CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


14 Julai 2010

Rotiboy Mexican bun.

 

Image955

Selamat berhari Rabu semua..sarap apa pg ni?mlm tadi  mak et merajinkan diri buat roti boy ni,ada jgk panggil papa roti@mama roti..sebiji kalau x silap harganya RM1.80 betul x?mak et sefamili memang pengemar rotiboy ni..bila berjaya buat sendiri rasa suka sangat..lagilah tengok anak2 bersemangat makan..

 

Image961

Image972

Image972

 

 

 

 

 

 

Sumber dari DianaA@myresipi.com , n Kak su mersing terima kasih yea.sesape nak mencuba silalah yea jenguk ke bawah untuk resepinya;

  • Filling

  • -200 gm mentega
  • -1/2 teaspoon vanilla essence
  • -70 gm brown sugar
  • Topping

  • -200 gm mentega
  • -160 gm gula icing
  • -3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • -1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  • -200 gm tepung gandum
  • Doh Roti

  • -500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • -2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
  • -20 gm susu tepung
  • -75 gm gula castor
  • -3 sudu kecil dry yeast
  • -1 sudu kecil garam
  • -1 biji telur- dipukul
  • -250ml air/susu segar(jgn guna susu tepung sekiranya menggunakan susu segar.)
  • -60gm mentega

    Cara-cara

    1. Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

    2. Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam peti sejuk sehingga sedia utk digunakan.

    3. Doh Roti

    4. -Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.

    5. -Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.

    6. -Masukkan telur dan air/susu segar.

    7. -Uli adunan sehingga menjadi adunan lembut selama 10-15 minit.

    8. -Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn kain lembab selama 10 min.

    9. -Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.

    10. -Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dalam 7.5cm.

    11. Rehatkan selama 45minit ditempat panas.

    12. Pipe kan topping diatas bun secaraspiral bermula dari tengah bun.

    13. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu170’c selama 15minit atau sehingga bun keperangan..

     

    -Selamat mencuba-

  • 1 ulasan:

    makLong

    makET....makLong pon sukerrr sgt roti mama.... nyummm...nyummmm...
    ngences nih....