CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


19 Julai 2010

Apple crumble muffin

 Image1001

Selamat berhari Rabu ,berjumpa lagi,alhamdulilah masih dipanjangkan umur kita.Hari ni nak tayang resepi apple crumble muffin yg dah selamat habis pun,resepi dari dapur Cik Mat Gebu tapi ilham memuffin datang dari rumah kak Yatie..terima kasih sifu berdua…cuma mak et telah olah sikit je,tambah coklat rice,bertambah2 sedapnya hehehee..

oklah layan resepinya yea:

BAHAN-BAHANNYA :-
  • 1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)

  • 1 camca teh baking powder

  • 1/3 cawan gula halus

  • 75 g mentega cair

  • 1 biji telur

  • 1/2 cawan coklat rice

  • 1 camca teh esen vanilla

  • 3/4 cawan susu segar (mat guna 2/4 cwn susu sejat + 1/4 cwn air)

  • 2 biji epal hijau, buang kulit, buang empulur dan dadu sederhana besar

     

     

     

     

     

                                                            

     

     

     

     

                                                                                    

Bahan Untuk Crumble :-
  • 1/3 cawan gula perang, dipadatkan ( Dark Brown Sugar)

  • 2 sudu besar tepung gandum

  • 1/8 sudu teh serbuk kayu manis

  • 1 sudu besar mentega

CARA MEMBUATNYA:

  1. Panaskan oven pada suhu 200C, sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan paper cup secukupnya. Satukan bahan2 untuk "crumble", gaul rata dengan hujung jadi sehingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti yang kasar. Ketepikan.

  2. Dalam satu bekas, gaul rata tepung berserbuk penaik, baking powder dan gula halus. Ketepikan. Dalam bekas lain, satu kan mentega, telur, susu dan esen vanilla, kacau rata dengan whisk.

  3. Kemudian, masukkan tepung tadi ke dalam adunan mentega dan gaul rata, kacau satu arah sahaja. Masukkan epal dan gaul lagi hingga rata dan masukkan coklat rice. Sudukan ke dalam bekas2 yang telah disiapkan tadi 3/4 penuh.

  4. Tabur dengan crumble tadi diatas setiap muffin tadi, tekan2 sikit. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Boleh dihidangkan untuk minum petang.....Selamat mencuba untuk semuaa!!!!

      CATATAN :- Mentega cair tu nak ganti dengan minyak jagung pun boleh, tapi rasa dia berbeza. Bilangan muffin yang anda dapat juga berbeza mengikut saiz muffin yg digunakan yea..

    0 ulasan: