CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


15 Julai 2009

Bunga Dahlia Dan Dahlia Sofia

Inilah Dahlia Sofia,namanya di ambil sempena nama bunga Dahlia,dah buah hati kami yang ketiga perempuan kami pun bercadang letak nama bunga,fikir punya fikir terkeluarlah idea dahlia,ini kerana kami jugak mahukan pangkal namanya bermula huruf D seperti nama kakak2nya yang lain...maka didaftarlah namanya Dahlia Sofia Binti Abd Razak yang lahir pada 11 Ogos 2008 jam 150ptg.
Haaa inilah spesis bunga dahlia yang kecil dan berwarna -warni..macam2 warna ada..mungkin kita selalu nampak bunga ni cuma kurang tahu namanya termasuklah mak et sendiri...bunga dahlia ni pun macam bunga ros dan bunga raya yang mempunyai berbagai warna ,saiz dan bentuk yang sedikit berbeza..mungkin jugak kerana faktor cuaca dimana ia ditanam...

Inilah diantara bunga dahlia yang dapat mak et temui,bentuk nya bulat dan dipenuhi dengan kelopak2 kecil..


Warna pink kelopaknya agak kecil namun tetap cantik kan...







Ini pulak bunga dahlia yang berwarna kuning,cantik kan?agak berlainan dengan warna putih dan pink..

11 Julai 2009

Sarawak ( Bah Duo)


Pantai Tg Batu, Bintulu. Salah satu pantai yang ada di Bintulu. Pantai yang lain tak tau kat mana. tak sempat nak meneroka lagi. Nampak kat atas tu ada motor glider....suspen tu naik benda tu, tapi seronok dapat tengok Bintulu dari udara. hehe. Kalau berani cubalah..
Rakan sekerja dan famili dia tengah tercongong tak dapat balik semenanjung. Sebenonya saja nak test DSLR. Nanti nak bukak post pasal DSLR je...WG & Auntie Sue...bila nak sambo DSLR satu..


Nampak tak idung aku yang beso tu...masa ni tengah ngepeng..

Kojek Kat Sarawak ( Bah Sitik)

Makan malam ala2 mat salleh gitu.

Kalau berkesempatan masak sendiri kat rumah...pandai jugak masak kari.



Ini pandangan depan rumah di sarawak. Terletak bersebelahan Luat China Selatan. Lokasi yang sesuai utk mereleasekan tension lepas keje.






Ombak menghempas pantai di belakang rumah.

Cuti2 Malaysia di Awana Kijal,Terengganu





Sekadar mengimbas kenangan bercuti ke Terengganu bulan March yang lalu,walaupuan hanya semalam tapi cukup bermakna untuk menjauhkan diri dari kesibukkan di rumah dan opis.

Di ruang lobi hotel yang cantik dengan kolam air pancutnya serta deretan pokok hiasan memukau pandangan pelancong yang menjejak kaki ke sini..Di sudut kiri pintu masuk terdapat kedai yang menjual barangan kraftangan Terengganu seperti dompet,baju batik kanak2,kain batik dan pelbagai cenderamata.


Pemandangan di luar kawasan hotel..bagi pengemar golf bolehlah bermain golf di sini sambil menikmati keindahan ciptaan Allah SWT..



Dahlia merasa puting kakaknya..nak teruskan perjuangan kakak ke?ops! janganlah nanti mama terpaksa simpan stok puting kat dalam handbag,kereta..oh x sanggup..



Cak..papa ditugaskan menjaga Dahlia sementara mama memantau kakak2nya di kolam mandi..sekali sekala kan,bila lagi barulah bahagia hidup,apa yang penting..KERJASAMA!





Insyirah x puas hati di suruh berposing matanya melilau ke dalam kolam,kejap je pasni sambunglah balik mandi yea..Balqis relax je..






Haaa...barulah cantik posing kat dalam kolam..kerjasama yang diutamakan..teruskan mandi manda yea!!!selagi x puas x yah naik..







Anak bapak yang asyik berkepit je..sian mama tau..huhuhu.,bergambar sebelum meninggalkan bilik dengan harapan akan datang kembali ke sini,betul x En Razak?bilalah agaknya..








04 Julai 2009

Inilah antara koleksi hiburan puteri2ku di rumah..





































Setiap seorang puteri2 aku ada rancangan kegemaran mereka dirumah,almaklumlah si kakak baru 4 tahun..tak hantar g sekolah lagi..Damia Insyirah pulak baru 3 tahun dan si kecik cute tu baru nak masuk 11 bulan...



Jadi jadual kat rumah dipenuhi dengan aktiviti menonton tv ...biasanya aktiviti ni bermula jam 930pagi selama 1 jam...petang dalam pukul 230ptg bersambung kembali selama setengah jam dan diikuti jam 4petang,terkadang2 siaran tertunda jugak bila si mama masuk campur tengok rancangan lain...itupun kalau dia orang x kisah..kadang2 terpaksalah mama dia join sekali tengok rancangan kanak2,sambil ambil bahagian bertepuk tangan,menari dan menyanyi...



Sebelum di paparkan rancangan kesukaaan mereka,disini mamanya. senaraikanlah rancangan2 menarik mereka antaranya Mickey Mouse,Wonderpets,Kampung Boy,Noddy,Popeye,Thomas n his friends,Sponge Bob Square Pants,Barbie dan Winnie The Pooh,



Kakak Balqis paling suka tengok Kampung Boy...Insyirah pulak Tom N Jerry dan si kecik tu pulak Mickey Mouse...dan rancangan kesukaan mereka bersama apa lagi kalau bukan Wonderpets....apa yang penting KERJASAMA..

Si kecik yang menghiburkan


Si kecik yang menghiburkan