Assalamualaikum,alhamdulilah berkesempatan mengupdate lg,tentu ada yang berjalan2 @menghadiri majlis2 kenduri dihujung minggu sebegini,mak et n anak2 duk rumah je..lagipun minggu depan Kakak Balqis akan menghadapi peperiksaan semester pertama bagi murid2 darjah 1,2 dan 3..diikuti minggu seterusnya untuk murid2 darjah 4,5 dan 6..kerja hari ni dan esok adalah melayan kakak Balqis membaca kitab sek agama..
Seronoknya sistem peperiksaan Sekolah Agama di negeri Johor adalah jika murid darjah 1,2 dan 3 periksa,murid darjah 4,5 dan 6 akan bercuti seminggu dan begitulah sebaliknya,x pernah berubah sejak zaman mak et sekolah dulu..dan dulu kitab2nya boleh digunapakai sejak zaman abang hinggalah ke adik2 yang lain.
Cuma sejak 3 tahun ni kalau x silap,kitab2 sekolah agama telah bertukar wajah dan isi kandungannya,lagi memudahkan anak2 untuk mengeja/membacanya dan ada gambar..senang dah anak sekarang..zaman mak et dulu kitabnya dahlah nipis pastu tulisannya kecik2,kalau yang tebal satu je mutlaalbadrain namanya,kitab warna biru digunakan dari darjah 4 hingga darjah khas...tp alhamdulilah sampai jugak darjah khas dan berkesempatan menjadi pendidik selama hampir 6 tahun di Sekolah Agama..rindunya kenangan jadi murid sekolah..
Sekarang giliran anak2 pulak..zaman tu dah berlalu,sudah menjadi kenangan semua tu..salah satu sebab mak et sayang nak tinggalkan negeri Johor adalah sistem sekolah agamanya yang dah lama wujud di negeri ni walaupun sekarang sistem pendidikannya telah mula dinaik taraf ke sistem lebih baik oleh Jakim.mak et x bermaksud memperkecilkan mana2 sek agama di negeri lain,sekadar berkongsi apa yg mak et tahu,jangan ada yang terasa hati pulak yea,belajar kat mana2 sama yang penting rajin @malas je
nilah jadual waktu periksa bagi murid2 darjah 1,2 dan 3 sekolah agama di negeri Johor..darjah 1 dan 2 cuma periksa 3 hari,Selasa,Rabu dan Khamis..jadi hari Isnin dan Jumaat x sekolah..