CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


26 April 2011

MUFFIN PISANG

Image4472

Assalamualaikum semua,berjumpa lagi di hari Selasa.alhamdulilah..semoga anda semua sihat hendaknya..sambil menghitung hari tunggu en suami balik hari Jumaat ni..lagi 3 hari, anak2 pun dah sibuk kira berapa hari lagi hari Jumaat..

Ok hari ni nak tayang muffin pisang yg sempat di buat pagi tadi,anak2 mak et kalau balik sekolah sekarang dah jarang nak makan nasi,lagi sekarang ni cuaca panas terik,jadi mak et buat muffin ni,pisang pun kebetulan ngam2 ada 3 biji dan cukup2 secawan setelah dilecek..mak et kutip resepi ni sekali lagi dari buku kek cawan hasil Puan Lynn Hassan,amat puas hati,cukup rasa..Terima kasih Puan Lynn.

Jom layan resepi dan cara2nya:

Bahan-bahannya:

3/4 cawan gula kastor

1/2 cawan minyak jagung

2 biji telur

1sudu teh esen vanila

1 cawan pisang yg dilecek(mak et guna pisang berangan)

1 1/4 cawan tepung halus

1 sudu teh soda bikarbonat

secubit garam

40gram walnut dicincang kasar

Cara-caranya:

1.Panaskan oven pada suu 180’c.

2Ayak tepung halus bersama soda bikarbonat.Gaul dengan garam dan walnut cincang,ketepikan adunan kering ni.

3Pukul gula dan minyak sampai gula hancur,Masukkan telur sebiji demi sebiji,Pukul lagi kemudian masukkan esen vanila dan pisang yg dilecek.

4Akhir sekali masukkan bahan kering tadi.Gaul rata  dan bakar selama 23minit,bergantung pada oven masing2 dan saiz kertas cawan yg digunakan.

4 ulasan:

noorsafone

Salam mak Et....boleh gunakan tepung kek /tepung naik sendiri tak?

Siti Indrawati

Wasalam perkenalan noorsafone..x tahulah pulak boleh ker tak?kalau ada pisang nanti mak et cuba pakai tepung kek/tepung naik sendiri yer..x boleh nak bg jaminan lah sebb mak et ni x berapa pakar ..maaf yer!

Zuwairi Aiman

Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)

Siti Indrawati

Wasalam kunjungan saudara Zuwairi Aiman..yea saya akan singgah yer,,terima kasih atas kunjungan..