Assalamualaikum para pengunjung blog mak et,terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk singgah dirumahku yg penuh dengan bunga ros..setelah 2 minggu hari lahir Damia Insyirah,hari ni genap pulak umur Kakak Dania Balqis 6 tahun..Alhamdulilah bersyukur kepada ALLAH kerana memanjangkan umurnya agar terus dapat menghirup udara jgk merasai nikmat ALLAH yang begitu banyak dan luas di bumi ini,Mama dan papa doakan agar kakak menjadi anak yg baik,rajin,cerdik dan menjadi contoh yg terbaik untuk adik2,Amin.
Kakak ni semakin besar semakin banyak soalan cepu emas yg selalu kakak tanyakan pada mama dan papa,lagi2lah bila papa balik,maklumlah orang dah besar..erm oklah kat sini mak et ceritakan sedikit kisah 6 tahun lalu semasa saat2 nak melahirkan Kakak Balqis,alhamdulilah sepanjang tempoh mengandung mak et x ada masalah,sama mcm mengandungkan anak2 yg lain,Damia dan Dahlia..Cuma mengandung anak pertama rasa keterujaan dia lain macam sikit,dah namanya pun pertama,seronok,gembira,gementar semua ada,maklumlah nak jadi mama dan papa..
Nak dijadikan cerita pada 18hb April 2005,mak et n suami g Mersing,asalnya nak jalan2 cuti mata,tetapi dah sediakan baju persalinan ,mana tahu penat nak balik boleh tido kat sana..x dapat tido hotel 5 bintang dapt tido hotel cap ayam pun oklah hehehe..dah geraknya petang jadi sampai bandar Mersing pun dah malam,teruslah check inn kat Hotel cap ayam,lepas mandi dan letak beg pakaian,kita orang pun g makan kat restoran di tepi pantai,sambil makan tu merasalah angin2 sepoi2 bahasa..berbunga ros dihati mak et masa tu,maklumlah rasa macam romantik sesangat sedangkan perut dah memboyot hehehe..siap makan pusing2 lagi bandar Mersing dan terus balik Hotel tido..
Keesokkan harinya rasa panik ,bila nak mandi keluar darah bercampur lendir,masa tu x ada rasa sakit pun,terus call mak,mak mertua n kakak ipar yg sulung,dan terus bersiap2 untuk pulang,sepanjang perjalanan berdoa agar jalanlah bersalin dalam keta,biar sempat g klinik bersalin hehehhe,sebab jangkaan bersalin 23hb,ni baru 19hb,x kanlah dah nak bersalin hari ni,sampai rumah lebih kurang pukul 3 petang masa tu pinggang dah terasa sakit tp datang2 dalam satu jam,pastu hilang,oklah bioleh tahan lagi sambil tunggu mak balik keja,makin lama sakit kat pinggang semakin kerap dari setiap setengah jam hinggalah setiap 15 minit,dalam pukul 630petang mak pun balik keja,jumpa mak ,cium mak dan mintak mak doakan supaya mudah untuk bersalin,bila mak dah bg kata2 semangat,suami pun hantar g klinik bersalin.
Sampai jer kat Klinik sakitnya semakin terasa,aduhh!!kononnya boleh tahan lagi nak g ngeteh kat restoran sebelah klinik tp dah x larat nak berjalan,akhirnya terus masuk klinik bersalin ,daftar nama terus Puan Doktor n cik misi pun memulakan tugas2 khasnya,pukul 930 malam selamatlah lahir ke dunia DANIA BALQIS BINTI ABD RAZAK seberat 3.2kg di Klinik Bersalin Lahtipah Bandar Baru Uda.
Mama ,papa n adik2 sayang sangat kat Kakak,kami doakan kakak menjadi anak dan kakak yg baik,dianugerahkan ALLAH nikmat kesihatan yg baik agar kakak dapat belajar dengan cemerlang di Sekolah,sekarang kakak dah 6 tahun sekolah pra,dah lancar membaca rumi,ngaji pun kakak dah lancar mengeja dan kenal huruf cuma English jer kakak masih perlu belajar menyebut perkataan agar x kemelayuan,insyaALLAH kakak boleh kalau rajin yer.Semoga kakak dipanjangkan umur,AMIN..
4 ulasan:
happy birthday dania (kakak) semoga menjadi anak yg cerdik..anak yg soleheh n menjadi kebanggaan mama & papa......
kenangan melahirkan anak pertama mmg sesuatu memori indah yg akan di kenang smpi bila2.....
Terima kasih Kak Lia..semoga doa ibu/mama makbul..
Yea kak,kenangan melahirkan anak pertama memori indah walaupun ada masa keadaan seseorg ibu itu berbeza semasa saat nak melahirkan,cepat@lambat betul x?
wahhh! senang betul dia nak keluar ya... Selamat Hari Lahir Sayang, semoga menjadi anak yang solehah & sentiasa menyenangkan hati ibu & ayah...
Hai kak..sedih ni x dapat ole2 hehehe gurau jer..yea mak et time nak bersalin alhamdulilah senang jer bb nak keluar cuma ank ke 2 n ke 3 ni overdue..sakit x lama sangat..
terima kasih atas doa..kakak balqis akan jadi anak yg baik,AMIN..
Catat Ulasan