CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

09 November 2010

Lemon chicken..

Image2079

Berjumpa lagi,kali ni entri lauk tengahari ni..pertama kali  makan kat Awana Kijal,Terengganu..sungguh sedap sampai teringat2 jer..bilalah nak pergi lagi..huhuhuhuhu..

Bila dah teror berinternet,tergerak hati nak mencari resepi ni dan jumpa di rumah kak Wan,hilang ngidam hehehehee.Terima kasih kak wan,en Abang makan dengan penuh selera,Cik Adik tersenyum simpul ..boleh gitu?

Ok mari kita melayan resepinya dan cuba2lah memasaknya..

Isi Ayam Goreng
Bahan-Bahan
400gm isi ayam 1 s/mkn halia kisar * Lumurkan halia kisar dengan ayam. Perapkan sebentar.
2 s/mkn besar tepung beras
1 s/mkn besar tepung jagung
1 s/mkn lada sulah
1 s/teh garam
1 s/mkn gula
2 butir telur
2 s/mkn susu sejat

Cara penyediaan

  1. Dalam satu mangkuk satukan kesemuanya .
  2. Gaul hingga adunan menjadi sebati.
  3. Masukkan isi ayam yg telah di perap dengan halia.
  4. Goreng ayam dalam minyak yang agak panas dengan api yg sederhana.
  5. Bila ayam sudah di goreng, toskan minyaknya.
  6. Lalu potong ayam dengan menggunakan pisau yg tajam.
  7. Letakkan di atas piring lalu siramkan dengan sos lemon.

Sos Lemon(Bahan-bahan)

  1. 4 s/mkn jus lemon
  2. 5 s/mkn gula
  3. 3 s/mkn tepung jagung
  4. 300 ml air atau secukup kepekatan yang anda inginkan
  5. 1 s/mkn cuka
  6. Setitik dua lemon paste

Cara penyediaan

Satukan kesemuanya dalam periuk kecil,didihkan sambil dikacau hingga sos agak pekat,rasa  dan tambah apa yg dirasakan kurang.

***Rasa sos haruslah masam manis.***

1 ulasan:

Sue

Wow. Nak rasa juga lah. Apa kata mak Et masak lemon chicken ni raya haji nanti? Boleh kan?? hehehe