CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


11 Julai 2010

Pain au lait

Image924

Selamat malam semua..sebelum menutupkan mata baby boy mak et ni,nak entri sejenis roti,nama seperti diatas hehehe..mak et ambik kat rumah Puan Hana yang duk dibumi Jepun sana,sungguh x menghampakan walaupun mak et baru berkawan2 ngn Bibik Melayu..

Jom layan resepinya:

230gm tepung gandum
60g tepung roti
125ml susu segar
4g yis kering
50g telur(1 biji)
38g gula
5g garam
63g butter
gula kasar

Caranya:(Menggunakan BM)

1)Masukkan susu,garam n gula dalam BM, masukkan telur kemudian masukkan tepung n yis.
2)Setting menu dough n on kan.
3)Bila adunan doh telah sebati masukkan butter dan biarkn BM terus menguli hingga habis lebih kurang 1 1/2 jam.
4)Bahagikan doh kepada 10 bahagian dan rehatkan 15minit.
5)Ambil sebiji canaikan bentuk bulat @oval lebih kurang 8cm.Gulungkan doh dan cantumkan.
6)Tutup doh dan biarkan naik sekali ganda lagi lebih kurang 30-40minit.
7)Sebelum bakar sapukan doh dengan campuran telur sedikit susu n setitik madu.Kemudian guntingkan sedikit doh n taburkan gula.
8)Bakar pada suhu 170-180’c selama 10-15minit @keperangan.
9)Angkat dan sejukkan diatas redai.

0 ulasan: