup khas berukuran 4 cm, tekan sedikit doh tadi. Buat hingga siap. Perap selama 45 minit atau hingga naik sekali ganda. Sapu permukaan setiap doh dengan putih telur, tabur sedikit bijan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau perang keemasan, sejukkan atas jaringan.

      3 ulasan:

      Siti Ruhayu Ab Rahman

      salam..
      wah makin bagus nie...hasil mengoven pun nampak et dah makin maju..

      Yatie

      Salam Mak Et,
      Rajinnya meroti...kalau comel2 mcm ni sedap dan berselera je anak2 nak mkn...nak 5 ketoi....ada lagi tak..

      Siti Indrawati

      wasalam Ayu..hehehehe alhamdulilah semakin baik walaupun x sehebat CMG..untuk sendiri bolehlah,nak rasa mehlah dtg pondokku..


      Wasalam Kak Yatie,sebab melayankan si kecik tulah buat mini2,kalau besar confem x abis..nak mehlah ambik..jgn segan2..hehehe