CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


11 Februari 2011

Chocolate chips muffins..

Image3724

Assalamualaikun semua..,semoga kita sama2 mendapat keberkatan di hari Jumaat yg mulia ini,erm hari ni projek  memuffin setelah sekian lama x memufin memandangkan esok ada gotong royong di Sekolah Insyirah dan hari Ahad pulak Insyirah dan kawan2nya akan mendapat sumbangan berupa peralatan sekolah dan keperluan yg lain2 dari pihak yg berhati mulia,syukur,Alhamdulilah..

Kalau buat muffin ni sedap makan ramai,sebab sekali buat hasilnya amat lumayan,jadi bila buat ni bolehlah bawak g Sek esok untuk aktiviti gotong royong..bahan2nya pun mudah didapati dan cara membuatnya mudah x perlu mixer cuma guna senduk @whisk jer,mak et dapat idea buat muffin ni dari rumah kak su Mersing dan kak su dapat dari rumah kak yatie cooking,terima kasih pada anda berdua,mak et C& P resepinya..Jom layan resepinya dan selamat mencuba,mak et buat 1 1/2 adunan di bawah,mendapat 72 biji muffin bergantung pada mangkuk muffin memasing yer,mak et guna mangkuk muffin yg sedang2 saja hehehe..

Bahan A
1 cwn butter (cairkan)
2 cwn butter susu segar
2 biji telur (pukul sedikit)
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B
3 cwn tepung gandum + 1/2 cwn serbuk koko + 2 sudu kecil baking powder + 1/2 sudu kecil soda bikarbonat - semua bahan diayak 2 kali
2 cawan gula perang
Chocolate Chips secukupnya

Image3741

untuk dibawa ke sek Insyirah esok

Cara-cara:

**Panaskan oven pada suhu 160’C***
1. Bahan B digaul rata menggunakan senduk.@spatula@whisk 
2. Masukkan pula Bahan A ke dalam adunan Bahan B & gaul rata
3. Masukkan dalam bekas muffin dan bubuh sedikit chocolate chips

4.Bakar pada suhu 160’c selama 25 minit..ni pun ikut oven memasing yer..

0 ulasan: