CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 Jun 2010

Cream puff berkastard..

 

Image704  

Selamat petang semua..dah minum  petang..hari ni nak entri cream puff..resepinya dari  banglo Cik Mat Gebu n jem kastardnya dari rumah Puan Hana  yg dok nun jauh di Jepun sana..g lah cari sendiri yea segala resepinya ..

Semalam rumah mak et dikunjungi sepupu mak et n familinya..Kak Lin..kebetulan suaminya ada krusus di Kerteh so nak balik  Pasir Gudang tu dia sefamili singgah rumah mak et..dia orang sampai pukul 645ptg..selepas berehat kejap,makan2,bergosip hehhehee..dia orang pun beransur pulang pada jam 945malam..

Sempat jgklah mak et berperang kat dapur sebelum dia orang  tiba.(sebb k.lin sms nak datang).buat sebiji hawaiian pizza,muffin coklat n juadah makan malam sebelum mereka pulang..maaf yea..tiada gambar dia orang sebb dah sibuk berbual2 kan x teringat pun nak ambik gambar..apapun memang seronok sangat ada tetamu sudi singgah kerumah mak et..terima kasih  daun pandan..

Image684                                        sebelum dibakar…amacam?

 

Image696 semasa proses pembakaran..mula mengembang.

 

Image701

sedia untuk dingap..nyam3x

28 Jun 2010

Mayonnnise Pancake berjem blueberry..

 

   Image664

Salam Isnin semua..semoga kerja hari ni dapat dilakukan dengan sebaiknya..lauk apa tenghari ni?mak et masak sup ayam je..pagi tadi saja mencuba mayonnise pancake cik Mat Gebu..alhamdulilah sambutan menggalakkan dari 3 askar mak et..

Sebenarnya hari ni rasa boring sangat sebab Cik Abang kembali ke Bintulu..rasa lain pulak yealah setelah sebulan kat sini ni sekarang dah jauh..apapun disitulah sumber rezeki kami sekeluarga..

Semalam sempat  jgk kami jenjalan ke Jusco Melaka melayan Balqis  n Insyirah,sibuk sangat nak g Jusco,ada jugaklah mak et beli barang sikit..biasalah bila dah  g tempat2 macam tu ada jelah yg nak dibeli walaupun pada asalnya sekadar nak cuci mata....

25 Jun 2010

Pizza Hawaiian mak et

Image623

Selamat petang semua..sebenarnya hari rasa malas sesangat nak masak..jalan2 ke blog pakar memasak dan singgah sekejap ke Louisiana..dan tertarik pulak ngn pizza hawaiian  dari dapur kak yatie,terima kasih yea kak..lalu mak et pun merajinkan diri membuat pizza ni untuk makan tenghari merangkap minum petang dan kalo cukup jadilah makan malam ni hehehehe..nyam3x

Kalo sesape nak cuba bolehlah jenguk dapur kak yatie macam2 menu istimewa ada..dan ini adalah diantaranya..

3 daraku…

Image602

Salam bertemu lagi semua..dah makan?haaa.. hari nak citer pasal 3 anak dara mak et…dah sebulan bapaknya kat Segamat..jadi semua dah pakat geng ngn bapaknya termasuklah si kecik ni..tengah malam mengigau pun panggil papanya..huhuhu.walaupun dia masih lagi mengempeng ngn mamanya..geramnya!!!

Image377 Sikakaknya yang 2 orang ni lagilah tiap malam sebelum tido dah sediakan bantal n selimut untuk papanya…mamanya??sori..pandai2 ko lah nak tido kat mana?huwwwwwwaaaaaaaaaa!!!!

24 Jun 2010

Kek semolina @ Suji..

Image560 

Salam Khamis semuanya..semoga bahagia selalu disamping yg tersayang..hari ni nak tayang kek semolina yg dibuat pada hari Sabtu dirumah mertua..untuk makan2  sambil bersantai..resepi ni mak et kutip kat dapur tanpa sempadan..sape lagi kalo bukan sifu masakanku Ah Mat Gebu..memang sedap kek ni n bahan2nya pun mudah je..yang penting mentega yg berkualiti tinggi..Jom layan bahan2nya…

Bahan2nya:

250g mentega berkualiti tinggi
170g gula halus
2sdb madu
4 biji telur gred A
100ml susu segar
2sdk esen vanila
170g tepung gandum
1sdk baking powder
100g tepung suji
secubit garam

Cara2nya:

1.Tepung gandum, digaul bersama baking powder dan diayak,kemudian campurkan tepung suji n garam digaul rata n ketepikan.
2.Telur,susu segar dan esen vanila disatukan dan di kocokkan hingga sebati.ketepikan.
3.Putar mentega,gula halus dan madu hingga kembang.masukkan bancuhan telur+susu+esen vanila sedikit demi sedikit hingga putih dan gebu.
4.Pada kelajuan perlahan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan gaul rata.masukkanb dalam tin kek yang telah disapu mentega dan dialas dengan kertas minyak.
5.Bakar pada oven yang telah dipanaskan pada suhu175’c selama 45minit atau hingga masak..

***Selamat mencuba..nyam3x***

22 Jun 2010

Cappucino cheesecake..

Image574 Salam ceria semua.. seceria cuaca hari ini hendaknya..entri hari ni cappucino cheesecake.dah lama nak buat sebenarnya dan semalam adalah waktu yang sesuai kerana my birthday n hari bapa 20 Jun..

Resepi diambik  dari  Kak  Wan.citarasawan.blogspot.com. Kek ni kan mewah dengan keju..memang berbaloi2 buat sendiri dari beli kat secret recipe yg mahal..tp kalo dah x sempat beli jelah ..

Image599Setelah selamat dipotong dan dihias simple..tanganku masih kaku bab menghias kek..

21 Jun 2010

Dah sweet 30 rupanya….

 

    2340598732_0282267956

Assalamualaikum semua..hari ni sesi persekolahan bermula kembali setelah 2 minggu bercuti..argh..kembali bersemangat ibu2 semua yea..

Erm..malulah nak bg tau kat korang yg sudi jenguk blog simple mak et ni..tp ku gagahkan jua..cheewah..pada hari ini 21 jun 2010 genap usiaku 30 tahun..dah tua dah eden..apa???AWET MUDA..janganlah cakap kuat2 nanti ayu n Cik Mat dengar jeles pulak dia orang..kihkihkih..lalalalala

Alhamdulilah masih dapt ku melihat alam dunia yg indah ini..semoga ALLAH memanjangkan usiaku agar dapat melihat,mendidik anak2ku ,menjadi isteri,anak,menantu,ipar,juga wanita yang kuat menghadapi suka duka kehidupan didunia ini..membaiki kelemahan diri untuk bekalan disana,Amin..

Image567

Inilah antara hadiah dari En Razak…alhamdulilah.byk jugak hadiah yang mak et dah dapat sebelum ni dari En Razak..terima kasih suamiku..sebenarnya ingatan dan kasih sayang yang lebih penting dari segala2nya..cheewah..betul kan?

20 Jun 2010

Hepi Father’s Day

 

235dc3fce579fe2e    Salam Ahad semua..SELAMAT HARI BAPA untuk  bapak2,papa2,ayah2,abah2,daddy2,bak,walid dan yg seangkatan dengannya..untuk semua kaum ADAM yang bergelar bapa,akan bergelar bapa walau dipelusok dunia anda berada..untitled Teristimewa untuk abahku OTHMAN B.MOHAMMAD , bapak mertuaku SALLEH B.HJ HASHIM dan suami tercinta ABD RAZAK B.SALLEH.jasa kalian amat bernilai ,berusaha  dengan tulang 4 kerat mencari rezeki untuk membesar,mendidik anak2 menjadi orang yang berguna di kemudian hari..Semoga ALLAH merahmati hidup kalian,AMIN..

11 Jun 2010

Renungan bersama …

d8ceb1f17e6ec33e

Salam Jumaat semua..dah makan tengahari?hari ni mak et masak lemak labu  n telur goreng je…selamat menjamu selera yea..sekadar ingin berkongsi sedikit ilmu yg diambil dari majalah mingguan wanita bertarikh 28 Mei-3 Jun 2010..

CANTIK DI HATI…      Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga,tetapi kita hanya diberi 1 mulut..kerana mulut adalah senjata yg amat tajam,mulut boleh menyakiti , mulut juga boleh membunuh,boleh menggoda dan banyak perkara yang tidak menyenangkan……OLEH ITU…bicara sedikit mungkin,tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya…

07 Jun 2010

Chicken luncheon rolls…

 

Salam ketemu lg semua..semoga ceria n riang selalu..ops! sebelum terlupa nak bg tau rumah mak et telah bertukar langsir ala2 Inggeris gitu..sape lg tukang jahitnya kalo bukan mami sue yg cun tu hehehe..terima kasih yea mami sue..maklumlah dapat hadiah aniversary lah katakan..bestnya!!

Oklah hari ni tayang roti sulungku…namanya dah tulis kat atas tu..ku selongkar dapur Cik Mat Gebu lah sape lg..betullah Cik Mat..seronoknya ada BM ni..kat kepala mak et dah beratur segala jenis roti yg bakal ku cuba buat..seronoknya bila buat roti sendiri ..anak2 n en hubby selera makan..rasa dihargai..

Roti ni sedap..cuma mak et terlebih bakar ..maklumlah fist time meroti..keras sikit..sape nak resepinya g lah selongkar dapur Cik Mat yea…

Image534 Sebelum kejadian kebakaran…

Image541 Selepas kejadian kebakaran..sedikit rentung..

*Walaupun wajahnya x secomel tuannya tp rasanya….wow!!*

Bersiaran Langsung Dari Bangi…

Salam Isnin..selamat bercuti sekolah untuk semua anak2 yg bersekolah jugak  untuk ibu2 yg sibuk menguruskan keperluan anak2 dari awal pagi hinggalah ke lewat petang..jom cuti2 Malaysia…walau apa jua aktiviti anda agar semuanya memberi manafaat untuk anda sefamili..

Bagi mak et n famili pulak kami ke Bandar Seri Putra jalan2 ke rumah mami sue n famili..sempat jgk kami bermandi manda di Air Terjun Sg.Gabai n Air Terjun Sg.Tekala…best gilerrrr..berendam air semulajadi…sejuk!!!

DSC_0753 Persediaan sebelum ke tempat kejadian…

 

Di Air Terjun Sg.Gabai..DSC_0936Danish yg kebal ngn air sejuk…

 

DSC_0896

Nadhirah nampak apa tu?

 DSC_0898

Kelaparan ni …

 

DSC_0902

Sempat tengok kamera si anak bapak ni..nyam3x

 DSC_0910

Dahlia pun lapar tau!!

 

DSC_0916

Danial teruja dapat mandi air terjun ngn aweks Segamat..

 

Di Air Terjun Sg,Tekala..DSC_0932

DSC_0919 DSC_0927 DSC_0928 DSC_0929 DSC_0930

 

 DSC_0935 Senyum tanda kepuasan dapat g mandi manda…yeaaaaa!!!

05 Jun 2010

Ulangtahun perkahwinanku yg ke 6 tahun..

scan0001

 

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..hari ni 5 JUN 2010 genap 6 tahun mak et menjadi isteri kepada Abd Razak Bin Salleh..dan selama tempoh itu kami telah dikurniakan 3 orang puteri..syukur ,alhamdulilah ..Putera???nanti kot..hehehehe mudah-mudahan kalo diizinkan olehNYA,AMIN…..

 

 

Ermmmm hadiah ulangtahun?dah dapt awal2 lagi..si lappy merah,si bibik Melayu n si oven besor..terima kasih suamiku..semoga ikatan perkahwinan kita sentiasa dirahmati oleh ALLAH,di panjangkan jodoh dan usia kita untuk sama2 mendidik anak2,berkongsi suka duka n kuat mengharungi dugaan hidup,insyaALLAH..AMIN…

03 Jun 2010

Penumpang F1..

Image508

Ada pulak penumpang F1 kat cermin keta…pelbagai aksi dilakukan supaya ia sentiasa maintain kat cermin keta…

 

Image509Akhirnya ia turun jgk walaupun destinasi sebenar x diketahui..selamat meneruskan perjalanan..tumpanglah lori ayam pulak yea..boleh berbual2 ngan sesama haiwan pulak.. 

02 Jun 2010

Tertunai sudah impianku..alhamdulilah..

Image512    Salam ceria semua..bagaimana ngn tugasan hari ni?semoga segalanya bergerak dengan lancar..Alhamdulilah tertunai jugak impian mak et untuk memiliki Puan BM(Bibik Melayu)kata2 dari CIk Mat pinjam kejap hehehehhe..harganya pun sederhana je x lah mahal sangat..kenapa mak et memilih jenama Kenwood???Sebab utamanya adalah sama ngn Cik Mat Gebu yang dah masuk majalh pun segala resepi istimewanya(JELITA) dapatkan di pasaran …

 

Image524

Image526 

Lepas ni belajar merotilah pulak..terima kasih yang x terhingga untuk suamiku diatas pemberian hadiah yang amat bemakna ni jgk terima kasih kerana sudi melayan karenah isterimu g rumah Cik Mat..i love u so much..