puan blog interprem jap hehehehhe..
Assalamualaikum semua..berjumpa lagi di penghujung Ramadhan..adong dah lama x mengupdate blog ni,sibuk +penat sangat sejak bekerjaya ni,balik keja terus ke dapur,malam lepas isyak dah bammm..nak entri cerita masak2 pun x berkesempatan sekarang ni,nak cerita yang lain2 pun dah x mampu nak di kongsikan di blog ni,apapun mak et tetap BW blog rakan2 kalau x di laptop di hpn..cuma jika ada kesempatan jejak rindu akan di tinggalkan jika x bekesempatan hanya di ingatan jer.
Sebenarnya dah rindu sangat2 nak jumpa family di JB,harap2 dapat balik seawal yang boleh,perasaan ni dah melayang2 ke rumah bonda,nenda,makcik2,pakcik2,mertua dan semua sanak saudara di Johor,kalau ikutkan hati mcm nak naik bas jer hehehehe..(mcmlah tiket bas ada lagi)
Tahun ni mak et beraya di rumah bonda bersama adik beradik,lepas bersalaman kami akan bergerak pulang ke Pontian beramai2 ke rumah 2 nenda diikuti rumah pakcik2 dan makcik2 belah Abah dan bonda dua-dua di Pontian,bermalam semalam di Pontian pada malam raya ke 2,keesokkannya bergerak pulang ke Muar pulak…
Pertama kali dalam hidup nak balik kampung menempuh perjalanan jauh,harap2 dipermudahakan segalanya,mengikut perancangan,kami pulang ke Johor Bahru pada hari Sabtu petang kerana suami mak et masih lagi bekerja pada hari tu,tp mak et berharap dpt balik awal lagi hehehehehe.malam ni operasi membungkus baju2 dan apa jua yang boleh dibungkus bermula..
Sebelum balik awal2 lagi dah call bonda mintak masakkan dalca daging.terngidam pulak..aduh..perasaan ni dah melayang2 ke Johor..tolong!!!!
Sebelum mengundur diri mak et ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pengunjung blog mak et,jika ada terguris perasaan dengan celoteh mak et,Salam Aidilfitri semoga anda semua meraikannya bersama insan2 tersayang dan bergembira hendaknya,jika diberi kesempatan insyaALLAH akan mak et kongsikan bersama kisah Aidilfitri.
Doakan kami selamat sampai ke destinasi,begitu jugak dengan anda semua,berhati2 di jalanraya..