Assalamualaikum semua,semoga sihat dan bahagia selalu,selamat berhari Khamis,begitu cepat masa berlalu,apa pun semoga kerja2 yg dilakukan berjalan ngan lancar,insyaALLAH..Erm hari nak kongsi lauk yg mudah,sedap dan berkhasiat,rasanya semua dah tahu dan suka makan lebih2 lagi ketika cuaca panas seperti sekarang.mak et masak ikut bilangan askar yg ada di rumah.
Jom layan resepi yg mudah ni dan selamat mencuba..
Bahan-bahan:
2 ekor ikan selar hijau disiang,cuci bersih dan toskan
sebatang serai(ditumbuk)
1biji cili hidup dibelah 2
Air asam jawa(agak2 sendirilah yea)
Air secukupnya
Garam,sedikit gula dan cukup rasa(ni pun agak2lah yea)
sebiji tomato dibelah 4
Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit
1/2 biji bawang besar
CARA MEMASAKNYA:
- Dalam periuk satukan bahan tumbuk,air asam, air n serai,kacau dan jerang hingga mendidih. Tambah , garam secubit gula dan serbuk cukup rasa.
- Perlahankan api dan masukan ikan bersama cili hijau belah dan tomato.Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
2 ulasan:
selamat tengahari mak et
layan dengan nasi panas2 syok nie...
ayu belum makan lagi..asam pedas jerlah santapan ayu...
Selamat petang tauke restoran,erm mesti kenyang makan asam pedas..sedap!!mintak 2 hengget yea kuah kasi lebih hehhee..
Catat Ulasan