CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

10 Oktober 2010

Epal puff.

Image1622 Salam Ahad yang indah semua..sarap apa pg ni?mak et nak entri 1 lagi menu yg sesuai untuk mereka 2 yg rajin mcm mak et heheheh..dalam maksudnya tu..mak et kutip resepinya dari Kak su mersing,terima kasih daun keladi orang mersing,mak et c&p resipinya..

  BAHAN-BAHANNYA :-)
Pastry Puff secukupnya
2 biji epal hijau
1/3 cawan kismis
1 camca besar serbuk badam
1 batang kayu manis
2 camca besar mentega
1 camca besar gula peerang (brown sugar)
1/4 camca teh garam
1/2 camca teh tepung jagung

  • UNTUK INTI :- Kupas epal hijau tadi, buang empulur dan dadu kecil2. Dalam periuk, panaskan mentega, masukkan kayu manis, epal dan kismis, goreng hingga harum, masukkan gula peerang dan kacau rata. Kecilkan api dan masak hingga epal lembut. Tambah badam kisar, garam dan tepung jagung. Kacau rata dan biar inti pekat dan kelihatan kering sedikit, tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.
  • UNTUK APPLE ALMOND PUFF PIE :- Canai puff pastry setebal 3 mm, terap dengan acuan bulat berukuran 3.5 inci sebanyak 2 keping. Isi 1 1/2 camca teh inti tadi, sapu sedikit kuning telur pada tepi2nya dan tutup dengan 1 keping lagi, kemas2 kan dan tekan dengan garfu sekeliling pastry tadi. Buat hingga siap.
  • Bakar dalam oven pada suhu 19oC selama 25 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang. Menghasilkan kurang lebih 8 - 10 biji, bergantung pada cara u all buatlah..

  • 0 ulasan: