Assalamualaikum semua..selamat berjumpa lagi ,dah hari Khamis kan?hehehe..hari ni mak et buat tuna roll ni setelah memendam rasa,setelah menjenguk dapur sifu Ah Mat Gebu ,kebetulan anak2 pun dah tak berapa nak makan nasi tengahari,jadi mamanya buatlah tuna roll diwaktu tengahari buta yg panas terik,erm sedap jgk…x payah tunggu petang .
Mak et buat separuh dari resepi dibawah,sebab bila dah dipotong kecik2 memang boleh makan 2 orang kanak2..menu pun sesuai untuk sarapan pagi.jadi sesape yg nak mencubanya silalah yer,terima kasih sifu,izinkan mak et C&P resepinya.Kalau nak tengok cara2nya step by step boleh ke DTSyer..
BAHAN INTI :-)
1 tin ikan tuna, toskan
1 biji bawang besar saiz sederhan, didadu kecil
2 pokok kuchai @ 3 helai daun bawang, hiris halus
1 1/2 camca besar mayonnaise
Serbuk lada sulah secukup nya
Sedikit jus lemon
BAHAN2 LAIN :-)
2 biji telur, dipukul sedikit dengan 1 camca besar susu cair dan secubit garam
7 - 8 keping roti sandwich Gardenia
Serbuk roti secukupnya, mat guna kaler oren kekuningan
Sos cili + mayonnaise, kacau rata
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK INTI :- Satukan semua bahan2 untuk inti, kecuali jus lemon, gaul rata dan perah sedikit jus lemon dan kacau rata, rasa dan jika ok, ketepikan.
- UNTUK TUNA ROLL RANGUP :- Canai sedikit roti sandwich tadi hingga leper. Ambil 1 camca besar penuh inti dan ratakan pada 2/3 bahagian roti, sapu telur pada bahagian depannya (seperti dalam gambar).
- Gulung kemas dan ketepikan. Telur tu umpama gam dia. Buat kaedah sama pada baki bahan2 hingga siap. Kemudian celup dalam telur tadi dan golek atas serbuk roti hingga semua bahagian bersalut rata. Ketepikan dan buat hingga siap.
- Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, tos dan letak atas beberapa kepingan paper towel. Kemudian kerat dan hidangkan ikut gaya masing2 bersama sos cili + mayonnaise. Selamat mencuba untuk semua....
0 ulasan:
Catat Ulasan