CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


31 Julai 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Ramadan_Kareem_(33)

Assalamualaikum semua..semoga dengan kedatangan Ramadhan kali ini kita semua diberi kekuatan untuk melaksanakan ibadah mulia ini,maaf lah dah lama mak et menyepi,mood mengupdate lambat benar nak datang,tp mak et selalu jugak jalan2 ke blog kawan2 walaupun kadangkala tidak meninggalkan jejak,semoga ikatan persahabatan di alam blog terus berpanjangan,insyaALLAH..

Dikesempatan ini mak et ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang bakal kita lalui walau dimana jua kita berada,begitu jgk dengan diri ini dan keluarga kerana ini merupkan Ramadhan pertama kali sambut di negeri orang ,dah jadi perantau lah kiranya kami ini hehehehe..walaupun sayu tapi itulah lumrah kehidupan kan.Jugak kemaafan dipohon seandainya mak et ada menguris perasaan anda semua tanpa disedari.

Jika diberi keizinan oleh ALLAH insyAALLAH mak et akan berceloteh lagi yer..kerana sekarang ni mak et telah memulakan tugas tambahan sebagai pekerja di tempat kerja suami,alhamdulilah,hikmah  disebalik menjadi perantau.

11 Julai 2011

Bila Insyirah x tido siang beginilah jadinya…..

DSC_0082

Assalamualaikum semua..ok hari ni mak et nak berkongsi cerita semasa nak bergerak ke Terengganu pada Jumaat malam 8hb Julai,kira2 pukul 10 malam,kami bergerak meninggalkan rumah..sebelum tu 3 dara sibuk ajak singgah rumah kawan Damia,namanya Dhia,papanya melayan permintaan 3 dara..nombor rumahnya x tahu main belasah jer,tengok keta x ada,si mama pun cakap Dhia x adalah dia balik rumah atok dialah,setelah mereka puashati,perjalanan pun diteruskan..

Setelah membelok ke lebuhraya Segamat-Kuantan,en suami  berhenti lagi untuk mengisi minyak,lepas isi dia tanya,”nak makan x anak2 papa?”mama tukang jawab..”boleh jugak”,pusing2 kat kawaan Taman Yayasan,teruslah berhenti kat satu kedai makan,semasa nak turun tu Insyirah bg tau,”Insyirah x nak makan,Insyirah nak tido dalam keta”jadi yang turun makan hanya berempat jelah.Selepas siap makan,kami pun ke kereta,semasa nak bukak pintu x boleh bukak,rupa2nya Insyirah kunci dari dalam dan dia nyenyak tido di sit belakang,puaslah kami mengetuk cermin ,pintu sambil sebut nama Insyirah,namun..Insyirah x bergerak pun malah nyenyak tido..adoonnng!!!mcmana ni pa..mama yang gabra..sehingga 2 orang lelaki Cina menawarkan pertolongan yg agak menarik..apa dia???membunyikan hon keretanya yang boleh berdengung n cair ta*k telinga..namun Insyirah tetap maintain tido lena seperti tiada apa2 yang berlaku..mama semakin panik..papa nampak cool dalam hati  xtahulah..

Setelah usaha lelaki Cina x berjaya,mereka meninggalkan kami huhuhu..bermacam2 perkara yang mak et pk..Insyirah kalau x tido siang,tido malam memang lena lah diulit mimpi,bom jatuh sebelah dia pun dia x bangun.

Akhirnya dengan izin ALLAH..suami menjenguklah kat tingkap bumbung keta,terbuka sedikit,barulah mak et  teringat semasa nak memulakn perjalanan Dahlia sibuk nak jengukkan kepala dia,sambil tu tangan dia dah picit sikit suis tingkap bumbung tu tp terbukak sikit je..alhamdulilah,pemilik kedai makan pun memberi batang mop..lalu en suami pun menjolokkan batang mop dari atas tingkap ke butang pintu,semasa usaha ini dilakukan,mak et masih lagi mengetuk cermin dan memanggil nama Insyirah,sambil berselawat dan berdoa agar Insyirah sedar,namun Insyirah x bangun2 jugak huwaaa!!

ALHAMDULILAH..akhirnya pintu kereta berjaya dibuka atas usaha papa..syukur sangat2 masa tu..x terkata hanya ucapan ALHAMDULILAH berkali2...Kalau x,x tahulah apa yang akan terjadi,mungkin kami berempat tido kat sebelah keta hinggalah  Insyirah bangun dan bukak pintu hehehehe..

Perjalanan di teruskan sehinggalah sampai ke Kuantan oleh kerana suami mak et dah ngantuk yang teramat2 sangat makanya kami bermalam di bandar Kuantan akhirnya,apapun fuh lega dah sampai separuh perjalanan kalau x masih lagi di Segamat menunggu Insyirah bangun..

Itulah kisah Damia Insyirah Binti Abd Razak..bila x tido siang sibuk main game dalam laptop mama,malamanya tido memang x sedar apa2..pengajarannya lepas ni,kena paksa Insyirah turun walaupun dia ngantuk dan keduannya papa kena simpan kunci pendua dalam dompet..

P/s:Petang ni mak et nak g station bas Dungun ambik  bonda  mak et n anak saudara sampai dari Jb..terubat rindu kat bonda..

10 Julai 2011

Akhirnya Segamat dan Johor Darul Takzim ku tinggalkan jua..

 

DSC_0423 (2)

ami cue aka birasku..

Assalamualaikum semua pengunjung setia blog mak et,terima kasih kerana sudi menjenguk blog yg dah lama x berupdate,bukan malas tetapi kekangan masa dan keadaan diri yg kurang sihat membuatkan mood untuk mengupdate sedikit terjejas jugak untuk menjenguk blog rakan2 dan biras mak et..apapun mak et muncul lagi walaupun kali ni tidak berada di bumi lahir mak et,suami n anak2, sekarang mak et berada di negeri Darul Iman..

Dua minggu sebelum pindah mak et n anak2 pulang ke JB kerana adik lelaki mak et nikah,x buat majlis besar2an hanya kenduri kesyukuran,balik dari JB badan rasa lain macam,semua sakit2..almaklumlah adik yg nikah,kakak yang over buat itu,ini kesana kesini,dan akhirnya mak et kena demam urat..

 

DSC_0436

pengantin bersama bonda n ayanhanda ku..i love mak n abah!

Lega sedikit sakit2 badan,operasi membungkus pulak,walaupun barang2 yg diangkut x  banyak mana tp penatnya masyaALLAH..mak et sempat jgk mengekek n memufiin untuk kawan2 kakak Balqis n Kakak Insyirah pada hari terakhir persekolahan mereka di bumi Segamat, tp nak memposing nya malas + penat  yang amat sangat ..segalanya tinggal kenangan.

X pelah kan,walau dimana jua kita berada Malaysia adalah tanahair kita yang tercinta huhuhuhu memujuk hati yang lara waktu ini,yang penting en suami ada disisi,senang nak uruskan segala keperluannya dan anak2 bila dia disampingku hehehhe..

Urusan anak ke sekolah mana masih x buat lagi,minggu depan baru mulakan,en suami kata bagi peluang anak2 bersukaria dulu ,mamanya pun ok bos!anak2 kena biasakan keadaan disini maklumlah sebelum ni cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad sekarang dah sampai sini Jumaat dan Sabtu n juga slang bahasa di sini ..insyaALLAH lama2 nanti dia orang biasa.

Cerita masak2,kek2,biskut2,muffin2 dan segala yang berkaitan dengan makanan akan menyusul,cuma x tahu cepat@lambat, sebab segala stok kuih muih mak et sudah tiada,nak kena cari kedai menjual bahan2 kuih dulu kat sini,x tahu lagi kat mana,en suami ada kelapangan nanti baru on GPS  n tuju  hehehe…

Oklah nanti mak et sambung lagi bercerita yer,harap terubat rindu yea..erm ada ke yang rindu kat mak et???kwang3xWinking smile