CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages


07 Februari 2011

Simple apple pie

Image3669

Assalamualaikum semua.syukur alhamdulilah bertemu lagi dientri yg baru,alhamdulilah rutin harian bermula lagi menghantar dan mengambil anak2 ke sekolah,walaupun keadaan sek Kakak Balqis kurang memuaskan pembelajaran berjalan seperti biasa cuma Insyirah akan memulakan persekolahan pada hari esok memandangkan keja2 pembersihan masih lagi dilakukan,sekolah Insyirah teruk kena banjir sampai bumbung.En suami pun awal2 pagi dah bergerak  mencari rezeki,tinggallah mak et n 3 dara lagi..

Semalam  dapatlah menjenguk bandar Segamat,banyak kedai2 yg terkena banjir,bank pun x dapat beroperasi,kesiannya tengok pemilik kedai2 dan pegawai bank membersihkan premis masing2,nasib baik Pizza Hut bukak dapatlahh merasa pizza baru..erm macam ngidam jer hehehe..xlah cuma dah lama x makan kat restoran Pizza Hut,sekali en suami offer x dilepaskan peluang keemasan di waktu2 keemasan,belum sampai ke tahap warga emas lagi yea hehehe..

Image3658

Image3659

wajah2 ceria sebelum menikmati pizza…

Syukur sekali lagi rumah mak et dan segala harta benda yg x seberapa x terkena banjir,dan hari ni merajinkan diri membuat epal puff ni sebab anak2 suka makan,mamanya lagilah suka,buat minum petang merangkap sarapan pagi esok,mak et borong puff pastri ni kat Carefour BP memandangkan semasa g Tesco Bukit Indah kehabisan stok,ambik ko mak et borong 4 bungkus terus,iyealah  bila lagi nak beli,kat Segamat ni susah nak jumpa benda ni,nak  tunggu balik JB kurang2 lagi sebulan huhuhu..

puff_pastry

                                             ni rupa bentuk puff pastri,terdapat di Tesco n Carrefour,Giant n Jusco mak et x jumpa lagi..

Jom layan resepi yg mudah ni,mak et kutip kat mana lagi kalau bukan kat Banglo sifuku Ah Mat Gebu,terima kasih sekalung budi,mak et C&P resepinya.syukran jazilan!


BAHAN INTI EPAL :-)
2 biji epal, hijau, kupas kulit, buang empulur dan dadu kecil
1/4 cawan kismis (terpulang nak guna kismis hitam atau kuning)
2 1/2 camca besar gula perang (brown sugar)
Sedikit perahan jus lemon (1 camca teh)
50 gram mentega
1 batang kayu manis
3/4 camca besar tepung jagung
Secubit garam
BAHAN LAIN :-)
Puff pastry secukupnya (mat guna jenama kawan saiz 4 inci x 4 inci)
Telur + 1/2 camca teh esen vanilla, dikacau rata.
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK INTI EPAL :- Panaskan mentega dalam periuk, kemudian goreng epal tadi bersama kismis, kulit kayu manis dan gula peerang hingga sebati dan gula mencair. Masak hingga epal lembut. Tambah tepung jagung dan lemon jus, kacau hingga pekat, padam kan api dan ketepikan Bila hilang wap panas, simpan dalam peti sejuk hingga dingin dan pekat.
  2. UNTUK SIMPLE APPLE PIE :- Ambil sekeping kulit puff pastry, kerat 2 dan satu lagi dikelar2 halus Letak inti anggaran 1 camca besar dibahagian tengah pastr yang tidak berkelar. Kemudian tutup dengan bahagia satu lagi, kemaskan dan tekan dengan garfu sekeliling puff. Buat kaedah sama untuk baki puff pastry. Sapu kuning telur pada permukaan pastry.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemsan, Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

2 ulasan:

Permata hatiku...

salam mak-eet,

Kita nak gak apple puff tu tak nak yg kat McD.... ni lagi syedap homemade... hehehe...

Siti Indrawati

Wasalam Zura..mehlah ada lagi 3 ketoi tu,cukuplah buat nyamah2..abis nanti mak et buatkan lagi. stok pastri banyak lagi hehehe..