Assalamualaikum semua,selamat menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW ,Semoga amalan kita yg kita lakukan banyak mengikut sunnahnya,InsyaALLAH,hari ni bumi Segmat hujan lagi ,hujan rahmat.mak et n anak2 pun x kemana2 hanya berehat dirumah,dan hari ni mak et nak entri bun pandan yg mak et kutip dari dapur Puan Rosmarlina..memang berbaloi2 ikut resepinya yg mudah dan sedap,terima yer dapur jintanmanis kerana menjadi sumber meroti mak et,khasnya untuk sarapan dan minum petang.
Mak et buat ni semalam petang hanya menggunakan khidmat bibik Melayu hehehe,dari minggu lepas nak buat tp minggu lepas bekalan letrik asyik putus jer,postpone minggu ni,mak et C& P resepi dari dapur jintanmanis,terima kasih sekali lagi,semoga ilmu ini dapat dimanafaatkan untuk mereka2 yg baru je nak belajar meroti seperti mak et dan rakan2 yg lain.Jom layan resepinya..mak et buat separuh adunan dan mendapat 13biji bun.
Bahan-bahanya
250 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar marjerin
140 ml air suam/ atau susu segar
1 biji telur- tinggalkan sedikit untuk gliss nanti
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver atau dough softner
sedikit pewarna hijau dan beberapa titik perasa pandan.
Cara-caranya:
1. Masukkan semua dlm bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Kalau ade Breadmaker tekan Dough dan On je, (uli tangan,kemudian perap sehingga dua kali ganda).
2. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 16 bahagian dan biarkan lagi selama 8 hingga 15 minit. akhir sekali masukkan inti kaya dan tutup doh, rehat lagi selama 40 minit atau sehingga naik dua kai ganda, gliss permukaan roti dengan sedikit telur+susu+madu dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
3. Akhir sejukkan atas redai dan boleh dimakan bersama air milo atau kopi, amat sesuai untuk dijadikan sarapan atau minum petang, selamat mencuba.
- Kalau nak guna water roux pun boleh jugak ni, tapi kurangkan sikit, kuantiti susu segar tu ye. agak-agak je, guna cecair tu dlm 100ml je, tengok doh tu macam mana nanti.
0 ulasan:
Catat Ulasan