CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


11 Julai 2011

Bila Insyirah x tido siang beginilah jadinya…..

DSC_0082

Assalamualaikum semua..ok hari ni mak et nak berkongsi cerita semasa nak bergerak ke Terengganu pada Jumaat malam 8hb Julai,kira2 pukul 10 malam,kami bergerak meninggalkan rumah..sebelum tu 3 dara sibuk ajak singgah rumah kawan Damia,namanya Dhia,papanya melayan permintaan 3 dara..nombor rumahnya x tahu main belasah jer,tengok keta x ada,si mama pun cakap Dhia x adalah dia balik rumah atok dialah,setelah mereka puashati,perjalanan pun diteruskan..

Setelah membelok ke lebuhraya Segamat-Kuantan,en suami  berhenti lagi untuk mengisi minyak,lepas isi dia tanya,”nak makan x anak2 papa?”mama tukang jawab..”boleh jugak”,pusing2 kat kawaan Taman Yayasan,teruslah berhenti kat satu kedai makan,semasa nak turun tu Insyirah bg tau,”Insyirah x nak makan,Insyirah nak tido dalam keta”jadi yang turun makan hanya berempat jelah.Selepas siap makan,kami pun ke kereta,semasa nak bukak pintu x boleh bukak,rupa2nya Insyirah kunci dari dalam dan dia nyenyak tido di sit belakang,puaslah kami mengetuk cermin ,pintu sambil sebut nama Insyirah,namun..Insyirah x bergerak pun malah nyenyak tido..adoonnng!!!mcmana ni pa..mama yang gabra..sehingga 2 orang lelaki Cina menawarkan pertolongan yg agak menarik..apa dia???membunyikan hon keretanya yang boleh berdengung n cair ta*k telinga..namun Insyirah tetap maintain tido lena seperti tiada apa2 yang berlaku..mama semakin panik..papa nampak cool dalam hati  xtahulah..

Setelah usaha lelaki Cina x berjaya,mereka meninggalkan kami huhuhu..bermacam2 perkara yang mak et pk..Insyirah kalau x tido siang,tido malam memang lena lah diulit mimpi,bom jatuh sebelah dia pun dia x bangun.

Akhirnya dengan izin ALLAH..suami menjenguklah kat tingkap bumbung keta,terbuka sedikit,barulah mak et  teringat semasa nak memulakn perjalanan Dahlia sibuk nak jengukkan kepala dia,sambil tu tangan dia dah picit sikit suis tingkap bumbung tu tp terbukak sikit je..alhamdulilah,pemilik kedai makan pun memberi batang mop..lalu en suami pun menjolokkan batang mop dari atas tingkap ke butang pintu,semasa usaha ini dilakukan,mak et masih lagi mengetuk cermin dan memanggil nama Insyirah,sambil berselawat dan berdoa agar Insyirah sedar,namun Insyirah x bangun2 jugak huwaaa!!

ALHAMDULILAH..akhirnya pintu kereta berjaya dibuka atas usaha papa..syukur sangat2 masa tu..x terkata hanya ucapan ALHAMDULILAH berkali2...Kalau x,x tahulah apa yang akan terjadi,mungkin kami berempat tido kat sebelah keta hinggalah  Insyirah bangun dan bukak pintu hehehehe..

Perjalanan di teruskan sehinggalah sampai ke Kuantan oleh kerana suami mak et dah ngantuk yang teramat2 sangat makanya kami bermalam di bandar Kuantan akhirnya,apapun fuh lega dah sampai separuh perjalanan kalau x masih lagi di Segamat menunggu Insyirah bangun..

Itulah kisah Damia Insyirah Binti Abd Razak..bila x tido siang sibuk main game dalam laptop mama,malamanya tido memang x sedar apa2..pengajarannya lepas ni,kena paksa Insyirah turun walaupun dia ngantuk dan keduannya papa kena simpan kunci pendua dalam dompet..

P/s:Petang ni mak et nak g station bas Dungun ambik  bonda  mak et n anak saudara sampai dari Jb..terubat rindu kat bonda..

0 ulasan: