CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

26 Oktober 2010

Almond london..

 

Image1844 Salam Selasa semua..semoga sihat,alhamdulilah bumi Johor dah pun pulih sedikit dari jerebu.Hari ni mak et merajinkan diri membiskut atas permintaan kawan adik yg akan merayakan deepavali minggu depan,kan 1 Malaysia..

Sebenarnya kan nilah kali pertama mak et mem ALMOND LONDON.Banglo sifu Ah Mat Gebu lah menjadi pilihan hatiku..hehehee,terima kasih sifuku.mak et C & P resepinya yer..dapatlah 70biji lagi 20 biji selamat di ngap..

Image1849 Selamat dibungkus..ada pulak jari jemari si kecik Dahlia..

Jom layan resepinya mudah dibawah:


Bahan Utama:-
125 g mentega
75 g gula aising
1 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
225 g tepung gandum*
1 camca teh emplex*(*disatukan dan diayak)
335 g badam berkulit, digoreng hingga kuning keemasan, toskan atas paper towel

Bahan Lain:-
300 g coklat masakkan (mat guna coklat masakan jenama "tulip")
1/2 camca besar lemak sayur
Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan
Paper cup saiz kecil secukupnya

Cara membuatnya:-

1.Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.

2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis.

3.Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan. Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.

4.Ambil sebiji biskut yang "botak" tadi, masukkan dalam peper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut. Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas. Buat seterusnya dan susuh rapat2 anrata satu sama lain, tujuan untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti. Buat hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara....

0 ulasan: